.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1172 : Inquiry-Based Learning - Pedagogi Abad 21 ?


Buat semua ibubapa dan guru2 tercinta.. lihatlah sepasang mata jernih anak2 kita, kasihanilah mereka....

1. Kadang2 letih dgn semua terminologi2 ini yang dibahas tak kunjung2 abis. Ketahuilah hampir semua nama2 dalam strategi pengajaran termasuk inquiry (enquiry), PBL, SCL, discovery dll mula membanjiri dunia pendidikan akhir 50an khususnya di US… maka mengaitkan semua itu sebagai pedagogi Abad 21 adalah menjengkelkan.

2. Semua pedagogical strategies ini subur dari idea2 constructivist (positivsm) Piaget (cognitive development), Vygotsky (social – peer) dan Dewey (hands on – learning by doing), Ausubel (meaningful) dan yang seangkatan dengannya.

3. Idea inquiry-based learning bahawa maklumat dijana (constructed) secara individu (Piage -scheme) dan social (Vysgotsky - ZPD) bagi mendapatkan pengalaman pembelajaran (Dewey - experiential) bukan idea Abad 21. Proses ini melibatkan murid menjadi aktif, bertanya soalan, mengumpul maklumat, mentafsir maklumat dan membuat keputusan. Inquiri berlaku bertahap….

a. Guided inquiry:
Guru menjentik curiousity dgn soal jawab sebagai permulaan memperkenalkan idea awal. Guru kemudian membuat aktiviti bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan dan menjawab persoalan bagi memantapkan pemahaman murid. Murid dibawa berbincang, menyatakan pemahaman, berinteraksi, berkolaborasi dalam amali2 yang terpandu. Murid perlu lakukan explorasi, learning by doing dan fun-learning setelah mendapat maklumat asas yang difahami atau diikuti dgn penjelasan selepasnya supaya aktiviti yang dilakukan MAKE SENSE kepada murid. Guru menyediakan aktiviti lanjutan untuk menjana pula KNOWLEDGE kepada APPLICATION - inilah Bloom's taxonomy.Peringkat ini sesuai untuk peringkat sekolah rendah... yang juga mengandungi elemen 4C - collaborative, creative, critical dan communication

b. Open inquiry:
Diperingkat lebih tinggi, sekolah menengah PBL atau PjBL digunakan utk murid memulakan tahap analisis, menilai dan creation dengan bantuan minima guru. Tahap a. dan b. ini sesuaikan utk sekolah menengah. Pada tahap ini element 4C - collaborative, creative, critical dan communication semakin disuburkan

c. Investigative inquiry:
Diperingkat tertinggi, spt PhD, pelajar sendiri yang mencari masalah dan cuba menyelesaikannya dgn elemen 4C - collaborative, creative, critical dan communication yang semakin menjadi matang !

4. Ketiga2 level di atas, sgt sesuai untuk pendidikan sains yang konsepnya intergrated sambil menjana kemahiran sainstifik dan manipulatif. Semakin meningkat inquiry, semakin pembelajaran beralih kepada murid setelah dibimbing oleh guru diperingkat awal. Pada tahap uni / kolej.. elemen a. b. dan c. digunakan sebagai persediaan murid memasuki alam pekerjaan dgn menguasai kemahiran hard and soft skills.

5. Semua ini dah wujud lama.. termasuk HOTs / KBAT... BUKAN pedagogi Abad 21. Apa yang perlu adalah ‘perlaksanaannya’ yang hilang akibat keghairahan melampau serta fokus yang keterlaluan kepada penyediaan murid untuk peperiksaan. Inilah yang perlu diperbetulkan, bukan salah murid tetapi sistem inilah yang disediakan untuk mereka.

6. Semua aktiviti di atas boleh sahaja dilakukan oleh guru yang terlatih, tanpa perlu dipantau oleh mana2 pihak, terutama di awal2 tahap pendidikan. Buku teks hanya menyediakan panduan asas sahaja yang perlu disampaikan kepada murid. Makin meningkat ke peringkat menengah, buku teks makin mdalam dgn aktiviti yang lebih banyak.

7. Gurulah yang memainkan peranan utama mengatur pengajaran di peringkat guided inquiry, kemudian beralih kepada guru-murid dalam open-inquiry, then sepenuhnya kepada murid di peringkat investigative inquiry yang lebih tinggi.

8. Perlaksanaan pengajaran adalah gabungan kesemua nama2 strategi di atas… bukan satu sahaja spt inquiry-based learning. Pengajaran perlu menggabungkan direct instruction, discovery, Inquiry, PBL, PjL, belnded, flip, exploration, dll mengikut kesesuaian usia, kemampuan kognitif dan intelektual dan difahami juga dari sudut teori pemprosesan maklumat (Atkinson dan Shiffrin, 1986, 2016). Menambah perkataan pedagogi Abad 21, dibincangkan semula, dibahaskan lagi, tidak memberi apa2 added value pun, sedang yang diperlukan adalah perlaksanaannya.

9. Apa kelebihan inquiry-based leaning spt yang sepatutnya dah lama difahami ?
- learning by doing, memberikan pengalaman kepada murid
- mendalamkan pemahaman
- mengisi curiousity
- bukan sekadar menghafal fakta
- meningkatkan sense of ownership kepada pembelajaran

10. Kelebihan ini semua hanya tercapai dgn gabungan 3 tahap inkuiri. Pada tahap guided, learning by doing misalnya, perlu dikawalselia sepenuhnya oleh guru supaya murid2 tidak membuat sesuatu sekadar suka2. Learning by doing perlu dimulakan dgn pengisian pemahaman terlebih dahulu. Jika tidak semuanya hanya membuang masa. Experimen ‘Yis bernafas’ sebagai contoh. Masa terbuang sedang murid diberikan pemahaman yang salah sedang tiada mana2 pihakpun rasa bersalah.

Wallahualam

OT
Kuantan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...