.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, February 8, 2011

Tajuk 73: Ayat kabur (vague) dan ayat jelas.... anda mesti jelas !

Berikut beberapa contoh ayat kabur yang terlalu lazim dilakukan oleh pelajar dalam menulis tesis. Tesis adalah naskah ilmiah yang mesti JELAS maksud supaya tidak ditafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran. Berikut sekadar beberapa contoh dari ribuan kesalahan yang pelajar sering lakukan.


Kabur
Kajian lepas telah menggunakan pendekatan konstruktivis……
Jelas
Terdapat beberapa kajian lepas seperti John (1999), Dick (2004) dan Matthews (2006)  telah menggunakan pendekatan konstruktivis…..



Kabur
Teori X adalah teori yang terkini dalam pendidikan ….
Jelas
Teori X adalah teori dalam pendidikan yang dikemukakan pada tahun 2010....


Kabur
Kajian ini menggunakan pendekatan berasaskan komputer oleh KPM….
Jelas
Kajian ini menggunakan pendekatan pengajaran menggunakan perisian yang dibekalkan oleh KPM…


Kabur
Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berbeza dengan teknik persampelan  kajian terdahulu.

Jelas
Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berbeza dengan teknik persampelan  kajian dari aspek umur sampel yang dipilih..


Kabur
Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor motivasi pelajar. Ia bermakna…

Jelas
Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor motivasi pelajar. Peningkatan skor motivasi pelajar ini bermakna….


Kabur
Kita semua ketahui / Seperti yang kita semua lihat bahawa pembolehubah X dipengaruhi oleh….

Jelas
Kajian oleh X dan Y (2003) menunjukkan bahawa pembolehubah X dipengaruhi oleh….


Kabur
Kita mestilah mengambil kira faktor X dan Y dalam ….
Jelas
Faktor X dan Y adalah dua faktor utama yang diambil kira dalam …


Kabur
Penyelidik seperti X (2003) dan Y (2007) mendakwa bahawa…
Jelas
Dapatan dari kajian X (2003) dan Y (2007) menunjukkan bahawa….


Perhatikan bahawa ayat yang pertama seperti tergantung dan perlu diperjelaskan lagi. Semoga mendapat manfaat.
Dah jelas tak perlu diterangkan lagi


OT

Tajuk 73: Silly mistakes - kesalahan dalam menulis objektif kajian

Objektif sangat penting dalam menentukan persoalan kajian. Tentu anda tahu, objektif kajian mestilah JELAS, tak boleh kabur-kabur.... Berikut adalah dua contoh objektif kajian yang pernah saya terima dari pelajar dan boleh diperbaiki lagi.... sebagai permulaan:


Contoh 1:
  1. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan koswer berasaskan permainan komputer mampu menarik minat pelajar tingkatan 4 untuk belajar subjek Pendidikan Moral.
  2. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat perbandingan tahap kefahaman pelajar di antara pembelajaran Pendidikan Moral secara konvensional dengan pembelajaran dengan menggunakan koswer yang menarik.
Komen: 
  • Elakkan guna perkataan "melihat" sebab anda bukan melihat tetapi "menentukan sejauh manakah....."
  • Elakkan perkataan bias seperti “menarik”, ganti dengan “berasaskan permainan komputer” supaya konsisten dengan objektif pertama.
Contoh 2:
  1. Mengenalpasti tahap pencapaian matematik pelajar Tingkatan Empat yang didedahkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (permainan pendidikan).
  2. Mendapatkan maklumat berkenaan motivasi pelajar mempelajari mata pelajaran matematik dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (permainan pendidikan).
Komen:
  • Mengapa “permainan pendidikan” dalam kurungan (bracket)? Tulis sahaja "berbantu permainan komputer".
  • Mengapa objektif pertama guna "kaedah pengajaran" sahaja tetapi objektif kedua guna “kaedah  pengajaran   dan pembelajaran”. Istilah mesti konsisten.
  • Tukar objektif kedua dengan..... "Menentukan tahap motivasi pelajar......"
Cukup ler  2 contoh ini menunjukkan betapa objektif yang ringkas dan mudah, masih terdapat kesilapan silly mistakes yang boleh dielakkan. Saya bercadang nak tambah lagi contoh, tapi tak mudah nak menaip dalam blog.... Tunggu ler buku saya keluar k.... Ini belum lagi literature review.... yang berpuluh mukasurat, tentu banyak kesalahan yang akan ditemui.
Ini bukan satu silly mistake naik pelampong atas pasir...
tapi satu kreativiti !

