.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 8, 2011

Tajuk 273: Fening tak jumpa2 article.- Email yang mesti anda baca !!

Saya terima satu lagi email yang agak panjang Kali ini dari UNIMAS. Saya ringkaskan email tersebut dengan menggantikan nama penulis sebagai Miss Y serta menukar variable kajian sebagai X dan Y supaya identity kekal anonymous. Ini adalah email tersebut:

Salam
Saya Miss Y dari UNIMAS ingin bertanyakan sesuatu tentang pilot journal. Saya sekarang mengalami kesulitan dalam mencari pilot journal untuk kajian saya, iaitu hubungan antara X dan Y dengan kepuasan. 

Sebelum ini saya sudah berusaha untuk mencari jurnal utama sebagai rujukan dalam menjalankan kajian ini, namun saya masih lagi gagal untuk mengenal pasti jurnal atau kajian lepas yang paling rapat dengan tajuk saya.Hal ini menyebabkan penulisan saya menjadi tidak konsisten dan isi penting yang hendak diutarakan tidak sampai.

Segala maklum balas saya ucapkan terima kasih, dan saya minta tolong dengan masalah yang saya alami ini kerana saya betul-betul tidak tahu apa langkah yang seterusnya yang saya perlu ambil...Sekali lagi, terima kasih atas kesudian untuk membaca emel saya ini....

Miss Y
8.12.2011


Saya telah mula mendapat signal dari apa yang telah saya bincangkan dalam entry2 blog sempoi ini. Inilah penyakit yang dihadapi oleh penyelidik novice iaitu - cari tajuk dulu then cuba sesuaikan tajuk tersebut dengan article mainstream. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh penyelidik bertaraf pelajar dan novice adalah mencari gap dalam article mainstream..... barulah bina working title. Bila ini dilakukan, tiadalah persoalan nak cari pilot article lagi.... 


Jelas dalam email di atas, Miss Y telah awal2 lagi menetapkan tajuk dan apa yang ingin dikajinya tanpa sebarang sebarang pembacaan awal, sebab itu dia tak tahupun journal apa yang patut dibaca.... Apa yang berlaku, Miss Y cuba mencari artikel utama / pilot / anchor yang sesuai dengan apa yang dia ingin kaji dan ditetapkan dulu. Ini adalah langkah mencuba nasib yang selalunya tidak akan menyebelahi anda... tetapi akan memeningkan kepala anda berpanjangan...

Saya ulang...Miss Y sepatutnya mencari leading journal dalam bidang kajiannya terlebih dahulu, dan seterusnya membaca artikel2 terkini dalam journal tersebut bagi mencari gap yang sesuai utk kajian Miss Y dan sesuai juga dengan minat dan pengetahuan beliau.  Jadi tak timbul soal tak jumpa artikel utama... atau tiada teori yang sesuai.... atau belum tahu method yang appropriate atau soal selidik yang tak ada....

Bila Miss Y tak jumpa artikel kerana tajuk kajiannya bukan dari kajian mainstream…. Mulalah dia mencuba teori itu dan ini…. yang difikirkan sesuai dengan tajuk dia sendiri…mana tak ke bambu dek SV. Sebab itu Miss Y perlu mencari gap yang datang dari perbahasan dan isu yang timbul dalam  kajian mainstream bidang tersebut... bukan cari tajuk sukati sendiri sahaja.....maka Miss Y akan fening berpanjangan....

Bagi yang masih diperingkat awal, elakkan dari intention membuat kajian dengan isu yang datang dari ilham pujangga dan sentimentol sendiri. Saya selalu mengingatkan pembaca......membuat kajian bukan kajian utk memuaskan hati sendiri….tapi menyumbang sedikit pengetahuan dalam bidang kajian anda....

Itu sahaja…. 


isteri dah lama menjeling...
kerana malam semakin hening…..
dan suasana bertambah dingin.....
tentu ada sesuatu yang dia teringin.....


Selamat malam......


OT

Wednesday, December 7, 2011

Tajuk 272: 3 thn tak siap proposal, 5x tukar tajuk - Email yang mesti anda baca !!

Berikut saya lampirkan satu email yang saya terima dari salah seorang peserta bengkel. Selalunya email saya terima pendek dan ringkas.... tapi yang ini agak panjang lebar. 


Saya copy and paste sebijik2 email tersebut cuma saya tukar satu nama kepada xxxx. Saya masukkan dalam blog ini kerana ada bahan utk direnung bersama...

i.   Penulis dah 3 tahun baru dapat menyiapkan proposal
ii.  Penulis bertukar 5 kali tajuk kajian

iii  Bertukar SV
iv. Penulis hampir putus asas
v. Penulis adalah pelajar sepenuh masa, bergaji dan berbiasiswa
vi. Penulis terpaksa menunggu green light Bab 1 sebelum menulis Bab 2 seterusnya.....



Ditakdirkan akhirnya penulis tergerak utk mempelajari teknik penulisan dan kemahiran ini telah menghasil satu momentum..... bacalah email tersebut....



Salam Dr. OT.
Bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah. Terima kasih Dr. di atas ilmu yang disampaikan. Pengalaman lalu saya sebagai pelajar PHD agak payah dan laluannya sukar jika dibandingkan sekarang ini (masih lagi pelajar PHD). Setelah hampir tahun ke tiga, saya masih tidak dapat menyiapkan proposal saya, bayangkanlah perasaan saya yang bercampur baur antara maruah dan tanggungjawab. Maruah kerana semua orang tahu termasuklah orang kampung bahawa saya sedang menyambung pengajian tahap kedoktoran dan tanggungjawab pula ialah saya bercuti sepenuh masa diberi gaji malah diberi lagi biasiswa semata-mata untuk menyelesaikan pengajian saya.

Pada bulan 6 tahun ke tiga, saya telah bertukar supervisor dan tajuk kajian turut bertukar untuk kali ke-5. Disaat saya hampir putus asa (lebih kurang bulan 8 - tahun ke tiga), pertolongan Allah sampai... pada masa itu kawan saya telah memberitahu saya tentang workshop Dr.OT dan dia hendak ke KL pada hari itu juga. Saya hanya digerakkan oleh Allah untuk menemaninya kerana saya tidak pun mendaftar workshop tersebut. Oleh krn kawan saya seorang yang positif dan dia menyatakan tidak ada masalah untuk saya menyertai dan boleh dibayar pada masa itu maka dengan senang hati saya bertolak pada malam itu juga (esoknya workshop). Sememangnya saya hanya berserah kepada Allah.....

Pada hari tersebut, kami sesat di KL dan di Serdang. Kebetulan saya seorang kawan lain telah menunggu di sana (workshop Dr. OT). Dia telah memaklumkan kepada Dr. OT yang kami lewat krn sesat dan apa yang saya terharu ialah Dr. OT sanggup menunggu kami sebelum memulakan workshopnya.

