Itu komen satu klip video dua anak muda.. yg dibuat khas. Kita tak takut sakit gigi sebab ia tak membawa mati. Jadi yang kita takut adalah mati sebab Covid19 bawa mati.. sedang mati tak payah tunggu tua atau sakit, mati tunggu masa je... sampai ajal, semua akan mati.
Itu hujah dua anak muda tersebut, lalu membuat kesimpulan, yang kita takut adalah mati, bukan Covid19. Anak muda ini cuba membawa mesej:
Kenapa nak takut Covid19, sedang mati itu akan terjadi juga?
Aku yang tak muda lagi ini sekadar mampu berfikir begini sahaja, tidak seberani dua anak muda tersebut.
1. Mati bukan urusan manusia. Urusan manusia adalah menjaga diri dan masyarakat.
2. Bila Covid19 berpotensi merebak cepat dan membawa kematian, ia mengundang ketakutan. Ini reaksi normal manusia yang membawa kepada usaha dan keutamaan utk ia dikawal dari merebak, malah jadi kewajipan semua pihak, bukan membiarkan manusia mati, termasuk dua anak muda yg berani mati tersebut.
3. Memang kita mati dengan pelbagai sebab. Tiada manusia yang menafikan kedatangan mati, sebab itu urusan Tuhan.
4. Urusan manusia adalah berusaha, termasuk mencegah wabak dari merebak dan membawa kepada kematian... serta berdoa untuk kesejahteraan semua.
5. Aku cadangkan dua anak muda tersebut menjadi sukarelawan di hospital Sg. Buluh, kerana mereka tidak takut Covid19... mereka juga tak takut mati.
OT
No comments:
Post a Comment