.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1207 : Tak kira anak siapa... 20 perkara yg netizen menangis bila baca sampai abis...


Maafkan aku.. klu tak suka status aku pasal obersi. Tapi aku nak tulis juga. Maaf sbb tajuk aku tiru siakap keli... harap jgn geli.

Kali ini pasal anak. Sekurang2nya dari pengalaman aku di OZ, UK, Jepun dan Denmark - anak-anak adalah priority, sehingga ibubapa boleh dipenjara kerana abaikan anak2 sendiri.

Bila anak2 ke sekolah, mereka adalah keutamaan, bukan kemanjaan. Keutamaan bermakna, keselesaan, keriangan dan kebajikan mereka diutamakan semasa belajar. Sebab itulah..
1. Kelas di sana relatif kecil utk anak2 sekolah rendah... sbb mereka perlukan phatian... org dewasa xperlukan pemikiran KBAT... inferens.. pemikiran luar kotak dan nk bbahas panjang perkara sesimple ini...
2. Apa yang membebankan anak2 dikurangkan, termasuk kurang silibus.. kurang buku teks, kurang homework.. sdg ank kita masih lagi jadi library bergerak.. seawal Tahun 1. Anak mereka ada 1 jer buku latihan... anak kita ada 12.
3. Tiada peperiksaan sehingga berumur 9-10 tahun dan anak2 tidak akan dibanding2kan dgn gred kerana mereka dilayan samarata
4. Penjagaan emosi anak2 sangat dipentingkan sehingga ibubapa dipanggil jika ada yang tidak kena kepada emosi anak2
5. Suasana pembelajaran dipastikan meriangkan anak2 .... dgn kelas yg ceria..
6. Anak2 diberikan penghargaan on the sport dalam apa sahaja progress mereka - usaha, pencapaian, tingkahlaku, kebolehan
7. Tiada ibubapa boleh membawa anak2 gi shopping waktu sekolah, melainkan dia akan ditanya oleh banyak pihak, termasuk cashier.... malah jgn sampai polis yang tanya... naya..
8. Di OZ, waktu summer sekolah rendah akan tutup (cuti) jika suhu terlalu panas dan anak2 wajib memakai topi sepanjang summer bila berada diluar
9. Anak-anak dilatih 'dont talk to stranger' demi keselamatan
10. Jgn nak cuba tinggalkan anak dalam kereta tanpa pengawasan, siaplah kena sound .. tak kira anda siapa !
11. Naik kereta, anak2 yang kecik wajib duduk atas seat khas dgn seat belt dibelakang
12. Anak2 12 tahun kena duduk belakang ... buckle up pls
13. Anak2 naik basikal pun kena ada helmet
14. Jgn nak mengada2 snap foto anak orang wpun comey... cubalah kalau tak caya
15. Anak-anak akan bersekolah disekolah berhampiran, sebab sekolah kerajaan tak ada kategori
16. Tiada kanak2 akan berjalan berseorangan di Jepun melainkan berkumpulan, kerana mereka naik train.. dan sekolah dibina berhampiran stesen.
17. Kalau anak2 bawa gula2... jajan...ke sekolah... maka guru akan ambil dan nasihatkan supaya bagi tahu parents makanan tersebut xsesuai utk mereka. Selalunya guru akan 'cubit' sedikit makanan tersebut utk anak2 rasa supaya tak kempunan !
18. Taman permainan kanak2 adalah antara keutamaan sebelum sesuatu projek perumahan diluluskan.
19. Masa aku di Adelaide, hanya shopping centre besar2 sahaja dibuka sampai 10 malam, yang lain tutup awal supaya anak2 boleh tidor awal sbb ayh tak lepak di kedai DIY.
20. Hari Sabtu adalah sport day (bawa anak2 blaja swimming.. cycling dll) ... dan hari Ahad adalah family day utk parents bersama anak2 mereka

Semua di atas, adalah pengalaman aku sendiri... tentu ada banyak lagi yang aku tak ketahui...

Mana satukah yang kita dah lakukan disini ?
So... buatlah reflection sendiri...

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...