Sebelum itu, saya pernah dengar tentang document map melalui xxxxx (kawan yang hendak ke KL) tapi tak tahu cara penggunaannya. Walaupun xxxxx ada pengalaman tentang document map tapi dia masih mahu menyertai workshop ini dan perkara ini menyebabkan saya tertanya-tanya apa yang istimewanya???

Semasa menjalani workshop Dr. OT saya masih merasakan document map sesuatu yang biasa sebab semuanya ada dalam Microsoft Office Word cuma kita tak tahu cara penggunaannya. Dalam kepala saya, saya hanya memikirkan masalah kajian saya berbanding workshop yang disampaikan.

Apabila saya pulang, supervisor (SV) baru masih lagi tidak membaca bab 1 saya dan memberitahu saya agar tidak membuat bab 2 lagi sehingga mendapat green light utk bab 1 . Oleh itu, saya meluangkan masa saya menukarkan bab 1 itu kepada bentuk document map termasuklah bibliografi. Rupa-rupanya bukan mudah kerana settingnya lari dari bentuk asal dan terima kasih sekali lagi pada Dr. OT kerana membantu saya apabila menghadapi masalah ketika memasukkan nama dalam bibliografi (manage sources).

Dipendekkan cerita, saya telah mendapat green light untuk bab 2 dan bab 3 dari SV. Saya masih menghadapi masalah apabila memasukkan bibliografi dalam bentuk APA (word). Lagi sekali Dr. OT membantu saya.

Akhirnya saya dapat menyiapkan ketiga-tiga bab pada bulan awal 10 dan minta SV menyemak writing saya. Pada akhir bulan 11 saya mohon untuk bentang (propose) tapi malangnya SV masih tidak puas hati dengan isi dan susunan writing saya. Saya buat pembetulan lagi sekali dan mohon tarikh untuk bentang. Akhirnya SV saya bersetuju memilih tarikh 15.12.2011 untuk pembentangan saya tapi dengan syarat buat pembetulan lagi bab 2 (major correction). 

Bayangkanlah saya kena hantar selewat-lewat pada 2.12.2011 (dua minggu sebelum pembentangan) dan saya hanya ada masa seminggu sahaja. Setiap pembetulan pula mesti ditunjukkan kepada SV. Pada masa itu, dengan izin Allah document map adalah penyelamat saya kerana dalam penulisan tesis, koheren (kesinambungan antara bab dan sub topik) adalah sangat penting.

Oleh kerana kekangan masa, setiap pembetulan, saya hanya meminta SV saya menggunakan document map untuk melihatnya semula. Nasib baik SV baru ini seorang user friendly dengan IT maka dia hanya menggunakan email dan memeriksa ketiga-tiga bab dengan document map. Bayangkan saya mendapat email drp SV lebih drp 5 kali. (sekali email lebih dari 2-3  pembetulan atau mungkin lebih). Bayangkan lah kalau tidak ada document map... dan pada hari itu (pagi) saya kena buat pembetulan bab 3 juga. Pada masa yang sama, saya kena hantar sebelum pukul 5 p.m. Akhirnya lebih kurang pukul 3 p.m. baru lah SV membenarkan saya utk printkan ketiga-tiga bab dan compile kesemuanya. Bayangkan saya hanya ada dua jam termasuk masa untuk photostat 6 copies  (pergi kedai photostat).

Dalam tempoh utk menyiapkannya, saya diuji lagi sekali dengan masalah isi kandungan dalam word. Pada masa itu, lagi sekali Dr. OT memberi idea membantu saya. Akhirnya saya berjaya jua menghantar proposal saya pada jam 5.05 p.m.

TERIMA KASIH DR. OT. Dengan izin Allah, Dr. tidak membantu saya dalam penulisan kajian saya tetapi Dr. membantu saya dalam teknikal mempermudahkan dan mempercepatkan penulisan kajian saya. 

Doa saya agar Allah mempermudahkan urusan Dr. sekeluarga sebagaimana Dr. telah mempermudahkan urusan saya.

N
USM
8 Dis 2011




Walaupun setiap research adalah unik.... dan cabaranpun unik dan berbeza....namun satu persamaan tak kira research apapun yang anda buat.... anda perlu menulis secara detail dan tebal... maka anda perlukan kemahiran yang efisyen dan pantas dalam menulis, mengedit, mengorganize, reproduce, checking, formatting etc menggunakan kemahiran samada MSWord document map / navigation pane (for social science), LaTex (for engineering / equations) ataupun Scrivener (for mac) !!


Jgn menaip di laptop anda seperti mesin taip.
Table of content yang anda taip 3 jam  hanya memerlukan 3 saat dengan document map... 


Saya juga telah menyentuh mengapa proposal perlu ditulis 3 bab serentak dan bukan bab demi bab.... (namun SV sering menasihatkan pelajar siapkan bab by bab.... saya sendiri tak tahu kenapa sehingga ada istilah..... selagi tak dapat greenlight Chapter 1, tak boleh tulis Chapter 2 dan seterusnya...... ) seperti kupasan dalam entry Tajuk 189 .... serta mengapa perlu mencari research gap (byk entry saya jelaskna hal ini) bukannya mencari tajuk sehingga boleh diubah2 beberapa kali...... bukan sekali TETAPI sehingga 5 kali.....perghhh wa cakap lu !


Saya juga menjangkakan penulis email di atas telah menyiapkan satu proposal yang tebal......(sesetengahnya lebih tebal dari thesis SV sendiri!) dan bab ketebalan thesis ini saya kupas dengan panjang, dalam dan lebar.....sila baca Tajuk  267.....


Apapun yang telah berlaku, syukurlah..... bengkel sehari document map dan sedikit nasihat telah membetulkan perspektif penulis email dan beliau sudahpun mendapat momentum utk meneruskan penyelidikan dan penulisan beliau. Syabas moga jgn menoleh kebelakang lagi.... ibarat batton 4 x 100m telah berada di tangan anda ....PECUT JGN TAK PECUT.....




OT

Tajuk 271 – Apabila RESEARCH FRAMEWORK menjadi ALIEN….Bhg 2

Kita sambung lagi....


Berikut adalah antara RF yang dibina oleh pelajar, yang saya ringkaskan:


Contoh 1:


a. Persoalan Kajian: Apakah faktor yang mempengaruhi stress dalam kalangan guru berdasarkan demografi


b. Strategi: Menentukan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi stress berdasarkan pengalaman bekerja, jantina serta sesi mengajar.


c. Instrument: Soal selidik


d. Analisis: Ujian-t bagi membandingkan skor pengalaman bekerja, jantina dan sesi mengajar


Komentar:
Persoalan kajian dan instrumen yang terlalu umum. Skala instrument tidak dinyatakan dan bagaimana skor2 akan diperolehi. Adakah pelajar akan membina soal selidik atau menggunakan soal selidik yang sedia ada? Mengapa pula ujian-t digunakan jika sekadar ingin mengetahui faktor yang mempengaruhi stress. Semuanya tidak synchronize! 


