.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 8, 2011

Tajuk 116 - Boleh guna ke size sample Krejcie & Morgan tahun 1970?

Dalam bengkel SPSS saya di UKM, ada satu soalan yang sangat menarik -
Bolehkah saya guna jadual saiz sample Krejcie dan Morgan kerana diterbitkan pada tahun 1970. Saya dimaklumkan rujukan mestikah yang terbaru....?


Maksud soalan ini, adalah jadual sampel saiz Krejcie dan Morgan (1970)  yang dah berusia 31 tahun untuk tentukan sample kajian masih relevan dengan kajian tahun 2011 sebab dah berusia 31 tahun !! Dibawah adalah jadual yang dimaksudkan. Jadual ini telah digunakan sekian lama.....



Di bawah ini pula artikel yang diterbitkan oleh Krejcie dan Morgan pada tahun 1970 sebagai bukti.


Respon ringkas saya. 

Jika anda buat pembacaan, ujian-t diterbitkan dalam Jurnal Biometrika pada tahun 1908 oleh Gosset. Ini bermakna ujian-t atau mat salleh sebut t-test diperkenalkan pada tahun 1908.... kira-kira 103 tahun yang lalu !!! Skala Likert pula dibina oleh Rensis Likert pada tahun 1932. 

Persoalan saya - Jika Jadual sample Krejcie dan Morgan yang berusia 31 tahun ada yang anggap  TERLALU LAMA untuk kajian.....adakah kita masih nak guna t-test yang dah berusia 103 tahun yang lalu..... dan skala Likert yang dah berusia 79 tahun ! Jika jadual Krejcie dan Morgan kita anggap dah lama, maka t-test dan skala Likert lagilah lama !!!

Jadi perlu difahami bahawa usia statistik nampaknya tidak dapat diukur lama atau baru tetapi jika penghasilannya menepati ciri-ciri statistik, ia akan kekal selamanya..... sebagaimana theorem Pythagoras dll.... sehingga ada teori baru yang berupaya memberi penjelasan yang lebih tepat. Begitu halnya juga dengan jadual Cochran pada tahun 1963.... yang berusia 45 tahun. Kedua-dua jadual penentuan saiz ini tetap berguna dalam penentuan saiz sample jika anda tahu saiz populasi......  

Gud luck....

OT






1 comment:

  1. terbaik....maklumat untuk wim assigment saya untuk sharing kat semua.tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...