.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, April 17, 2011

Tajuk 121 - AWAS...KORELASI HANYALAH RAMALAN !

Lepak santai bersama penyanyi "Suci Dalam Debu" Salem..... 
Saya masih membicarakan hal ini kerana masih ramai yang "marah-marah" apabila saya katakan dalam tajuk2 terdahulu (sila search dalam blog ini) bahawa kajian korelasi tidak sesuai diperingkat master, apatah lagi PhD. Jangan ler marah........nanti cepat beruban! Saya tambah sikit lagi penjelasan saya:


Korelasi dikatakan lemah kerana prosidur ini tidak mengukur sebab dan akibat. Jika u ukur dua variable,  IQ dengan motivasi, katakan terdapat hubungan yang kuat secara positif. Hubungan ini TIDAK membawa maksud, IQ seseorang mempengaruhi motivasi. U cuma boleh membuat andaian dan meramalkan bahawa IQ adalah peramal (predictor) yang baik kepada motivasi, bukan penyebab. Sebaliknya motivasi juga peramal yang baik kepada IQ (sekali lagi... bukan penyebab). Dalam fenomena harian, kita boleh buat ramalan so gunalah korelasi. Lebih baik buat korelasi dulu sebelum buat ramalan. Jika hubungan kuat, maka ramalan kita semakin baik..... So korelasi bukan sebab-akbibat.....tiada istilah IV atau DV pada korelasi spt yang lazim ditulis oleh pelajar kerana salah satu variable tidak menyebabkan perubahan kepada satu lagi variable. Oleh kerana hubungan keduanya adalah sebagai peramal (predictor) sahaja (bukan penyebab), maka sifat ini lemah berbanding dengan kesan sebab-akibat dalam kajian eksperimen. Jika statistik dah lemah.... kenalah back-up dengan statisik lain.....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...