Contoh 2:


a. Persoalan kajian: Bagaimanakah keberkesanan modul PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) dalam kalangan guru kemahiran hidup?


b. Strategi: Meneliti keputusan peperiksaan pelajar selepas setahun menggunakan PBS, berbanding dengan keputusan peperiksaan pelajar tahun sebelumnya


c. Instrument: Soalan peperiksaan


d. Analisis: Ujian-t


Komentar:
Sekali lagi, persoalan kajian terlalu umum. Persoalan kajian mesti dipecahkan kepada beberapa persoalan kajian yang lebih khusus, dengan menyatakan variable yang ingin dikaji. Keberkesanan tidak boleh ditentukan hanya dengan membandingkan keputusan peperiksaan dua batch yang berbeza. Juga, soalan peperiksaan yang diberikan kepada satu kumpulan / batch tidak memberikan apa2 maklumat tentang keberkesanan PBS. Perbandingan min skor dua batch yang berbeza dengan ujian-t juga tidak boleh dilakukan. Pelajar sepatutnya menggunakan model generik seperti Model CIPP atau Model Kirk-Patrick misalnya utk menilai keberkesanan perlaksanaan PBS kerana perlaksanaannya melibatkan satu kumpulan sahaja.


Oleh itu, selagi RF masih belum jelas, diperbetulkan, pelajar akan terkial-kial untuk meneruskan perjalanan. Hanya setelah mendapatkan RF yang jelas dan synchronize....barulah pelajar boleh mendalami lagi bacaan dan penulisan secara lebih fokus... .


OT

Tajuk 271 – Apabila RESEARCH FRAMEWORK menjadi ALIEN….Bhg 1

Hujan lebat. Jam ditangan menunjukkan pukul 5.45pm. Jalan dipenuhi air. Saya menuju ke bilik kuliah….. kelas bermula 6.00 pm.....40 pelajar saya sedang menunggu…. Diam…tekun membaca. Amazing.. baik betul students bila hujan2 begini.... tak derlah pulak yang masuk lewat.... musykhil ler pulak hati wa ni.... buang tabiat ke diaorang ni?

Emm…. Rupa2nya ada kuiz ….patutlah semua tekun membaca. Sekali sekala kena “acah” juga grad students ni supaya bersedia dan buat revision juga… at least kuasai asas2 research methods.

Saya sebenarnya mendapat satu pengajaran paling berharga dari tugasan yang dihantar oleh pelajar minggu lepas….. iaitu menyiapkan “RESEARCH FRAMEWORK” (RF). Bukan sahaja pelajar yang belajar, saya juga turut belajar dan menimba pengalaman berharga.

Wo wo wo bro…. kongsilah pengalaman tu bro…

Sibuk jer  ko ni…. Aper yang ko nak?

Hujan bro... laparlah...kalu pekena kopi o panas dengan rebus ubi kayu cicah sambal atau ikan masin.... gerenti terangkat bro.... citer lah skit pengalaman berharga bro tu….

Wokey…. Sepintas lalu…. Wa bagi tugasan RF tersebut selepas minta mereka buat proposal ringkas. Wa terkezut….tapi belum sampai ke peringkat tergolek dog…. Hampir semua tugasan menggambarkan pelajar tidak jelas bagaimana membina RF…tanpa RF yang mantap....samalah macam buat rumah guna tiang batang buluh jer bro.... ko pasang jer atap...... ranap ler rumah ko tu....

Pengalaman berharga wa adalah….. sesuatu yang nampak mudah tetapi PENTING spt membina persoalan kajian dalam RF….adalah satu perkara yang masih ALIEN bagi pelajar siswazah.

He he…. Wa pun terasa jugak tu bro…. detail lagi skit bro….

Pertama, tanpa persoalan kajian / hipotesis yang JELAS, pelajar yang masih novice pasti kelamkabut utk menentukan instrument dan kemudiannya analisis data.... yang akan menjawab persoalan kajian atau menguji hipotesis tersebut. Buat research amende jika tak boleh jawab persoalan kajian...

Kedua, asal ada persoalan kajian jer, instrument terus tulis soal selidik…. tak kisah ada ker tidak soal selidik yang nak diguna atau nak kena bina dll…. Itu belum tanya bentuk skor, skala, bilangan item, konstruk, reliability dan validity dll berkaitan soalselidik tersebut. Semuanya nak guna alasan "nantilah aku fikirkan kemudian...." yang akan memakan diri sendiri.... sebab tulis proposal tebal mak datuk....tapi bahagian instrument.... ciput jer satu ayat sahaja....

Memanglah boleh tulis jer soal seidik tetapi sepanjang penyediaan RF tersebut, mestilah dah ada idea  dan penentuan instrumentyang bakal digunakan dari pembacaan literature semasa menyediakan proposal… paling baik instrument yang boleh diperolehi utk digunakan khususnya kepada pelajar Master….. yang PhD tu kenalah bina atau validate semula soalselidik yang nak digunakan…

Ketiga, tanpa instrument yang jelas, dan tanpa skala yang nak digunakan…..maka analisis data akan jadi kabur…. main “taram” jer….


Bina RF mestilah sekukuh Transformer ni bro....
Bukan calang2 org boleh bergambar dengan 
Optimus Prime ni... he he...

Sebagai pensyarah bertaraf biasa-biasa…. Ini satu cabaran bagi wa…yang wa kena pikul bersama pelajar….

Jadi wa akan kemukakan beberapa entry dengan contoh RF yang kabur....bagi dikongsi bersama…. Sebab wa tahu…. ALIEN yang sama juga dihadapi oleh rakan2 calon Master / PhD diluar sana…. termasuklah ko bro….

He he….cam tau jer…. malulah wa….

Dalam entry lepas wa bagi contoh RF yang wa buat.... tapi kali ni wa bagi contoh pelajar yang buat...bagi manfaat semua...Ok….kita sambung…. sebab wa terpaksa ke Pusat Sains negara pagi ini dulu…..

OT

Tuesday, December 6, 2011

Tajuk 270: 5 sebab kenapa pelajar cemerlang lambat siapkan thesis !

Hari ini sibuk menguruskan pameran sains di Pusat Sains Negara. Saya “kena” siapkan booth UPM bagi menunjukkan perisian animasi saya bertajuk “Simple Explicit Animation for Teaching Organic Reaction Mechanism”. Setelah ke Pusat Sains Negara, saya ke RMC ambil komputer… then ke HEP ambil cenderamata dll…… Sampai dibilik…. Dah ada yang menanti nak tanya slide presentation proposal…..itu dan ini......saya pun layann….

Then datang pula ramai2 mantee utk dapatkan sign borang pendaftaran….. pelik juga…. Dah semua guna system komputer, pun masih nak kena sign itu dan ini…..

