.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, January 8, 2021

Tajuk 1777 - Adaptasi kisah sebenar (sebentar tadi) ..



Kerana IV.. si cantik manis tak lena tido ..
Sedang aku layan Atlas.ti, datang PG cantik manis memberi salam.. sayu kedengarannya. Dia mengadu, katanya tak lena tidur.
Fuh... aku tanpa berlengah meminta dia duduk lalu dgn penuh sopan bertanya.. kenapa begitu?
Kajiannya yang baru dirangka sebagai proposal dikatakan tidak sampai maqam master kerana hanya menggunakan 1 IV sahaja. Kawan2nya yang lain kata, mereka dimaklumkan bahawa kajian master mesti ada lebih 2 IV dan PhD lebih 3 IV. Maka sedihlah si cantik manis...
Akupun cool... tanya baik-baik dan minta jelaskan kajian dia yang ada 1 IV tersebut.
Selepas dia jelaskan.. aku pun tersenyum lalu berkata, kajian dia dah terlebih maqam ..
Fuhhh... terkejut manjalah si cantik manis... spt tidak percaya.. 'Camner tu Dr...?' katanya yang mula menguntum senyum...
Izinkan aku jelaskan hal ini, supaya semua bisa faham...

1. Bilangan IV spt yang dikatakan merujuk kepada kajian correlational study (gunakan SEM, PLS, Rasch etc). Tentulah tidak mungkin kajian spt ini kurang dari 3 IV.
2. Tetapi kajian PG di atas bermula dgn membina module, diikuti dgn kajian experimen dan diakhiri dgn temubual klinikal. Ini menjadikan kajian beliau mixed-methods.
3. Kajian tersebut melibatkan kesan intervensi modul (yang menjadi IV) ke atas tahap pencapaian (skor) (DV). Skor pula dipecahkan kepada skor soalan prosidural dan soalan konseptual, dgn 3 kali ujian: pre-pos-retention.
4. Oleh kerana kajian si cantik manis adalah mixed methods maka boleh aku jangka RQ kajiannya berkaitan:
a. Penghasilan module - ADDIE
b. Beza pre test kumpulan (t-test)
c. Beza post test kumpulan (t-test)
d. Beza post-retention test kumpulan (t-test)
f. Beza post test (2 tahap soalan) (ANOVA)
g. Beza retention test (2 tahap soalan) (ANOVA)
h. Sejauhmana kesan intervention (analisis temu duga klinikal)
5. RQ dalam kajian experimen dapat menjawab perkaitan cause-effect, diiintergrasi penjelasannya dgn hasil temu duga, maka dapatan lebih mendalam dan tiada masalah utk mencapai tahap master.
6. Adalah berbeza kajian correlational dgn survey yang respondennya tidak dikawal dgn kajian experimen yang dikawal.
7. Adalah tidak sama keperluan bilangan IV kajian eksperimen dengan kajian correlational.
8. Nampaknya si cantik manis sendiri baru faham apa yang berlaku, kerana kajian beliau bukan kajian correlational.
Aku akhiri penjelasan yang disambut dengan senyuman... Siapakah gerangan si cantik manis ?
Saja bagi suspen... 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...