Gambar kelas EDU5950.....


Macam tak normal jer soalan ni... abis camner nak guna taburan normal?

Signifikan sungguh study group aku... sonang yo nak faham
Kira z score jer..... senang ler nak score

Emm.....
Panjangnyer nak kira.... kalau duit ni kaya aku

Calculator ni kecik..... tapi semangat tuannya besar tau!
Apapun....jangan lupa  baca keseluruhan blog ini dan sign in.... jumpa lagi 2 minggu lagi... next week cuti maulidur rasul.


Monday, February 7, 2011

Lagi Bengkel Penulisan Tesis Cepat dan Berkesan

Ini bengkel penulisan tesis cepat dan efektif. Zaman canggih semua pelajar siswazah ada notebook masing-masing. Bengkel 3 jam ini telah memberi manfaat kepada ramai siswazah. Moga berjaya....
Kerana andalah saya berada disini.... terima kasih



Senang ler nak menulis thesis lepas bengkel ni..click sana clik sini dan siap 3 bab...
Pas ni aku nak usha netbook macam dia... kecik jer


Tekan icon ni.... keluarlah semua Table of Content...
Jangan buek kojo 2x....buang maso....
Wow.. numbering Table, Figure semuanya bertukar secara otomatik lah...
camni copek lah siap thesis... boleh lah sesapo nak masuk meminang.. hehe


Jangan lupa sebarkan ilmu.....

Luv U all.....

Gambar Bengkel Penulisan Tesis Cepat dan Berkesan

Bengkel penulisan tesis telah membantu pelajar siswazah menulis dengan cepat dan efisien, mendahului apa yang dijangka sendiri oleh mereka sebelum menghadiri bengkel. Persiapan pengetahuan research methods dan statistik, akan lebih sempurna dengan bantuan bengkel ini.


Berikut adalah beberapa gambar suasana semasa bengkel......
Wow.. sekali click semua reformat sendiri....cayo lah den...


Smile...dalam 3 jam, dah siap 3 bab proposal.... amazing....!


2x click jer dah siap bibliografi....! Peerrgh sempoi nyer..
Lega.... no headache


Tajuk 72: APA itu GOOGLE SCHOLAR?

Pernah tak anda mendapat artikel tapi tak ada nama author? Sebabnya artikel tersebut bukan dalam kategori scholar, atau artikel ilmiah. Artikel begini tak cecuai untuk rujukan anda. Oleh itu ada ada option dengan menggunakan Google  Scholar. Tak tahu apa itu Google Scholar? Perhatikan barisan option pada homepage Google anda akan dapat lihat:


WEB, IMAGE, News, Books, Translate, Gmai dan MORE.


Anda mungkin hanya gunakan WEB atau IMAGE sahaja selama ini. Cuba anda klik pada MORE, akan keluar drop down menu dengan option seperti scholar, calender, blog, document dll. 


Anda klik sahaja perkataan scholar. Pemilihan scholar ini menghadkan carian hanya kepada bahan akademik dan literature  seperti articles, theses, books, abstracts, academic publishers, professional societies, universities. Semua artikel ini adalah artikel akademik termasuklah journal artikel. Ini bermakna, artikel persendirian, blog dan sebarang petikan bukan bersifat akademik tidak akan muncul.... phewwww.... cam tu ler pulak!


Walaupun begitu, tempat terbaik mencari journal artikel adalah dari koleksi library anda. Anda akan dapat dgn MUDAH artikel yang di subscribe oleh universiti anda. Jika takpun, pergilah ke universiti terdekat untuk meluaskan carian anda, dengan mendapatkan ID dan password dari kawan2 anda di universiti berkenaan. Apalah salah nyer asal niat anda untuk mencari bahan, bukan pergi library dating ler pulak.... Duduk biar renggang2... tangan jangan pegang2....cari tempat terang-terang....fikiran jgn melayang.... panggil pun sayang-sayang....siap ko pak guard datang!


Selamat mencuba..... kalau tak nak cuba jugak.... tak dapek den nak tolong....ngabih kan bogheh yo..


Yang ini boleh pegang2....tak boleh berenggang!


Tajuk 71: Tapis carian internet anda dengan simbol + dan -

Saya dah jelaskan aplikasi BOOLEAN. Selain dari itu ada dua lagi cara yang anda oleh lakukan. Hairan juga kerana masih ramai pelajar siswazah yang tak tahu, abih camnor nak cari bahan secara efisyen?


Pertama gunakan simbol plus (+) dan minus (-). Konsepnya sama seperti konsep BOOLEAN. Katakan anda membuat kajian berkaitan remaja dan penagihan dadah di Malaysia.


Jangan hanya menaip "youths addiction drug" kelak anda akan dapat berjuta2 pautan yang ada ketiga2 perkataan tersebut termasuklah kombinasi dua atau ketiga2nya! Loteh den..


Jadi taip sahaja seperti berikut "youths +drug +Malaysia" kerana hanya pautan yang ada kombinasi perkataan youths dan drugs dan Malaysia sahaja akan muncul.


Jika anda menaip "youths +drug -medicine" hanya pautan yang ada kombinasi perkataan youths dan drug sahaja akan muncul tidak termasuk yang berkaitan medicine.


Simbol + sama seperti fungsi AND bagi Boolean dan simbol - sama seperti fungsi NOT bagi Boolean seperti Tajuk 70. Cara menulis mestilah disambung tanpa spacing dengan perkataan yang berkaitan.


Contoh:
  • self-esteem  +teacher  -self-efficacy
  • misconception  +chemistry  -physics  -mathematics
  • Piaget  +constructivist  -Vygotsky
Cuba.... jangan tak cuba.... bandingkan jumlah pautan yang anda perolehi dengan menggunakan simbol ini.


Me +Wife + Mr Bean's car 

Sunday, February 6, 2011

Tajuk 70: Kenapa tak guna BOOLEAN LOGIC untuk cari bahan dlm internet?

Lega..... diam tak diam dah masuk tajuk ke 70... harap2 saya dapat menulis sehingga 300 tajuk. Terima kasih kepada yang bertanya. Kali ini saya nak menulis bagaimana anda boleh mantapkan lagi pencarian internet anda. Tidak cukup dengan menaip keyword sahaja, nanti anda akan dapat berjuta2 pautan tapi ibarat sampah yang bertimbun.

Saya nak perkenalkan fungsi Boolean.... hanya 3 perkataan sahaja membolehkan anda menapis carian anda iaitu OR, AND, NOT.

Jika anda mencari maklumat tentang self-esteem dalam kalangan guru, jangan hanya taip kedua-dua istilah ini, kelak anda akan mendapat jutaan pautan. Ini kerana pautan yang diakses adalah semua pautan yang ada perkataan self-esteem, self-esteem  + teacher, teacher. Jadi gunakan 3 fungsi Boolean ini:

Fungsi AND:
Jika anda menaip: self-esteem AND teacher - hanya pautan yang ada kedua2 perkataan ini sahaja akan diakses.

Fungsi OR:
Jika anda menaip: self-esteem OR teacher - semua pautan yang ada samada salah satu atau kedua-dua perkataan tersebut dapat diakses.

Fungsi NOT:
Jika anda menaip: self-esteem NOT teacher - hanya pautan yang ada perkataan self-esteem sahaja dapat diakses. Sebarang pautan ada perkataan teacher tidak akan muncul.

Moral of the story....jangan hanya menaip key word, gunakan AND, OR atau NOT (semua kena huruf besar tau) untuk menapis lagi carian anda.
Birthday Uzma..... Luv U sayang.....

Birthday girl.... kek kecik tak per asal mahal... hehe

Hampir setiap bulan kena fikirkan hadiah birthday untuk anak-anak....