Balik dah lapar….. singgah di Kopitiam Kawan Seksyen 3 pekena mee Kung Fu…. buka lap top....pe lagi menulis…. Hehe…. dan terhasillah mengapa pelajar cemerlang yang buat PhD…..lambat siap... pengalaman realistic pelajar sendiri….

Inilah kisahnya……


1. Anda bekas pelajar cemerlang. Anda faham dan hafal semua formula kimia, fizik, math, ekonomi dll…. Sebab itu anda tak ambil pot bila diminta fahami formula berikut sebab anda kata….terlalu sempoi dan tak logik!

Lulus PhD  = tulis cepat + defense cepat + viva cepat

2. Anda bekas pelajar cemerlang. Anda memang kuat belajar, maka andapun luaskan skop kajian anda. Anda nak buat macam-macam…. Dan anda membaca banyak artikel dalam berbagai2 journal… anda perlukan kajian yang hebat2 walapun dapatan tak signifikanpun tak pa….semuanya mesti di trial-n-error….

3. Anda bekas pelajar cemerlang. Anda seorang yang boleh berdikari. Anda tak kisah pun nak jumpa SV…. Sebab memang anda boleh belajar sendirian….. jadi buat apa jumpa SV….. baik jumpa geng sembang2 lagi best….

4.  Anda bekas pelajar cemerlang.  Anda memang perfect. Anda takkan hantar proposal thesis anda selagi anda tak merasakannya perrrfeeecttt…. Takut tercabar kesempurnaan anda….

5. Anda bekas pelajar cemerlang. Anda tidak mahu belajar teknik menulis…. Atau ikut bengkel statistic…. Sebab bengkel2 tersebut buang masa anda….sedang semuanya anda boleh belajar sendiri…. .

Anda bekas pelajar cemerlang..... tetapi yang tinggal hanyalah bekas...... 

Adanyer….. burp !! Alhamdulillah…..

OT

Sunday, December 4, 2011

Tajuk 269: Mana satu penentuan saiz sampel yang nak ikut - Cohen, Morgan, Cochran atau...?

Entah mengapa saya ingin menulis dan menimbas kembali penentuan saiz sampel. Sekurang2nya ada 4 kaedah penentuan saiz sampel yang lazim digunakan iaitu Krejcie dan Morgan (1970), Cochran (1977), Cohen (1988) dan perisian GPower (versi 3.1). 

Sampling diperlukan bagi mendapatkan nilai sampel bagi menganggar nilai populasi dari mana sampel tersebut diambil. Ini bagi menjimatkan masa dan kewangan. Oleh kerana sampel mempunyai darjah variability yang lebih kecil berbanding dengan darjah variability populasi (variability populasi lazimnya tersebar sehingga menghasilkan graf taburan normal), maka penentuan sample size perlu diberikan perhatian supaya inference dapat dilakukan.

Percayalah, saya sendiri tak tahu sampel saiz ni sebab sepanjang belajar di university, hanya ketika menulis tesis master baru saya terkial2 nak tahu sample size. Itupun saya buat eksperimental design so….. ambil sahaja n=30…. abis citer. Saya Cuma nak sentuh sepintas lalu berkaitan saiz sampel sebab saya dah kupas banyak dalam entry sebelum ini, cuma kali ini saya tulis secara ringkas tapi lumsum…..

Dalam penentuan sais sample, berikut adalah antara perkara yang diambilkira iaitu:

1. Sampling error (ralat persampelan)

Sampling error berlaku apabila nilai yang sepatutnya diperolehi dari populasi berbeza dengan nilai yang diperolehi dari sample yang diambil (contoh skor IQ populasi 120 tetapi skor IQ dari sample 110, ada error sebanyak 10)

2. Confidence level
Kaedah ini berdasarkan aras  keyakinan. Jadual Krejic dan Morgan (1970) menggunakan confidence level dalam pengiraan saiz sample. Mengikut Central Limit Theorem, jika sejumlah sample (katakan n=40) dari populasi diambil berulangkali (dengan kumpulan sampel yang berbeza setiap kali tapi n=40), katakan sebanyak 30 kali, maka min sample2 ini akan semakin menghampiri min populasi.  Bagi populasi bertaburan normal dengan confidence level 95% atau α = .05, maka jika diambil 100 kali sample (setiap kali n=40), 95 dari sample tersebut mempunyai nilai min menghampiri dengan nilai min populasi, 5 lagi tersasar jauh…

3. Darjah homogeneity
Ciri ketiga adalah degree of homogeneity atau degree of variability yang merujuk kepada taburan variance populasi. Variance adalah satu konsep asas dalam statistic. Secara mudah, variance bermakna perbezaan individu skor disekitar min atau perubahan skor disekitar min. Bagi populasi yang heterogen (tidak seragam), saiz sampel yang lebih besar diperlukan, begitulah sebaliknya.

Berikut adalah cara penentuan sample yang lazim digunakan…

1. Krejcie and Morgan (1970)

Jika anda tahu populasi anda (target ataupun accessible), bolehlah guna jadual Jadual Krejcie and Morgan, 1970. Pengiraan dalam jadual ini tidak mengambilkiran statistical power dan effect size dan saya berpendapat sesuai jika anda ingin membuat kajian survey….dan populasi anda besar serta diketahui bilangannya.


2. Cochran (1977) – berasaskan formula margin of error

Cochrans menyediakan formula bagi membolehkan penyelidik menerima error item seperti 5% margin error bagi data kategori dan 3% margin error bagi data continuous. Ini adalah error yang sengaja diadakan ut diterima oleh penyelidik kerana setiap pengukuran mesti membawa error. Ini termasuklah menerima error dengan α = .05 (Type 1 error). Oleh itu Cochran telah menyediakan dua formula iaitu bagi data continuos dan data categorical. Anda tidak perlu tahu saiz populasi apabila menggunakan formula Cochran.


3. Cohen (1988) -  berasaskan statistical power dan effect size

Saya dah kupas dalam tajuk 118 blog ini…. Sila baca…dengan disertakan juga Jadual Cohen (1988)

4. G*Power (2011 – version 3.1) – berasaskan statistical power dan effect size.

Tak ramai yang kisah kewujudan perisian percuma ini. G*Power sangat convincing utk digunakan kerana outputnya bukan sahaja berdasarkan jenis analisis statistik, tetapi juga disertakan dengan graf. Dengan membuat anggaran statistical power 80% dan effect size yang anda jangkakan terlebih dahulu, anda akan mengetahui saiz sampel yang diperlukan. Semua arahan ada disertakan dalam homepage G*Power. Sila rujuk Tajuk 18f dalam entry blog ini untuk kupasan lanjut tenatng G*Power....

PERSOALAN:

Abis mana satu nak guna dari keempat2 teknik di atas?

