.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, January 8, 2021

Tajuk 1780 - Masalah bukan lompong !



Uji Masalah dgn 5Ws
1. Ada yang menyatakan bahawa pernyataan masalah mestilah boleh menjawab 5Ws. Dalam status yang lepas, aku telah menulis satu dummy pernyataan masalah dalam dua ayat sahaja, yang ringkas. Berikut adalah ayat pernyataan masalah tersebut
"Terdapat penurunan minat murid sekolah menengah terhadap aliran STEM sejak tahun 2010 hingga 2018 (rujukan A, B) seperti Jadual 1.1 berikut. Penurunan ini boleh membantutkan usaha menyediakan tenaga kerja profesional di era IR 4.0"
2. Pernyataan masalah memerlukan kita menyatakan sahaja (stating the problem) tanpa perlukan huraian what so ever. Ia bagi memastikan penyelidik 'jelas' masalah yang ingin dikaji. Ini adalah jawapan kpd 5Ws bagi pernyataan masalah di atas..
Who – siapa yg terlibat dgn masalah = murid sekolah (Ting 4)
What – apa yang menjadi masalah = penurunan minat terhadap STEM
Where – di mana masalah berlaku = sekolah di Malaysia
When – sejak bila masalah wujud = sekitar 10 tahun kebelakangan
Why – kenapa ia menjadi satu masalah = bantutkan usaha menyediakan tenaga kerja profesional
3. Maka pernyataan #1 di atas telah lulus sebagai satu pernyataan masalah yang JELAS wpun ringkas. Huraian lanjut dibuat pada bahagian2 lain terutamanya dalam LR. Tu pasal thesis PhD kat Jepun dalam 100 pages sahaja.. sebab ringkas tetapi mesti jelas.
4. Jgn tak tahu, menulis satu perkara dgn jelas dan ringkas adalah satu kemahiran, khususnya utk menulis artikel dan laporan.
5. Malangnya ada yang terlebih sudu dari kuah, bila pernyataan masalah sekadar dua paragraph terus dikatakan tidak cukup mendalam. Ini satu pegangan silap dan menjengkelkan.
6. Paling ironi, bila dua paragraph dikatakan tidak mendalam, tetapi bila ditulis 4 pages dikatakan tak jelas lah pula masalah yang nak dikaji.
Life is short make it sweet (aku tiru kata2 ni)
OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...