Saturday, February 5, 2011

Tajuk 69: 4 langkah menulis Research Statement...

Research statement atau penyataan masalah adalah antara bahagian pertama yang akan saya baca dahulu. Saya dan mungkin pemeriksa tesis ingin tahu apakah masalah yang ingin anda kaji. Sebab  itu saya anggap ia sebagai jantung kepada sebuah kajian. Mana mungkin ada kajian jika tiada masalah yang ingin dikaji. 

Spt biasa, sukar untuk memberi satu formula khusus bagaimana untuk menulis pernyataan masalah. Namun saya cuba senaraikan "rule of thumb" dengan 4 langkah dengan contoh seperti berikut. Apa yang penting bagi saya, masalah perlulah jelas dan penting untuk diketengahkan.

1. Konteks umum masalah
Secara umumnya, aplikasi social networking on-line seperti twitter, facebook telah membawa byk kebaikkan, namun tahap kekerapan menggunakan SN telah dilaporkan membawa  kesan negative kepada generasi muda khasnya golongan pelajar.

2. Apakah fokus masalah?
Masalahnya kekerapan pelajar (variable) menghabiskan banyak masa melayari facebook mendatangkan kesan kepada pencapaian akademik (variable). Anda ingin mengetahui trend ini (hubungan antara variable – dpt diukur dengan soalselidik) dalam kalangan pelajar semester 3 yang berbeza jantina (variable). Ini kerana pelajar sem 3 telah dapat membiasakan diri dengan kehidupan dikampus dan kumpulan ini terdedah kepada kemudahan Wifi 24 jam dikampus masing-masing yang disediakan untuk kemudahan menambah pengetahuan, bukan sebaliknya.

3. Mengapa masalah ini menarik minat anda?
Masalah ini mestilah sesuatu yang menarik, sekurang-kurangnya menarik kepada anda. Paling sesuai jika masalah anda juga masalah semasa. 
  • Masalah ini telah mendapat liputan semasa yang meluas
  • Masalah ini telah mendapat perhatian ibubapa dan pengurusan IPTA / IPTS
  • Terdapat pihak yang mem”blok” facebook dalam operasi harian
  • Masalah ini jika tidak dibendung akan membawa kesan lebih serius
  • Masalah ini berkaitan dengan seluruh populasi pelajar IPTA dan kolej universiti.
 4. Bagaimana kajian anda boleh membantu dalam masalah ini? Apa "gap" yang ada?
Mendokumenkan trend kekerapan melayari fbook dan kaitannya dengan GCPA dan trend kekerapan mengikut jantina pelajar akan menambah pengetahuan tentang kesan ketagihan internet di IPTA / IPTS bagi kajian lanjutan untuk mengawalnya." Gap" yang wujud adalah ketiadaan kajian trend kekerapan melayari fbook mengikut jantina dan kesannya terhadap pencapaian CGPA dalam kalangan pelajar IPTA.


Kesimpulan: 
Perhatikan dalam pernyataan masalah di atas, jelas ada variable (kekerapan melayari fb, skor CGPA, jantina) yang akan dikaji, mudah membina instrument untuk pengukuran, ada skop (Facebook, pelajar sem. 3) dan ada "gap". Kajian ini adalah kajian survey yang mencari korelasi antara variable.
Tiada gap antara mereka...

Tajuk 68: Tips membina KERANGKA KONSEPTUAL (Bhg 2)

Phew.... dari bahagian satu anda telah faham asas membina kerangka konseptual. Berikut adalah gambaran grafik kerangka tersebut dalam bentuk imej kerana saya gagal copy and paste dari fail document yang saya buat. Nampaknya inilah kelemahan blog.... tak boleh lukis graf, jadual dll. Nasib baik ada camera hp, kenalah saya capture... akhirnya inilah contoh kerangka konseptual.


Contoh kerangka konseptual / teoritikal




Selepas membina kerangka ini, anda akan lebih jelas hala tuju kajian anda. Paling PENTING anda sudah ada teori dan konstruk jika anda ingin membina soalselidik.


Gud luck!


