.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, April 12, 2011

TERIMA KASIH ATAS PENGHARGAAN ANDA !!!

Berikut adalah sebahagian ucapan yang diterima... terima kasih kembali moga anda terus success dunia dan akhirat

OT
12 April 2011


Terima kasih sayang...............

Petikan 1:
Assalamualaikum Dr, Terima kasih banyak kerana menghasilkan blog yang cukup-cukup bermakna dan bermanfaat terutama bagi yang tak cukup ilmu dalam menyelidik secara ilmiah. Penuh ilmu dan santai. Tahniah.. Saya mengajar di IPG dan sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD dalam bidang e-pembelajaran. Berminat mengkaji kesan e-portfolio dengan platformnya facebook atau perisian lain yang sesuai sebagai tool untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik. Sekarang ni tengah pening sama ada nak guna kuantitatif atau kualitatif atau gabung kedua-duanya. Mana yang paling sesuai. Harap sangat-sangat Dr dapat beri pandangan terutama dalam membuat konseptual framework bagi tajuk ini.

Petikan 2:
Saya rasa gembira terjumpa blog dr... daripada amatan awal saya...rasanya banyak ilmu yang saya boleh terima dari blog ini... saya merupakan pelajar Master di Fakulti Pendidikan UTM...saya memerlukan banyak bahan berkaitan penyelidikan kerana ini kali pertama melibatkan diri dengan penyelidikan memandagkan sewaktu degree dulu takda buat tesis... Harap blog dr ni dapat membantu... kena selongkar satupersatu ni... terima kasih dr...

Petikan 3:
Tkasih sbb saya makin jelas psl ralat ni. Yg masih belum jelas n terawang2 ialah ttg effect size n statiscical power n perkaitannya dengan sample kajian. Saya sdg dptkan maklumat dari internet dan cuba fahamkan dulu. Nanti saya cuba terangkan semula n pohon disemak.

Petikan 4:
terima kasih atas bantuan dan perihatin Dr. web ini harus menjadi medan percambahan ilmu yang baik. ilmuwan seprti Dr. harus ada di arena pendidikan. matang, resposibel, prihatin dan jujur. syabas.

Petikan 5:
Salam Dr OT. Terima kasih byk2 kerana sudi berkongsi ilmu. Tak pernah sangka Word boleh buat macam2 especially dlm kerja2 menulis tesis. Cara Dr OT tackle LR pun sgt santai dan mudah faham. Sayangnya tak berkesempatan join bengkel SPSS esok... Seronok dan enjoy join bengkel tadi... Kalau ada rezki buat PhD, agaknya boleh jadikan Dr OT supervisor eh

Petikan 6:
Terima kasih atas ulasan dan pandangan :-) Untuk makluman, saya merupakan pelajar Master Coursework. Saya dikehendaki melengkapkan dissertation dalam masa kurang dari 5 bulan dan kini hanya berbaki 2 bulan 15 hari sahaja lagi sebelum saya dikehendaki menghantar dissertation saya. Statistik yang saya gunakan, bahkan lebih rendah dari korelasi, kerana berlaku masalah di pelbagai peringkat yang mengekang saya menjalankan analisis secara lebih mendalam (mungkin ini alasan remeh yang tak boleh diterima). Apapun saya sedang berusaha dan cuba mencari jalan menggunakan statistik lain, supaya searas dengan tahap Master. Apabila terbaca pandangan saudara, saya rasakan perlunya penjelasan yang lebih jelas memandangkan saudara punya pengalaman yang lebih luas baik sebagai pelajar mahupun pengajar. Terima kasih sekali lagi atas ulasan dan pandangan.

Petikan 7:
Salam Dr., Tahniah kerana Dr. telah menghasilkan blog berkaitan penyelidikan especially berkaitan analisis data. Cara Dr. menjawab permasalahan pelajar amat baik sekali kerana mudah difahami. Ini merupakan kali kedua saya menghadiri kursus Rasch Measurement Model yang disampaikan oleh Prof. Trevor Bond. Walaupun Dr. dari aliran CTT (Classical Test Theory), Dr. juga boleh menerima aliran baru IRT (Item Response Theory). Teruskan usaha murni Dr. Selamat maju jaya.

1 comment:

  1. salam dr...seronok dan hilang stress bila baca blog dr ni......stress dengan baru nak start buat research proposal....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...