Saya cadangkan, jika anda tahu saiz populasi, anda gunakan jadual Krejcie and Morgan, dan kemudian bandingkan dengan saiz sample yang anda perolehi dari formula Cochran dan Jadual Cohen.

Katakan sebagai contoh, anda mendapat saiz sample Krejcie & Morgan (n = 230); Cochran (n = 217) dan Cohan (n = 245), maka ambillah n = 245 supaya saiz sample anda seperti telah mengambil semua aspek yang diperlukan dalam penentuan saiz sample....

 
Satu lagi alternative adalah G*Power yang lebih komprehensif kerana disertakan dengan pilihan jenis analisis statitik yang lengkap. G*Power 3.1 semakin advanced dan lengkap. Saya juga cadangkan anda download secara percuma perisian ini dan cuba dapatkan saiz sample anda... 

Namun saya berpendapat memadailah anda mengunakan mana2 dua kaedah pengiraan di atas..... ambil bilangan sample yang paling hampir antara satu sama lain dan pilihlah satu yang terbanyak. Ini kerana satu teknik persampelan  biasanya dianggap "tidak memadai" atau akan dipersoalkan "kenapa tak guna teknik pengiraan yang lain".... so anda buatlah perbandingan awal2... bagi memudahkan anda justify semasa defend nanti....

Moga jangan fening2....

OT

Friday, December 2, 2011

Tajuk 268 - SAPA KATA RESEARCH PROPOSAL MESTI TEBAL ? BHG 2

Sambungan.......


Abis bro..... camner RP leh nipis lak? 


Come on bro.... ini bukan soal nipis atau tepal tapi soal keperluan yang sepatutnya diutamakan....


Biar aku jelaskan begini......tugas SV utk semak 5 aspek berikut.....


1. Research gap (pernyataan masalah) - pastikan wujud gap yg genuine, sesuai peringkat Master / PhD  


2. Objektif kajian - menyeluruh dan menggambarkan aspek kajian 


3. Persoalan kajian - cukup mendalam utk mencapai objektif dan mencapai tahap Master  / PhD dengan analisis data yang akan menjawab persoalan kajian


4. LR - semak teori yang akan digunakan sesuai dengan keperluan kajian (10 pages)


5. Method - pastikan sampling, instrument dpt membekalkan data yang akan menjawap persoalan kajian. Analisis juga perlu bersesuaian bagi menganalisis data tersebut (10 pages)


Lima aspek utama ini adalah aspek yang PENTING, PRIORITY untuk disemak dah di verify oleh SV dan utk di present semasa defend. Yang lain2 tu boleh dikembangkan semasa penulisan sebenar thesis.


Jadi, jika hanya aspek di atas dberikan tumpuan dalam penulisan RP, rational 50 pages utk RP peringkat PhD dah memadai.... sebab aspek 1. 2. dan 3. di atas pun tak akan melebihi 5 pages.....setuju? 


Saya tak leh bayangkan ada proposal pelajar sehingga 200 - 300 pages....dan banyaknya masa yang digunakan bagi menulis..edit...tulis..edit.... sebelum dikira layak dan dibenarkan (setelah mengisi borang..) melalui proses defend.


Pelajar Master memerlukan masa utk memahami cara penulisan secara kritis dll dan semua ini pasti belum dapat dikuasai diperingkat penulisan RP....kerana pembacaan LR yang perlu didalami dari masa kesemasa....dan dari situ dibimbing oleh SV bagi menghasilkan penulisan kritikal dan ini bukan hal yang perlu ditekankan diawal peringkat penulisan RP. Pelajar PhD yang dah ada pengalaman menulis thesis peringkat Master sepatutnya tidak menghadapi masalah dalam menghasilkan penulisan kritis !


Oleh itu...RP pada pandangan aku tidaklah perlu begitu mendalam dan tebal..... sebab itu bukan tujuan UTAMA menghasilkan RP....Maaflah jika aku fikir semakin lama semakin pelajar spt berlumba2 menebalkan RP...mengambil masa yang lama..... kerana pelajar2 sebelum merekapun dilihat berbuat demikian....dan anggapan ini diturun temurunkan.....


Abis bro.... nak salahkan sapa?


Tak salah sapa2......maybe kerana anda pelajar....anda diam dan ikut jer lah.........cuma aku fikir apa yang berlaku sekarang ini sesuatu yang perlu direnung semula.... kerana banyak hal yang berlaku lebih kepada anggapan dan ikut2an sahaja.....gagal membezakan ramuan yang asas dengan ramuan tambahan....antara yang utama dengan yang boleh dikemudiankan.....(priority dah tak ada).... at the end of the day..... pelajarlah yang memikul semuanya....


Betullah bro.... kesian kat kitorang tau....


institutechildrenslit.net


Satu lagi aspek yang sentiasa bermain2 dalam kepala aku ni...


Apa dia bro?


Dulu tempuh pengajian sepenuh masa bagi PhD perlukan masa 5 tahun dan Master perlukan 3 tahun dan biasiswa serta cuti belajar ditawarkan mengikut jangkamasa tersebut.


Sekarang semuanya disingkatkan ke 3 (PhD) dan 2 tahun (Master) tetapi perlaksaan diperingkat fakulti tidak banyak menyebelahi perubahan tersebut.


Apsal bro?


Pelajar mendaftar pada Semester 1 dan wajib mempunyai penasihat... dan SV hanya dilantik apabila pelajar telah bersedia..... Ini sahaja dah memakan masa beberapa semester sebelum pelajar dikira bersedia.... 


Bagi pelajar sepenuh masa Master contohnya, SV patutnya perlu terus dilantik berdasarkan proposal permohonan pelajar dan pastikan mereka defend proposal di akhir semester 1. Barulah pelajar boleh bergraduate dalam tempuh 4 semester. Kalau lantik SV pun dah masuk semester 3..... bila ler pulak nak abiskan dalam tempuh 4 semester.... 


Dulu sebaik sahaja saya mendaftar program doctorate saya di Adelaide, terus dapat SV dan Co-SV.... dan dalam tempoh 3 bulan (1 semester) saya berjaya membentang dan defend proposal saya..... namun situasi ini tidak berlaku disini....Semua ini dimungkinkan lagi dengan bimbingan yang betul dari SV.... bantuan penulisan efisyen soft-copy dengan document map MSWORD (pelajar sains sosial) atau Latex (maybe sesuai utk pelajar teknikal seperti engineering) bagi memudahkan editing serta bantuan perisian lain seperti end-note.... 


Abis camno....?


Aku cadangkan elok juga fakulti terus lantik SV dan pelajar wajib memulakan penulisan RP sebaik sahaja mendaftar di semester 1 serentak dengan mengambil kursus research method dan statistics atau lain2 yang wajib. Ini bermakna kursus tersebut membantu memantapkan lagi pengetahuan pelajar dan dalam masa yang sama SV membimbing dan menjustifikasikan standard Research Framework supervisee. 