Pic ini saya ambil di Chelsea. London.... bestnya keta ni!
Kegembiraan anak2 meredakan kepenatan.....





Tajuk 67: Tips membina KERANGKA KONSEPTUAL (Bhg 1)

Tips kejayaan adalah saling memberi dan menerima


Kerangka konseptual / teoritikal ibarat peta kepada kajian anda. Jika anda tak ada peta, anda akan sesat… dalam kajian anda sendiri, apatah lagi pembaca anda. Secara simple, kerangka konseptual adalah kerangka yang anda akan jalankan kajian anda dan ianya belum establish lagi. Ia sebagai panduan dan halatuju anda menjalankan kajian. 


Kerangka teoritikal pula telah establish, atau kerangka konseptual  yang telahpun diuji.. Namun kedua2 istilah ini merujuk kepada garis panduan atau struktur yang menghubungkan semua variabel atau idea utama yang terlibat dalam kajian anda bagi memudahkan anda menentukan perkaitan variable dan idea2 tersebut. Kedua-duanya lazim dipaparkan dalam bentuk grafik. 


Mayer umpamanya telah membina  kerangka teori pembelajaran multimedia, yang telah diuji sebelumnya berdasarkan kerangka konseptual yang beliau bina. Namun begitu, terdapat penyelidik yang mungkin memberikan tafsiran yang berbeza. Kadang2 kedua2 istilah ini “interchangeable” wpun ada yang suka berdebat mana satu istilah yang lebih tepat. Bagi saya yg penting anda tahu bagaimana nak bina kerangka konseptual kajian. Berikut adalah langkah mudah bagi membina kerangka konseptual. Berikut adalah satu contoh mudah membina kerangka konseptual:

Tajuk:
Faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya sektor awam atau swasta dalam kalangan bakal graduan

Objektif:
Kajian dijalankan bagi mengkaji faktor–faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya sektor awam atau swasta dalam kalangan bakal graduan

Teori / konsep utama:
Teori pemilihan kerjaya X dan Y (anda boleh memilih teori pemilihan kerjaya spt Teori Holland)

Perkaitan antara variabel yang terlibat:
Katakan Teori X menyatakan bahawa terdapat tiga faktor utama pemilhan kerjaya iaitu jantina, kelas sosial dan bangsa. Dalam kajian anda telah menambah faktor personal bagi memantapkan dapatan kajian terdahulu yang belum pernah dijalankan di Malaysia. Anda dapati Teori Y mencadangkan faktor keluarga dan peer sering mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan. 

Kehadiran tambahan variable personal dari Teori Y membuatkan kajian anda signifikan untuk dijalankan.

Bersambung..............

Friday, February 4, 2011

Tajuk 66 - Penentuan analisis statistik (Bhg 5)

Blog pun buat.. hobi zaman kanak-kanak terus layannn..
Penat juga menulis ni...... saya teruskan juga sebab nak bagi contoh lain.... tapi makin ringkas....isteri dah jeling2.... apsal laki aku ni asyik memblog jer..... tapi demi membantu anda... saya teruskan sikit lagi!

Contoh:
Katakan anda ingin mengetahui tahap motivasi pelajar sebelum dan selepas mengikuti kursus starting school. Ada ingin tahu samada kursus tersebut berkesan atau sebaliknya.

Persoalan:
Adakah terdapat perbezaan skor motivasi sebelum dan selepas pelajar menjalani kursus starting school?

Strategi:
Kajian ini adalah kajian perbandingan kumpulan dengan dua kali pengukuran yang melibatkan skor numerikal berskala interval. Kajian ini menguji keberkesanan kursus starting school. Analisis statistik yang sesuai adalah ujian-t sampel bersandar (sampel yang sama dengan pengukuran berulang sebelum dan selepas).

Contoh:

Objektif umum:
Katakan anda berminat untuk mengetahui adakah berat badan mempunyai kaitan dengan estem kendiri dalam kalangan pelajar siswazah.

Persoalan:
Adakah terdapat perhubungan berat badan dengan estem kendiri dalam kalangan pelajar siswazah?

