.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, January 8, 2021

Tajuk 1792- Anak awak SPM dapat berapa A ?





Ini soalan lazim bila keluar keputusan SPM. Pihak sekolah pun dah awal2 siapkn plakat 9As utk murid2 tayang kpd seluruh alam buana.
Aku tak mahu kupas isu di atas. Aku nak melihat kepada isu ini dari perpekstif yang lain.
1. Kejayaan individu bersifat kendiri dan immediate sedang kejayaan komuniti lebih bersifat menyeluruh dan long term.
2. Bila kita cuba membina individu yang berjaya, kita sukar menggerakkan kejayaan komuniti, malah sering menyebabkan membesarnya 'gap' individu dan komuniti.
3. Kejayaan dalam pendidikan khususnya disekolah adalah kejayaan komuniti, bukan individu. Saya ulang... bukan individu.
4. Negara tidak akan terbina dgn gah, hanya berdasarkan kejayaan individu.
5. Jepun, China, Taiwan dan Korea serta Germany mungkin, tiada tokoh individu yang betul-betul 'dikenali kejayaannya' dalam membangunkan teknologi, ekonomi, budaya tidak seperti tokoh2 barat, US dan UK. Negara-negara tersebut Jepun, China, Taiwan dan Korea serta Germany menggerakkan kemajuan komuniti, bukan individu.
6. Menggerakkan kejayaan komuniti akan memunculkan juga kejayaan individu, malah lebih ramai individu yg berkongsi kejayaan dalam komuniti.
7. Apapun agama dan kepercayaan mengutamakan maslahat komuniti dari individu
8. Kejayaan individu selalunya unik sedang kejayaan komuniti lebih universal.
9. Sekolah adalah sebuah komuniti, maka kejayaan komuniti patut menjadi keutamaan.. bukan individu.
10. Namun begitu, sebuah komuniti pun ada keunikkannya, seperti juga individu, maka perlu diselaraskan dgn keperluan keunikan komuniti tersebut dan ia lebih sukar dan memerlukan perancangan yang teliti kerana pembangunan komuniti adalah pembangunan negara, bukan pembangunan individu utk berjaya dan menjadi kaya raya...
Salam sayang buat buat anak-anak SPM
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...