Target adalah pembentang proposal selepas Semester 1 tetapi sebelum Semester 2 bermula. Jika ada supervisee yang slow skit tu lazimlah.... so semua mesti defend sebelum semester 2  berakhir......maka target nak graduated 2 tahun bagi Master dan 3 tahun bagi PhD akan kelihatan lebih logik......dari apa yang diamalkan sekarang


Saya percaya, statistik dari ribuan siswazah membuktikan hampir TIADA pelajar Master atau PhD yang bergraduate dalam tempuh atau lebih awal dari tempuh tersebut (2 dan 3 tahun) di Malaysia.....jadi pasti ada sesuatu yang tidak kena atau kena diperbetulkan.... sekurang2nya inilah yang saya perhatikan dari "kacamata" saya yang "lens"nya dah lama tak berganti.....dan "frame" nya pun dah longgar....makin terlondeh bila melihat tebalnya proposal pelajar yang diusung kesana kesini tetapi belum layak utk defend......sedang yang akan di defend hanyalah beberapa slide powerpoint berkaitan  Research Framework sahaja.....tak lebih dan tak kurang.....dengan had masa presentation ditetapkan 30 - 40 minit bagi mempertahankan RP walaupun masa diambil utk menyiapkan RP tersebut telah memakan masas 4,5, atau 6 semester...... berbaloikah itu ? Anda jawablah sendiri....



Sudah pastilah jika pensyarah yang dah lulus dan mendapat PhD akan meneruskan tradisi penulisan RP sebegini....malah akan memastikan RP supervisee nya setebal RP yang dia sendiri pernah defend..... roda akan berputar lagi....dan terus berputar.....maka supervision culture yang sama berterusan....kepada generasi seterusnya.... dan anda kini berada dalam rantaian culture tersebut....


Kesimpulannya..... berbalik kepada isu.... perlukan RP begitu tebal dan lengkap seperti thesis? Pada hemat saya, RP hanya perlu mencakupi aspek2 utama spt pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian, teoretical framework, instrument dan analisis data tetapi secara ringkas utk memastikan standard yang menepati Master atau PhD... itu sudah memadai...


OT

Tajuk 267 - SAPA KATA RESEARCH PROPOSAL MESTI TEBAL ? BHG 1

Apahal ni bro…..citer pasal research proposal (RP) pulak ker?

Aku nak tanya...pada pendapat ko, RP mesti tebal ke nipis?

Aku? RP mesti tebal…. Kalau boleh menyamai thesis sebenar!

Kenapa ko kata cam tu….?

Bukan aku lah bro….semua calon Master / PhD pun akan kata benda yang sama…malah terbukti di mana2 IPTA….. betul tak? Kalau defend tu tak bawak proposal 2 - 3 ratus mukasurat tak sah bro.... gerenti tak leh defend punya.. muah ha ha ha

OO.. ko ketawa yer....kalau aku kata tak semestinya  tebal macamaner? Nipispun tak pa…dalam 50 muka surat!

Giler ko... nak kena pelangkung.....Ko memang pelik bro…. giler ker RP nipis macam tu bro…. Sure kena bamboo dengan komiti bro….PhD ni mesti tebal bro.... baru gempakk!!

Banyak ler gempak ko....so apa tujuan ko buat proposal?

Soalan basic tu....proposal nak tahu apa yang kita nak buat dalam research sebenar…. Jadi semakin hampir RP dengan thesis sebenar baru lengkap proposal tu…. baru MANTAP wa cakap lu !! Lagi best jika terus buat pilot.. bincangkan hasil dapatan pilot dalam RP..... barulah kelas RP tersebut bro...lagi tebal lagi mantap !!

Abis kalau method kena komen semasa defend sebab tidak menepati itu dan ini.... macamana dengan kajian pilot tadi....kena buat semula ker?

Emmm... yang itu aku tak tahu.... takkan SV dan committee tak check dulu...

Memanglah commitee check... tapi bila dah defend.... tentu banyak lagi pandangan yang lebih mantap akan dikemukakan... sedang masa viva pun ada yang kena resubmission inikan pula proposal... senang2 boleh kena slashed !!

Alamak.... U bagi aku takut ker bro....

Setahu aku yang naif ini…tujuan utama menghasilkn RP adalah utk mendapatkan pengesahan bahawa gap yang kita cadangkan utk kajian adalah signifikan dan method yang akan digunakan adalah bertepatan atau omputih kata researchable atau feasible bagi menghasilkan dapatan yang dapat menyumbang kepada “a body of knowledge” bersesuaian dengan peringakat kajian Master / PhD . Aku tak pernah dengarpun RP mesti  tebal dan menyamai thesis sebenar !! 

Abis yang kena siapkan 3 chapter RP tu bukan ke tebal dan lengkap?


cartoonstock.com

Siapkan 3 chapter tu tak semesternya tebal bro….Macam buku ler… kalau dah draf namanya, walaupun 3 chapter, takkan ler tebal sampai 300 muka surat. Kalau satu chapter 10 mukasurat, baru 30 muka surat beb! Ko ni simple maths pun tak reti....

Kalau macam tu, tak mantap ler !!!

Amende yang mantap dan tak mantap tu bro? 

Yang perlu mantap adalah GAP dan METHOD.... itupun dalam bentuk draf....jadi tujuan RP nak pastikan GAP atau masalah kajian ko tu wujud dan signifikan bukan ikut kepala ko ajer.... serta METHOD ko tu clear apa yang ko nak buat....dengan analisis data dan instrument yang ko cadangkan disahkan betul dah jelas.......diperingkat komiti....proposal tu kan maknanya pun cadangan....

Tu cam tu ker.... tak caya lah...

Tak caya tak apa.....aku bagi ko analogi....macam ko buat plan rumah ler bro…. mestilah ada ukuran tanah, darjahnya, berapa luas binaan dalam ko nak buat, semua tu mesti JELAS. Buat jer plan rangka rumah tu dulu…. Maybe dalam plan 3D. Ko tunjuk je kat pakar, dia akan justifykan bahawa rumah tersebut feasible nak dibuat dan plan tersebut lulus. Semua ini hanya dibuat atas beberapa keping kertas, dan maybe memakan masa 3 minggu utk disiapkan….. bukannya 3 tahun bro!!

Bayangkan plan rumah yang lengkap dan tebal serta mendalam ambil masa 3 tahun.... tiba2 tak lulus bro.... tak ker buang elektrik jer.... kalau 3 minggu tiba2 tak lulus.... buat ler yang baru ikut apa yang dikomen oleh pakar.... ada faham !
Kalau ko dah siapkan gap yang jelas walaupun secara ringkas tapi lengkap dan mencadangkan method kajian serta analsis yang sesuai, tugas SV committee adalah utk menyemak dan meluluskan, sebab mereka experts!! Then perlu defend bagi mendapatkan pengesahan yang lebih menyeluruh dari sudut pandangan pelbagai kumpulan yang lain.

