.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Friday, January 8, 2021
Tajuk 1772 - Tips surviving PhD..
Baca dulu baru SHARE ..
PhD dikaitkan dgn survival, kerana sifatnya yang terbuka dan heuristic... spt anda memasuki 'hutan Amazon' yang asing. Maka terkeluarlah pelbagai tips utk PG survive dalam 'hutan Amazon' tersebut...
Antara tips yang popular di sini yg entah dari mana asalnya adalah... ' Baca dulu 500 ratus artikel utk faham... '
Aku ambil angka 500 kerana itu angka terkini yang aku dengar. Aku nak respon sikit....
1. Masuk 'hutan Amazon' dan fahami selok belok hutan BUKAN dengan membaca ratusan artikel. Ia satu saranan cliche utk menunjukkan hebatnya penutur seolah2 spt telah membaca juga ratusan artikel di awal-awal pengajiannya dahulu, satu yang aku jangkakan tidak berlaku.
2. Mengenali Amazon perlu dilakukan secara sistematik, kerana ia sangat luas, bermula dengan mengenalpasti katakunci yang perlu dibaca secara TERFOKUS dari buku utama yang menjadi sumber thema katakunci tersebut, terutama handbook serta laporan-laporan semasa utk menyediakan diri dgn pemahaman terkini dalam aspek yang dikaji.
3. Membaca sampai 500 artikel di awal-awal pengajian hanya untuk memahami Amazon, adalah satu saranan 'simplistik' yang lebih cenderung menenggelamkan PG kerana PG yg naive akan melulu utk melakukannya aimlessly hingga makin kabur apa yang nak dikaji dan dicari.
4. Memasuki Amazon perlukan aspek pemahaman dan skill. Pemahaman isu yang ingin dikaji dgn pembacaan semasa secara terfokus terlebih dahulu, skill mengurus sumber bacaan - artikel, handbook, laporan, skill penulisan kritis, skill melakukan snowball semasa membuat pembacaan, pemahaman methodologi serta skill menganalisis data. Ini yang diperlukan di awal-awal pengajian.
5. Skill snowball lansung tidak mendapat perhatian, sehingga PG membaca secara berterusan tanpa tahu hujung pangkal. Skill snowball ini lah yang akhirnya membawa pembacaan PG kepada sumber releven, terfokus, bermula dengan 10 .... 20 ... 50 ... dan sehingga diakhir pengajian boleh sahaja mencecah 300 artikel yang dibaca dan dirujuk selain dari yang dibaca untuk pemahaman.
6. Maka ramailah PG yang abiskan beberapa semester di awal pengajian hanya untuk 'membaca ratusan artikel' spt itulah yang akan menjadikan mereka calon PhD yang hebat !
7. Dgn byknya artikel SLR.. LR ... scoping review.. critical review... pembacaan dan pencarian mesti smart.. bukan main sebut baca 500 artikel... then kena plak buat ringkasan...
Bahan berfikir hujung minggu..
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment