Bacaan utk yg rajin berfikir sahaja (tak perlu KBAT)
1. KBAT / HOTS mmerlukan PREKNOWLEDGE yg cukup. Jgn mimpi murid mampu nk analisis.. kritis dll tu termasuk mbuat comparison misalnya klu hanya tahu celup2 sahaja... apatah lagi tahu tapi tak faham.. atau lansung xtahu...
2. KBAT / HOTS adalah utk policy makers... expert... guru menyediakn persekitaran yg mbolehkan murid menguasai A..B..C.. sebelum dipertingkatkan ke D..E..F dan seterusnya menguasai yg kompleks...
3. Pengetahuan diperingkat sekolah esp sekolah rendah sangat structured.. saya ulang STRUCTURED... tak yahlah sengaja nk belit2 bagi susah then kata itulah KBAT / HOTS. For what ?
4. KBAT adalah proses berfikir dan makin murid menguasai asas dan semakin meningkat kompleks bahan yg diajar... maka dgn sendirinya murid mbina KBAT... sbb diperingkat lebih tinggi subjek dah mula applied.. dgn masalah yg makin realistic.. bukan dgn mjawab soalan KBAT.
5. Satu salah faham yg amat ketara tentang KBAT / HOTS sehingga apa yg dulunya cuba dipermudahkan kini dibelit2 atas nama KBAT. Einstein tak suka benda mudah disusah2kn.
6. Bila murid makin keliru.. celaru.. disuarakn plak cara mengajar dgn pelbagai nama... inkuiri.. SCL... PBL.. dan nk bagi canggih diletakkan pedagogi abad 21... dll yg dah wujud sejak Bloom mula perkenalkan taxonomy nya tahun 1950an... hampa semuapun belum lahir lagi...
7. Niat utk mlatih murid berfikir... dgn soalan2 KBAT akhirnya membawa kpd kesulitan sehingga terpaksa diajar utk tackle soalan2 KBAT... terbitlah buku2 dgn soalan2 KBAT...tip2 jawab soalan KBAT... seminar KBAT...
8. Semua pihak dah mula terasa hotnya KBAT...
9. Back to basic jer...
10. Sekadar contoh.... Seorang suri rumah yg hanya blaja takat SPM GRED 3.. yg berminat menanam orkid mula menguasai pengetahuan tentang orkid dari yg asas hingga yg advanced secara self learning malah dpt mbuat analysis kesesuaian pelbagai orkid... hasilkan inovasi dalam menanam orkid dan mbuat hibrid tanpa perlu masuk uni dan menjawab soalan KBAT dari tahun 1 ... 'Tumbuh2an manakah yg ada batang tapi tidak ada kayu... '
Wallahualam..
OT
Kuantan
No comments:
Post a Comment