.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, April 27, 2011

Tajuk 128 - Ujian Nonparametrik - Power atau Robust !!

Anda ingin menjalankan ujian-t tapi anda dapati sampel anda kecil (katakan n = 15 sebab ramai subjek yang tarik diri) atau data anda tidak tertabur secara normal walaupun sampel anda  n > 30. Maka anda sepatutnya tanpa ragu2 menggantikan ujian-t yang anda cadang untuk gunakan dalam kajian anda dengan ujian bukan parametrik Mann-Whitney.


Jangan takut.....Maka saya cadangkan anda menulis pernyataan berikut bagi menunjukkan keperluan anda menggunakan ujian bukan parametrik tersebut....supaya jangan sampai anda tutup mata  then terus jer buat ujian-t....!


"Oleh kerana data tidak tertabur secara normal mengikut ujian Shapiro-Wilk (sebagai contoh), maka kajian ini  akan menggunakan ujian Mann-Whitney bagi menguji perbezaan antara min. Walaupun ujian bukan parametrik Mann-Whitney mempunyai kuasa statistik yang lebih rendah berbanding dengan ujian-t parametrik,  tetapi ujian MAnn-Whitney adalah lebih robust apabila andaian bagi ujian-t tidak dipenuhi..."


Ingat power atau kuasa ujian statistik adalah untuk elak Type 2 error (Rujuk tajuk sebelum ini). Ini bermakna anda terdedah kepada menolak Ho yang betul jika menggunakan ujian bukan parametrik yang kuasanya lebih rendah. Namun begitu, ujian bukan parametrik lebih robust iaitu ujian bukan parametrik masih boleh memberikan kesimpulan kepada dapatan tanpa memerlukan andaian spt taburan normal dan homogenity di penuhi. Ini bermakna dalam kajian ini, ujian parametrik (ujian-t) lebih berkuasa HANYA SEKIRANYA andaian kenormalan data dipenuhi. Jika tidak, dapatan anda tidak akan memberikan kesimpulan yang betul. Ujian-t tidak robust, iaitu tidak memberikan dapatan yang sepatutnya jika data tidak normal. Dalam keadaaan ini, lebih baik menggunakan ujian Mann-Whitney yang robust kerana dapatan masih boleh dilaporkan dan diterima wpun data tidak normal kerana ujian parametrik tidak tertakluk (robust ler tu) kepada andaian2 kenormalan dan homogeneity. 


Mudah cakap, robust tu bermakna tidak memerlukan sebarang syarat untuk dilaksanakan. Emmmm bak kata perpatah...Tiada Rotan Akar pun Berguna.... Tidak dapat lakukan Ujian-t kerana data tidak normal...Ujian Mann-Whitney pun boleh. Katakan nak guna rotan mesti pakai glove (sebeb rotan berduri). Dah tak der glove....lebih baik guna akar jika dah tak boleh guna rotan dari tak guna apa2 lansung...duduk termenung mengenang nasib malang....hu hu
Kenapa saya suka fokus perkara ini? Saya sebenarnya ingin memudahkan anda supaya jgn takut jika mendapati data anda tidak normal. Jgn panik.... dan research sepatutnya ditangani dengan sistematik... bukan gelabah. Saya sendiri alami kesukaran ini... so saya cuba bantu anda mana yang boleh. Benda ni tak tertulis dalam buku dengan jelas.....so ramai pelajar yang teraba2...(jgn meraba2 tau..). Kadang2 anda perlu hanya satu  paragraf sahaja bagi merasionalkan pemilihan ujian bukan parametrik dan everthing goes well. Kajian anda bukanlah berkaitan hidup atau mati...sekadar memberi pengalaman sebenar bgmana kajian dan analisis sepatutnya difahami dan dijalankan dgn betul..
Saya pernah diundang dan ke udara di Radio Adelaide, Australia
dan pic saya di studio PUTRA FM...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...