Ramai yang tahu (sebab semua buku menulis begitu, pensyarahpun kata gitu...), data dengan skala ratio dan interval boleh menggunakan ujian parametrik kerana data tertabur secara normal. Data dengan skala nominal dan ordinal pula menggunakan statistik bukan parametrik kerana data tidak tertabur secara normal. Soalan saya, mengapa data nominal dan ordinal tidak boleh tertabur secara normal?
Ambil contoh anda mengkaji populasi dengan 10 ribu responden KL dan 10 ribu lagi di London dan mengambil ukuran berikut: Ketinggian (ratio), IQ (interval), Agama (nominal) dan Persetujuan kawin sejenis (ordinal)
Dengan yakin anda akan menjawab:
Ketinggian - terdapat sebahagian kecil responden di KL dan London mempunyai ketinggian yang ekstrem (sgt pendek atau sgt tinggi) dan majoriti mempunyai ketinggian menghampiri purata - bermakna data tertabur secara normal
IQ - terdapat sebahagian kecil responden di KL dan London mempunyai skor IQ yang ekstrem (sgt rendah atau sgt tinggi) dan majoriti mempunyai IQ menghampiri IQ purata - bermakna data tertabur secara normal
Agama - bolehkah anda jangkakan agama Hindu dan Buddha mempunyai bilangan sangat ekstrem (sgt sedikit atau sgt banyak) dan majoriti adalah Islam atau agama lain di KL dan London? No way man... sebab tidak mungkin data tertabur secara normal (mana sama KL dgn London)
Persetujuan kawin sejenis - bolehkah anda jangkakan sedikit sahaja yang "sangat tidak bersetuju" atau "sangat bersetuju" dan majoriti "Antara bersetuju dengan tidak bersetuju" samada responden di KL atau London. No way man...sebab data tidak mungkin tertabur secara normal. Di KL mungkin majoriti tak setuju.... tapi di London mungkin majoriti setuju..... Kalau di KL, bukan sahaja dapatan tidak normal, kawin sejenispun dianggap tidak normal, ntah2 soalselidik pun tak dilulus untuk diedarkan secara formal!!
Sebab itu t-test yang diasaskan dari graf taburan normal tidak boleh dijalankan pada data nominal dan ordinal sebab data dengan skala tersebut tidak tertabur secara normal.... kwang kwang kwang....
Duniaku dihujung jari..... |
testing...
ReplyDelete