![]() |
| Kasih sayang tidak boleh diukur dengan skala Likert.... |
1. Menggunakan analisis Rasch (Rasch Model)
2. MSI - Methods of Successive Interval
3. Summated scale
Analisis Rasch berbeza dari SPSS. Tok guru Rasch Prof Trevor Bond ketika saya mengikuti bengkelnya menyatakan:
Nominal and ordinal levels are NOT measurement; they never tested empirically. It is not good enough, to allocate numbers to human behaviours and then, to assert that this is measurement in the social sciences.
Saya juga tidak akan menyentuh MSI, anda explore lah sendiri......Saya hanya akan bincangkan yang ke3, kerana ianya telah menjadi "amalan" dalam kebanyakkan kajian bagi yang bermazhab statistik klasik (t-test, ANOVA, ANCOVA, Chi kuasadua spt dalam SPSS) dan menjadi teknik analisis bagi kebanyakkan semua pelajar siswazah di Malaysia. Teknik juga paling mudah (walaupun tidak diterima oleh mazhad Rasch dan mazhad analisis item). Oleh kerana anda adalah pelajar siswazah.... mintalah pandangan penyelia anda sendiri.....
Bagi tidak merumitkan keadaan, saya bagi satu contoh....
Katakan 50 guru pilih "setuju (4)" dan 50 lagi pilih "Sgt setuju (5)" maka summated scalenya adalah (50 x 4 = 200) + (50 x 5 = 250) adalah = 450. Nilai purata summated scale adalah 450/100 = 4.5. Mazhad statistik klasik ini menyatakan bahawa, summated scale adalah bersifat interval maka analisis statitistik boleh dilakukan (lihat Umar Sakaran, 2003).
OT

No comments:
Post a Comment