.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 1, 2011

DISNEY ON ICE dan ICE KEPAL MAMAK

Stadium Utama Bulit Jalil
Malam tadi saya buat sikit benda yang belum pernah saya buat sejak lahir di atas muka bumi ini....menonton disney on ice... di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jgn salah faham... bukan stadium bola sepak yang besar tu seperti gambar di atas yang boleh isi ratus ribu.... tapi ada satu mini stadium sebelahnya. Ini pertama kali saya ke sini. Harga tiket bolehlah tahan....tapi ramai juga yang pergi bawa anak2 memandangkan nak pergi Disneyland lagi ler mahal. Mujur tiket anak2 ada sponsor...

Zaman saya dulu pegi funfair.... masuk 20 sen.... main baling2 tin dengan bola tenis... dapat ler gula2...jika nasib baik dapat anak patung mickey mouse. Paling sensasi naik merry-go-round ler.... macam London eye! Jika mak kasi RM1.50 tu dah kira oklah....

Funfair zaman dulu.....(pic zainoorain.blogspot)

Kat sini ler disney on ice tu...
Watak dalam disney on ice...... (hillam family)

Ni kisah simba dalam Lion King.... zaman saya mana ada semua ini... main cucu datuk harimau adalah....

Ais ni cuma tambah pewarna (mak sebut tambah inci...) ..bila dalam bekas disney jadi RM30.... zaman saya beli ais kepal dgn tangan (tangan mamak oooo) hanya 10 sen, sedut sampai hilang sirap.....
Ni ler rupanya ice kepal mamak....letak sirap jer... manede kaler2 macam zaman ini ! 

Anak2 sekarang kenal Tinker Bell.... dulu saya kecik2 kenal Alexandra Graham Bell... la ni kenal graf normal yang bentuk Bell.... zaman dah berubah.... jangan le membeBell !

Minnie oh Minnie....Minnie ni tikus kan?  

Phew.... 

Bertuahnya anak2 zaman ini.... banyak benda boleh di main....


Memang pelakon semua skillful.... terbang sana terbang sini sambil skating...macam sukan olimpik le pulak

Akhirnya NINE buat drama sendiri lagi dia faham....zzzzzzz.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...