Dan... kalau selepas 1 semester ko defend... ada masalah.... ko ada banyak masa utk memantapkannya.... barulah terminologi MANTAP tersebut timbul.... selagi tak defend selagi tu tak MANTAP.....nak MANTAP bukan ambil masa bertahun2 sehingga MENYENTAP motivasi utk meneruskan kajian sebenar.....

Apa bezanya dengan amalan yang ada?

Pertama ….. pelajar kena siapkan RP dengan mendalam. Sebab itu mereka ambil masa katakan 5 bulan utk siapkan setiap chapter…. dan 15 bulan utk kesemua chapter…. ditambah beberapa bulan ding dong ding dong utk cari tarikh defend.... dan akhirnya semester 5 -6 baru nak defend proposal.

Kedua…. Tidak ada gerenti RP yang ko kata MANTAP itu tidak dipersoalkan semasa defend…. Atau perlu diperbetulkan….dan jika ini berlaku…. 6 bulan lagi diperlukan utk memperbaikinya

Ketiga…. Banyak masa dihabiskan utk menyiap RP sahaja sedangkan itu hanyalah “sebuah plan tindakan” utk menghasilkan kajian – bila lah pulak nak mulakan kajian sebenar kalau dah 2-3 tahun diabiskan dengan menebalkan RP sahaja...

Keempat… berapa banyak sumber masa, tenaga dan motivasi yang dah terhakis jika RP yang disediakan masih banyak yang perlu diperbaiki….kadang2 nak beranak pun kena tangguh sebab tengah buat RP....

Kelima..... tiada jaminan RP yang tebal dan lengkap tu OK dan yang nipis tu KO.... sedang yang dah jelas adalah faktor masa yang telah banyak digunakan bagi menyediakan RP yang kononnya akan OK sedang ianya hanya satu plan tindakan sahaja...


Keenam.... biarlah masa ditumpukan bagi menjalankan kajian kerana proses ini juga memerlukan masa yang panjang. LR dll boleh dimantapkan selari dengan proses menjalankan kajian sebenar. 

RP tak sepatutnya memakan masa melebihi 2 semester sahaja. Semester 1 dah boleh present depan komiti dan akhir semester 2 defend peringkat fakulti / jabatan. Ini bermakna kajian dah boleh dimulakan seawal semester 2 sambil membetulkan apa2 komen dalam proposal. 


Cukup ker bro 1 semester tu? Ko biar logik sikit !


Kalau sekadar siapkan pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian serta cadangan method, instrument dan analisis data dalam bentuk "RESEARCH FRAMEWORK".....LR yang asas dengan theoretical framework yang sesuai..... 3 bulanpun boleh siap bro.... apatah lagi pelajar PhD yang dah ada pengalaman buat proposal....
(Sila baca entry 265 utk mengetahui bagaimana membina Research Framework dan bagaimana ia menentukan standard Master dan PhD anda)


A ah...macam betul jer bro tapi .....aku masih tak cayalah...


Tak caya......kita sambung lagi dalam Bhg 2… baru suspenzzz…


OT

Thursday, December 1, 2011

Tajuk 266 - 5 Mitos PhD / Master !!

Saya menggemari rancangan Mythbusters.... kerana banyak mitos yang diterima sebagai benar tetapi akhirnya dibuktikan  palsu. Membuat PhD / MAster juga ada mitosnya... saya cuba senaraikan 5 daripada mitos tersebut...dan memberi kupasan secara ringkas samada mitos tersebut benar atau sebaliknya...

Mitos 1 -  Menjadi calon Master / PhD bermakna menempuh  saat paling getir dalam hidup

Menjadi calon Master / PhD sebenarnya satu pengikhtirafan kemampuan anda untuk menyumbang sesuatu yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian anda, khususnya melalui penyelidikan yang anda lakukan. Nikmatilah saat yang hanya datang sekali seumur hidup ini sehingga anda benar2 diikhtiraf melalui gelaran  “Dr”. Jadikan ini sebagai SAAT TERINDAH DALAM HIDUP ANDA !!

Malangnya anda beranggapan kesulitan dan kegetiran itu satu kemestiaan dan anda membiarkan diri anda merasai kegetiran tersebut sebagai justifikasi menjadi calon Master / PhD.

Mitos 2. Tidak ada jalan mudah bagi calon Master / PhD menghasilkan kajian.

Terlalu banyak jalan yang boleh membantu menjadi calon yang berjaya. Mulakan dengan langkah yang betul seperti mencari gap kajian dan mantapkan research framework.

Malangnya anda tidak ada panduan utk memulakan kajian anda maka anda mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan gap dan research framework anda. Anda terlalu sibuk mencari tajuk kajian yang sesuai… sedang tajuk kajian bukanlah perkara pertama yang anda perlu cari....malah paling sadis… anda tak tahupun apa itu gap dan research framework dan kenapa anda perlu memantapkan kedua2nya terlebih dahulu.... menyebabkan anda terkial2 sepanjang perjalanan anda dan menjadikannya semakin getir... walhal anda tidak perlu melalui semua itu..!!

Mitos 3. Membuat penyelidikan peringkat Master / PhD bermakna anda bekerja berseorangan.

Dunia telah berubah. Maklumat bukan sahaja dihujung cari anda tetapi juga dihujung cari rakan2 seperjuangan anda. Terdapat ramai pakar dan rakan2 yang sudi membantu anda memberi penjelasan dan mendapatkan artikel2. Ambil tahu dan joint rangkaian facebook, blog, dll (seperti Doctorate Support Group) bagi anda meminta bantuan merentasi sempadan IPTA malah sempadan geography.

Malangnya, anda tidak joint mana2 group, tiada discussion group dan dok termenung sendirian mengenang nasib….

Mitos 4. Menunggu benar2 bersedia baru memulakan penulisan.

Menulis tesis adalah suatu yang rumit kerana manuskrip yang dihasilkan tebal dan terperinci. Oleh itu anda perlu memulakan penulisan proposal yang standard seawal semester 1 tanpa perlu menunggu lantikan SV, habis coursework dahulu dll. 


Malang sungguh anda yang ada pengalaman membuat master tetapi tidak terus memulakan penulisan proposal PhD. Lagi awal anda mulakan penulisan lagi awal anda membina asas kukuh dan pemahaman menyeluruh kepada penyelidikan anda. Pelajarilah menulis tesis secara efisyen dan pantas melalui aplikasi document map / navigation pane bagi tujuan tersebut, nescaya penulisan anda anda lancar dan anda boleh menyusun maklumat dalam proposal anda secara sistematik.

Malangnya anda menunggu semester 3 baru nak mulakan penulisan dengan harapan anda telah bersedia. Ingatlah, anda tidak akan pernah bersedia jika anda tidak memulakan penulisan anda. Semakin awal anda mula menulis, semakin awal anda menguasai kajian anda.

