.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1208 : Likert Scale...


Izinkan aku komen cara orang kampung...

Berikut dua contoh skala yang sering digunakan:


Persetujuan
1. SST 2. TS 3. N 4. S 5. ST

Kepuasan
1. Sgt Tidak Puas 2. Tidak Puas 3.Tidak Pasti 4. Puas 5. Sangat Puas

Ramai yang berbahas, tentang skala ordinal di atas. Ramai juga yang masih menggunakannya. Apapun, kesemua di atas cuba mengukur ‘intensity’ persetujuan dan kepuasan responden.

Katalah Ali sangat cerewet dan sukar memberikan persetujuan. Jika ada sesuatu polisi yang baik, dia akan beri '4. Setuju'
Siti lebih sempoi, dan memberikan '5. Sgt Setuju' kepada item yang sama.

Maka yang diukur adalah ‘intensity’ persetujuan Ali, Siti dan responden2 lain. Namun, skala ordinal sebegini tidak layak dilayan untuk analisis parametrik.

Dalam masa yang sama ada yang menyatakan pilihan 7 dan 9 lebih baik, kerana membuka lebih pilihan. Aku fikir, skala 7 atau 9 menghasilkan sesuatu yang lebih menyusahkan responden utk buat pilihan, apa tah lagi Ali yang cerewet, mahu dibuangnya kaji selidik tersebut... atau diisi secara cincai... lalu berlaku ‘response bias’

Maka penggunaan skala interval boleh menggantikan skala ordinal 5, 7, 9 tersebut dan dapat pula dianalisis dgn statistik parametrik spt..

Sgt Tidak Setuju 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Sgt Setuju
Sgt Tidak Puas 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Sangat Puas

Abis camner nak tahu tidak setuju… setuju … dan sangat setuju?

Kita mengukur 'intensity' bukannya category yang kita dinamakan sebagai 'agak setuju' atau 'kurang puas' dll.

Bagi skala interval di atas, ada yang menjawab 10 dan ada yang menjawab 8 dan 6. Yang jawab 10 ‘lebih setuju’ dari 8 dan 8 ‘lebih setuju’ dari 6 terhadap sesuatu yang dinyatakan dalam item kaji selidik. Responden lebih mudah meletakkan 'intensity' persetujuan dalam skala 'line' continuous begini, dgn analisis boleh dijalankan sebagai anda mengukur skor ...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...