.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, January 8, 2021

Tajuk 1791 - “Tesis siap cepat kurang matang”


"Kalau setakat abis 3 tahun tu belum cukup matang"
Selalu jer aku dengar pernyataan di atas. PG cam biasalah... mengangguk je. Kata apapun yess saja.
1. Pertama: Lambat atau cepat?

Ini logic yang kurang tepat dan sgt memalukan sapa yang menutur dan mempercayainya. Kualiti thesis lebih logic dikaitkan dengan (i) isu yang dipilih yang ada urgency, significant dan novel (ii) LR yang kritis (iii) ketepatan / kesesuaian pemilihan research design, termasuk analisis data (iv) perbincangan yang menyeluruh… bukan cepat atau lambat.
Maka, tentulah kurang sihat, kalau ada calon PhD yang pilih “lambat” berbanding “cepat”...yang relex jer macam xder apa2 berlaku... sbb itu wujudnya gesaan utk GOT - got it ? Ini bukan mcm makan sahur.... lagi lambah lg byk pahala.
2. Kedua: Matang?
Apa yang matang dan tak matang? Umur atau isi thesis? Kalau umur tentulah dah terlajak matang, maka tentulah yang matang tahu menyediakan isi yang juga matang. Apa pulak isi yang matang tu. Tentulah berbalik kepada yang pertama di atas.
3. Ketiga: Had masa
Kenapa PhD ada had masa – dulu 4 tahun, sekarang 3 tahun. Ini kerana keperluan asas menyediakan thesis yang matang adalah artikel dan buku2 yang berkualiti, yang jauh lebih mudah diperolehi sekarang... bukan main google jer cam budak2 sekolah.
Kalau dulu, 30 artikel perlukan 3 bulan, sekarang maybe 30 minit dah ada dalam tangan. Kalau ada budget, boleh beli lagi.. Yang tak dapat, boleh pula minta library carikan atau minta dari sumber lain termasuk kawan2 di obersi. Dulu mana ada Mendeley… now semua dah online.
Jadi bacalah artikel dan bahan berkualiti... sehingga memahami dan mampu memberikan argument yang baik.... bukan mesti baca sampai ribu2... takut makin kelabu...
4. Keempat:
Kalau bermula lewat, mana nak sempat matang. Sebab itu, aku suruh mulakan bacaan, penulisan wpun belum mendaftar lagi. Dulu mana kelas SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti di IPTA mahupun diluar IPTA utk analisis data, so joinlah mana2 yang patut seawal semester 1.
Ingat bro.... anda mungkin abiskn 3 bulan tak faham2 sesuatu yg boleh anda kuasai dlm sehari dgn hadiri bengkel ! Kalau tunggu, bilanya nak matang…
Yang dah daftar, boleh saja bermula esok harinya. Kenapa tunggu abis 1 semester baru nak mula…. Lambat bermula bukan bermakna matang...
5. Kelima:
Segala2 bermula dgn proposal yang baik... jadi belajarlah camner nak buat proposal... apply dulu ROT dan rujuk juga thesis lepas dalam bidang yang sama. Baca dan familiarize dan dapatkan idea, format dll utk menyediakan proposal. Jgn citation buat manual... kelam kabut... gunalah MENDELEY.
Thesis boleh pinjam di pusat sumber jabatan / library masing-masing. Kalau tak mula menulis, bila nak matang? Kalau main trial-n-error… tanpa panduan… ini bukan menjamin kualiti… ini menjamin anda memanjang jer tak reti !
6. Keenam:
MS Word tu word processor… berdesup boleh tulis thesis. Abis kalau dah guna Word pun macam typewriter electric… nak guna navigation xtahu…. split xtahu… cross-references xtahu… break page xreti… style xtahu…. Insert caption tak reti… nak customize TOC xtahu…. Grouped object xtahu…. yang tahu adalah menaip macam ayam patuk beras
7. Ketujuh:
Kalau nak edit pulak…. berpusing2 macam gasing… sampai pening sedang yang nak edit tu simple jer tapi jadi bersimpul-simpul ! Ini bukan matang… ini dinamakan ……. (maaf idea xdatang)
8. Kelapan:
Kalau dah 5, 6, 7 tahun tak siap2…. Itu aku fikir bukan matang…. itu trang tang tang…
Ini xtermasuk yg lambat siap kerana ditimpa musibah.. instrument meletup... sakit..... SV pindah uni.... yg kes cenggini.. kita simpati... isolated cases kita tolak tepi.
9. Kesembilan:
PhD hanya permulaan utk matang. Teruskan buat research... sampai tahap Prof... dan expert.... tapi percayalah ... tiada noktah pd istilah matang dlm dunia research kerana sifat knowledge yg terus bkembang... asal jgn jadi otai tapi buat research jd pembonceng kapcai !
Ke10
Itu jer nak tulis … maaf kalau tajuk post ni tak berapa nak kena.... sebab tajuk tu untuk orang2 yang matang ...
OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...