.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, January 8, 2021
Tajuk 1801 - Dari semalam sayang....
1. Dari semalam aku dok buat reflection bila aku dikatakan 'sombong' dan 'tunjuk pandai'.
2. Aku org kecik dan kerdil... nak sombong ape mendenye.. kalau setakat berjalan... tak ada sapa yang nak sapa pun, tak ada sapa nak hairan... aku bukannya boss - baik boss kecik, boss sederhana apatah lagi boss besar. Aku marhein biasa-biasa je.
3. Aku masuk TV? Itu bukan TV aku, diorang yang datang... diorang yang call, bukan aku yang menempek.. maybe aku ada 'nilai berita' kot kepada diaorang. Nak buat apa sombong. Lagi pun dah 3, 4 kali aku masuk TV, radio, majalah, newpapers, termasuk sidang akhbar. Wartawan dan DJ pun ada kawan aku...
4. Aku bukan tunjuk pandai... tapi aku tunjuk 'apa yang orang pandai di universiti ternama buat' yang kita buat dan faham kot lain, pastu paksakan kepada orang yang tak pandai. Aku bagi macam2 contoh utk sama-sama fikirkan dari Oxford, Cambridge, Wisconsin, Stanford.. bukan dari Timor Leste..
5. Aku angkat tangan kalau aku tak tahu .. tak pandai..dan minta bertanya kepada yang tahu. Sebab itu dalam komiti supervisori angel aku ada co-SV dari Fakulti Komputer dan co-SV Jabatan Kimia. Sekarang ni pun tengah meminang seorang expert dari uni. lain dalam computational thinking pula utk menjadi ahli dalam komiti angel aku... sebab aku tak pandai dan tak tahu semua.
6. Maybe aku tulis macam2 kot dalam FB? Abis dah FB dan wall aku, aku tulislah. Kalau takat nak tunjuk foto '' atau tunjuk 'warna ' biarlah orang pompuan yang buat... dah nature diorang macam tu... kita alu2kan je lah. Abis depa buat tu pun utk kaum adam jugak... ye tak ?
7. Pintu bilik aku tak pernah memilih bulu.. tiada PA ... tiada protokol... siapa datang aku cuba bantu.. atau sekadar bagi pendapat.
8. Maybe aku komen pasal gap? La... cer lihat foto. Ini tesis dari IPTA yang sukakan kelompongan. Di awal tesis kata kajian isi kelompongan, tak ada orang buat kajian tersebut .... dibahagian diskusi tulis banyak kajian lepas yang sokong dapatan kajian - amende nye yang kelompong ?
Ini nak kata sombong ke nak tunjuk pandai?
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment