Soalan:
salam dr,
saya F, dan saya tercari-cari tentang makna normaliti test, cara nak analisis dapatannya dan makna outputnya, Saya juga amat berharap dr dapat menjelasakan tentang analisis faktor. harap dr dapat bantu
Yang bertanya,
F
Respon:
Saya tersenyum bila membaca soalan anda, kerana soalan ini menggambarkan u dan kawan2 yang lain masih belum faham salah satu asas paling utama dalam statistik inferens. Bila mengambil sample, u perlu pastikan sample mempunyai ciri2 populasi, sebab itu persampelan secara rawak adalah terbaik. Antara ciri paling utama adalah data yang diambil tertabur secara normal sebagaimana data dalam populasi yang tertabur secara normal. Tertabur secara normal bermakna apabila diplotkan frekuensi data terhadap skor (interval atau ratio) maka terbentuklah graf normal seperti berikut:
Oleh kerana itu, u perlu uji data sampel supaya mempunyai ciri2 normal. Ujian yang boleh digunakan dengan SPSS adalah seperti Kromogorov, shapiro-wilk atau membuat plot histogram. Jika jadual shapiro-wilk menunjukkan nilai tidak signifikan (>0.05), maka tiada perbezaan kenormalan sample dan populasi - iaitu data pada sampel tertabur secara normal. Jika graf histogram, anda boleh lihat bentuknya.
Jika data anda normal selepas diuji dalam SPSS, anda bolehlah menggunakan statistik in ferens parametrik spt t-test, ANOVA... jika tidak normal, gunakan statistik bukan parametrik spt wilcoxon atau Mann-Whitney...
Sila rujuk tajuk2 terdahulu, saya ada mengupas kenormalan dari nilai skewness juga. Sila teroka tajuk2 dalam blog ini satu persatu. Jika anda bertanya kenormalan, saya boleh jangkakan anda tidak ada asas statistik. Wpun ramai pelajar siswazah yang tiada asas statistik, anda jgn putus asas.... teruskan membaca...
Gud luck
No comments:
Post a Comment