Saya tidak boleh bayangkan seorang pelajar yang membentangkan proposal  pada semester ke 5 atau 6 dan kemudiannya mendapati proposal tersebut terlalu banyak yang perlu dibetulkan. Alangkan baiknya jika perkara tersebut berlaku pada semester ke 2 atau 3 yang mana masih ada masa utk membetulkannya.

Mitos 5. Master / PhD  hanya untuk mereka yang muda, genius yang membuat kajian yang dasyat2.

Kajian peringkat master /PhD hanyalah sebagai satu pra-syarat untuk mendapatkan ijazah Master / PhD bagi calon yang boleh bekerja secara sistematik. Menghasilkan tesis Master / PhD hanyalah satu usaha  ‘a contribution to knowledge’ dan bukannya bertujuan utk mengubah dunia atau sebarang polisi atau menghasilkan sesuatu yang super “original” atau membuat sesuatu yang belum pernah dibuat sebelumnya. Jika benar2 anda ingin "mengubah dunia"....  selesaikan dahulu PhD anda !!

Tambahan membuat kajian peringkah master / PhD memerlukan kemahiran yang “boleh dipelajari”. Tambahan sekarang, banyak ruang dan peluang utk memperolehi kemahiran tersebut. Teknik mencari gap kajian, menghasilkan research framework, penentuan saiz sample, analisis statistik, teknik menulis kritis, menggunakan software spt endnote atau NVIVO... semuanya skills yang boleh dipelajari… tanpa memerlukan anda seorang yang genius….Cari atau anjurkan sesama sendiri. Takkan itupun SV anda perlu bagitau. 


Contohilah Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan UKM yang menganjurkan bengkel saban minggu. Paling mengharukan, bengkel tersebut juga dikendalikan oleh bekas pelajar PhD UKM dan pensyarah sendiri dengan bayaran yang sgt minimum berbanding dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Mereka juga berjaya memohon satu ruang yang besar dengan kelengkapan meja dll yang membolehkan pelajar Master / PhD berjumpa, berbincang dan menganjur bengkel2.

Persoalannya adakah anda telah "cuba" menguasai kemahiran2 tersebut?


OT

Tajuk 265 - Bina Research Framework bagi mengetahui standard Master / PhD

Saya berkesempatan menghadiri satu pembentangan pelajar PhD yang berada di semester ke 5. Dari jauh saya lihat proposal yang dipegang oleh pelajar tersebut hampir menyamai tesis sebenar dengan muka surat mencecah 300...pheww...

Dalam pembentangan tersebut, calon menggunakan pre-post experimental design dengan tambahan interview.

Saya sempat bertanya soalan semasa sesi soal jawab, mengapa beliau hanya gunakan t-test sahaja kerana tahap analisis data PhD sepatutnya lebih mendalam. Saya hanya mengagak t-test akan dilaksanakan kerana ada pre-post test dalam kajian tersebut. Calon tidak mengemukakan research framework semasa pembentangan. Saya terus mencadangkan calon mengambilkira aspek gender supaya boleh menggunakan analisis ANOVA faktorial.

Terkejut saya.....opocot....apabila calon tersebut menjawab, dia hanya akan menggunakan analisis korelasi bukannya t-test spt jangkaan saya. Dan menambah bahawa data interview akan digunakan bagi memperkukuhkan analisis korelasi tersebut !!

Timbul persoalan - mengapa calon bersusah payah membuat kajian eksperimental kemudian hanya menggunakan analisis korelasi. Ini bermakna calon tidak faham bahawa kajian eksperimen dijalankan untuk menguji cause and effect dari treatment yang diberikan. Jika sekadar korelasi, tidak perlu dijalankan kajian experimental !! Mengapa ini terjadi kepada calon PhD semester 5 yang telahpun menyiapkan proposal yang begitu tebal !!

Akhirnya calon akur dan akan membetulkan analisis statistiknya. Nampaknya calon mengambil masa yang begitu lama untuk "menebalkan" proposalnya maybe dengan menulis LR, membetulkannya dan menulis semula....sedang perkara asas perkara2 asas seperti membina research framework tidak dihiraukan terlebih dahulu. Memang perkara biasa berlaku pembetulan kepada proposal pelajar, tetapi bukan proposal yang dibentang pada Semester ke 5 oleh calon PhD sepenuh masa!! 

Jadi saya ingin berkongsi secara khusus apakah yang dimaksudkan dengan research framewework, RF. Jgn salah faham dengan conceptual mahupun theoretical framework seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ini. 

RF adalah flow keseluruhan rangka kajian yang anda akan jalankan bagi kajian anda. Menyediakan RF akan memastikan kajian anda dapat menjawap persoalan kajian melalui pengumpulan data dari instrument yang betul dan dianalisis dengan teknik yang juga betul. RF digunakan bagi memudahkan anda dan SV anda memastikan kajian anda menepati standard PhD / Master dan mempunyai flow yang logik.

RF ini mempunyai berbagai2 bentuk. Saya sendiri mencadangkan jadual OPISA (sila baca entry terdahulu) ataupun sekadar dua contoh jadual seperti berikut. Jadual ini hanya contoh satu persoalan kajian sahaja, sebabdalam RF sebenar, anda perlu membuatnya bagi semua persoalan kajian anda:

Contoh 1 - A



Katakan calon mengemukakan RF nya utk menjawap salah satu persoalan kajian seperti contoh di atas. Dari pemerhatian saya, analisis regressi berganda didapati bersesuaian bagi menjawab persoalan kajian berdasarkan RF ini. Analisis ini pada asasnya mencukupi utk mereka yang berada di peringkat Master.



Contoh 2 



Dalam contoh 2, hanya ANALISIS factorial 2 x 2 (kerana ada 2 IV iaitu Jantina (J) dan Tempuh Masa (T)) dapat menjawap persoalan kajian dengan instrumen spt yang dinyatakan dalam RF di atas. Secara sepintas lalu, RF bagi menjawab persoalan kajian adalah tepat dan calon boleh meneruskan penulisan.


Contoh 3 



Dalam contoh 3, RF menunjukkan persoalan kajian dijawab dengan analisis t-test sahaja. Jika semua persoalan kajian hanya menggunakan analisis t-test, RF ini menunjukkan kajian anda tidak mencapai tahap PhD yang memerlukan analisis data yang lebih mendalam. Maka mudahlah calon meningkatkan tahap persoalan kajian sehingga memerlukan analisis yang lebih mendalam spt mengunakan Factor Analisis, SEM, Multiple Regression, MANOVA, PLS dsb...




Oleh itu, RF sangat penting untuk anda mendapatkan rangka kajian yang mantap dan sebagai penentuan samada kajian anda mencapai standard Master  / PhD. 



OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...