.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1173 : Salah faham HOTs / KBAT #2


Taxonomi Bloom disalahfahami seluruh dunia pendidikan (1+5 bukan 3+3)

1. Taxonomy Bloom (termasuk revised version) sering dibahagikan kepada tiga aras terendah sebagai LOTS / KBAR - pemikiran aras rendah dan tiga aras di atas sebagai HOTS / KBAT - pemikiran aras tinggi...


2. Bila menyebut tentang KAK21 , maka dengan penuh bangga kita memilih 3 aras di atas hirarki taxonomy tersebut sebagai aras tinggi, HOTS / KBAT lalu berlomba2 ingin memastikan murid boleh 'membuat menganalisis, menilai dan mereka cipta (create)'... sehingga istilah LOTS / KBAR hampir diketepikan dalam verbal mahupun written.

3. Bagi (revised) taxonomy tersebut.... hanya aras pertama iaitu KNOWLEDGE / FACTS / RECALL sahaja yang LOTS / KBAR kerana sifatnya yang hanya assimilate pengetahuan termasuk menghafal. Tetapi LIMA peringkat lagi bermula dengan COMPREHENSION, APPLICATION, ANALYSIS, EVALUATION dan CREATION adalah HOTS / KBAT.

4. Dengan itu, PEMAHAMAN (make sense) adalah CRUCIAL sebagai permulaan HOTS / KBAT sebelum pemikiran murid boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi. Hampir semua murid boleh hafal dan menyebut sesuatu semula (sebab tu namanya parroting) pada tahap pertama hirarki tersebut tetapi MEMAHAMI yg di ajar memerlukan kognitif yang tinggi.

5. Justru, pedagogi apapun namanya tidak penting... malah tak perlupun kenapa nama2 tersebut ... termasuklah pedagogi abad 21... pedagogi HOTs, strategi KBAT dll tetapi apa yang penting setiap apa yang diajar mesti memastikan pemahaman ini berlaku (saya suka guna perkataan make sense) dan dapat dikuasai oleh murid. Guru berpengalaman pasti tahu hal ini. Nama2 ni semua hanya menyulitkan sahaja guru berkreativiti dan berkarya dalam pengajaran

6. Dengan itu, tidak perlu terlalu banyak subjek dan konsep yang nak diajar, bertimbun2... sejak Tahap 1 sehingga guru tak sempat nak memahamkan murid. Dan dengan sedikit bacaan aku, ternyata buku teks pun tidak disediakan utk menyampaikan pemahaman ini dgn lebih mudah.. padat dan sendat sehingga amali 'Yis BERNAFAS' yang salah konseppun dikekalkan sekian lama...

Bahan berfikir utk yang nak berfikir..

Wallahualam..

OT
Kuantan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...