Senario ini jelas menunjukkan kajian perkaitan atau perhubungan antara variabel. Oleh kerana kajian ini melibatkan variabel pada skala ratio (ukuran timbangan berat badan) dan interval (skor estem kendiri), maka anda perlu gunakan analisis korelasi Pearson r bagi mencari magnitud perkaitan antara berat badan dan estem kendiri.

Tajuk 65: Kisah 2 - Salah statistik kajian anda "GOING DOWN THE DRAIN" !

Ini kisah tahun 2009 ketika saya bersama isteri mengikuti konvensyen di Pulau Pinang. Dalam satu pembentangan, ada seorang peserta dari sebuah kolej universiti membentangkan kajiannya. Peserta tersebut datang bersama penyelia beliau, seorang Professor dan diperkenalkan kepada hadirin. Mereka kelihatan rapat.

Saya dengar dengan penuh minat pembentangan tersebut. Namun dihujung pembentangan saya perasan ada yang tidak kena dengan pemilihan t-test dan cara sampling dilakukan. Dalam sesi soal jawab......saya ambil peluang bertanya dan mencadangkan analisis statistik yang betul.... namun peserta tersebut kelihatan terganggu dengan soalan dan cadangan saya. Beliau sepatutnya jalankan t-test for independent samples bukannya t-test for dependent sample. Beliau kena uji juga Levene's test, tapi itu tidak berlaku. Jika analisis statistik salah maka saya teringat kata2 Prof Othman Mohamed, tentulah kajian tersebut "GOING INTO THE DRAIN". Tapi OK lah....saya berpendapat peserta tersebut hanya membentang prosiding... boleh dibaiki penulian  tersebut  kemudian.

Semasa sesi minum, saya didatangi oleh seorang peserta lain yang memperkenalkan diri sebagai kawan kepada pembentang tadi yang mengatakan bahawa, kawannya PANIC semasa saya bertanyakan soalan dan menjelaskan kesilapan analisis statistik kajian tersebut.... kerana data yang dibentangkan tadi sebenarnya adalah data dan analisis tesis master kawannya itu yang telahpun dihantar dan dah selesai viva pun !! Emmm...

Phew......... nak buat camno....saya terus sahaja menghabiskan pulut panggang  ditangan sambil menjeling isteri yang kelihatan berseri2 lebih dari biasa.... maklumlah anak2 tak ikut..dok pulak di Batu Feringgi.

Baby Nine....lahir 9 bulan selepas konvensyen...!

Tajuk 64: Kisah 1 - Salah pilih statistik kajian anda "GOING DOWN THE DRAIN" !

Kita jumpa lagi..... saya ada kisah sedikit peribadi yang ingin dikongsi bersama:


Sedikit kisah semasa saya membuat master pendidikan dahulu. Saya tiada asas pendidikan, maka saya telah diterima sebagai pelajar master dengan status  "Probation". Ini bermakna saya terpaksa skor sekurang2nya purata B+ untuk meneruskan pengajian saya di semester ke2 atau mendapat GB (Gagal berhenti) mandatory!! Namun syukur.... saya lulus dengan cemerlang utk terus ke next semester.


Tanpa asas pendidikan dan statistik, saya teraba2 dalam cahaya... nak cari jurnal pendidikan di UPM, bidang pendidikan sains pulak..... maaf kata..... hampir tak ada. On-line journal.... maaf ler... tahun 1995 mana ada semua benda tu. So saya jadi terpaksalah ke UM dan UKM, menumpang tuah di universiti orang... huhu. Sekali pergi dapatlah xerox 3, 4 jurnal.


SPSS....? Tu benda asing bagi pelajar siswazah. Notebook? Mana ader.... ada buku notebook 555 dan calculator untuk kiraan. Namun saya bernasib baik sebab dihujung tahun 1997, SPSS sampai di UPM dan saya antara pioneer yang guna SPSS dalam tesis... nak bangga ler sikit! Jadi anda yang ada serba serbi jgn mengeluh ler tak der masa, tak jumpa jurnal.... pemalas ler namanya tu.


Semasa bentang proposal... Dr. Othman Mohamad (sekarang dah Prof.) kata kat saya....u buat kajian eksperimental..... jika statistik u salah.... tak cukup power... kajian u tak boleh pakai .... semua akan "GOING DOWN THE DRAIN". Tokojut den! Thanks Prof Kamariah yang defend saya masa tu...

GOING DOWN THE TREE tak per... ada kabel...

 Jadi, nasihat saya, anda kena pastikan analisis statistik anda betul2 supaya jangan sampai kajian anda .. GOING DOWN INTO THE DRAIN........


Tajuk 63: Penentuan analisis statistik (Bhg 4)

Hari ini sabtu. Masih dalam mood cuti tahun baru China.. tahun arnab. Saya terfikir bagaimana pelajar yang tiada asas statistik atau dah lama tinggalkan dunia statistik, tiba2 sambung belajar dan kemudia diminta untuk membuat proposal. Saya ingin sambung tajuk "Penentuan analisis statistik" dengan pendekatan yang berbeza sedikit dengan 3 tajuk sebelum ini.


Saya sedar, anda akan menyediakan objektif dan persoalan kajian mengikut "suka hati" sahaja tanpa ada pertimbangan sama ada pesoalan kajian tersebut bersifat "measurable" - boleh diukur kemudiannya dengan instrument dan dianalisis dengan statistik.


Sebagai permulaaan anda perlu bertanya diri anda sendiri jawapan kepada sekurang-kurangnya enam soalan berikut kerana jawapan kepada persoalan ini akan membantu anda memastikan pemilihan analisis statistik yang betul.
  1. Apakah objektif umum kajian anda?
  2. Apakah persoalan bagi menjawab objektif kajian?
  3. Apakah strategi bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut?
  4. Apakah instrumen yang anda gunakan?
  5. Apakah variabel dan skala yang terlibat?
  6. Apakah analisis statistik yang sesuai?

Enam soalan? Mana mungkin pelajar yang baru nak sediakan proposal, baru first semester, gap kajian pun masih terawang2 nak jawab enam soalan di atas? Susah wooo...

Itu sebelum anda membaca blog ini. Now anda terpaksalah jawab soalan tersebut! Jgn gusar.... saya akan berikan contoh bagi anda fahami. Katakan anda baru bercadang untuk membuat kajian lebih kurang seperti berikut:

1. Objektif :
Apakah objektif kajian anda?
Anda ingin mengetahui tahap kesedaran keluar mengundi pelajar UKM yang berbeza jantina.

2. Persoalan kajian:
Anda berminat nak tahu adakah terdapat perbezaan keluar mengundi pelajar berdasarkan gender. Persoalan kajian: Adakah bilangan pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam keluar mengundi di UKM?

3. Strategi:
Apakah strategi anda?
Kajian ini adalah kajian perbandingan antara bilangan keluar mengundi pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Jika perbandingan frekuensi keluar mengundi antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza secara signifikan, maka terjawablah persoalan kajian. 

4. Instrument:
Maka anda memerlukan instrument kajian iaitu soal selidik.

5. Variabel:
Anda menggunakan jantina sebagai variable anda serta hubungan dengan variable kekerapan keluar mengundi.

6. Statistik:
Data melibatkan skala nominal iaitu JANTINA (1: Lelaki; 2: Perempuan) dan KELUAR MENGUNDI (1: Ya; 2: Tidak). Oleh kerana data anda melibatkan perbandingan frekuensi (bagi varible berskala nominal), maka analisis statistik yang sesuai adalah Chi-kuasa dua sampel tak bersandar.


Inilah antara sebabnya saya berpendapat....pelajar patut mengambil kursus statistik dahulu sebelum mengambil kursus research methods, atau sekurang2 mengambil kedua2 kursus tesebut serentak. Jika tidak, kesian anda teraba2 dalam cahaya..... Apa yang berlaku, mereka hanya mengambil research methods then the next semester barulah statistik. Akhirnya siapa yang susah..... saya jugak ler he he!


Apapun artikel ini akan bersambung.....




Statistik bukan macam Gokart... sekali naik terus pecut !
OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...