.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, April 10, 2011

Tajuk 119 - KAJIAN ANDA SIGNIFIKAN JIKA...?

Saya telah mengupas tajuk ini dalam blog saya sebelum ini, namun ramai yang masih bertanya. Jawapan paling popular mengapa kajian yang dilakukan ini signifikan / penting kerana antaranya kajian akan mengubah polisi, mengubah cara guru mengajar, mengubah dasar, memberi maklumat kepada kementerian itu dan ini......Saya ingin bertanya..... satu soalan mudah. Mana lebih signifikan - Kajian anda signifikan kerana ia pra-syarat mendapat ijazah master / PhD atau pun kerana anda ingin mengubah polisi itu dan ini? Sudah pasti ianya pra-syarat dapat master  / PhD kan?


Jgn rebut2 ... soalan yang signifikan jer akan dilayan.....


Apa makna kajian sebagai pra-syarat dapat master / PhD? Ini bermakna kajian anda akan menjadikan anda seorang ilmuan aka sarjana yang mendalami teori berkaitan dengan bidang kajian anda. Anda diperakukan memperolehi kemahiran teori dan juga aspek berkaitan dengan menjalankan kajian. Anda mungkin mengembangkan pengetahuan melalui dapatan yang baru, menguji variable yang baru, mendapatkan jawapan yang lebih mendalam dalam bidang kajian anda. Semua ini akan menyumbang kepada body of knowledge dalam bidang kajian anda. 


Anda juga mungkin berjaya membina inventori baru yang sah dan valid atau memjumpai satu fenomena baru dalam kajian anda. Inilah faktor yang menjadikan kajian anda signifikan, SEBAB ITU YANG ANDA BUAT dan semua ini termaktub dalam objektif anda. Persoalan samada kajian anda berjaya mengubah polisi TIDAK termasuk dalam objektif dan anda tidak buat apa2pun untuk mengubah polisi! Jika adapun (saya ulang... jika adapun) ianya adalah IMPLIKASI kajian anda, bukannya SIGNIFIKAN ! Polisi akan berubah apabila anda memegang tampuk polisi  - TETAPI itu bukan kepentingan kajian anda. Itu adalah andaian sahaja... dan dalam banyak kes, tidak pernah berlaku. Bagi tahu saya, berapa banyak pegawai yang merujuk thesis pelajar? 


Jika ada 10,000 tesis dalam 5 tahun, berapa yang dirujuk kementerian? Tiada - Kenapa? Kementerian tidak merujuk kepada tesis pelajar siswazah kerana TIDAK SIGNIFIKAN - Ia lebih signifikan dalam aspek menambah pengetahuan pelajar untuk bergraduat bukan untuk dirujuk. Jika kementerian nak tukar polisi pun, kementerian akan panggil sarjana2 ini yang telah ada pengetahuan untuk laksanakan kajian baru, diberi geran penyelidikan.... dan bukan minta mereka buka tesis masing2 masa belajar di universiti - SETUJU ? Jadi tentu tidak wajar signifikan kajian disebut sebagai akan menjadi rujukan pembuat polisi.


Maka saya lebih cenderung berpendapat kajian anda signifikan dijalankan jika menambah pengetahuan dalam bidang tertentu dengan salah satu perkara berikut:


  1. membina model / instrumen / alat / modul yang valid dan reliable 
  2. menguji keberkesanan model / instrumen / alat / modul dalam konteks baharu
  3. mengembangkan model / instrumen / alat / modul dengan penambahan variable baharu
  4. memperbaiki instrumen (soalselidik, inventori dll) dengan peningkatan reliability dan validity
  5. mengenalpasti korelasi antara variabel yang baharu
  6. memantapkan lagi metodologi kajian terdahulu dgn prosidur lebih komprehensif
  7. melaksanakan triagulasi pada dapatan kajian kualitatif dengan menambah data baharu
  8. memberi penjelasan lebih terperinci kepada sesuai isu dengan menjalankan kajian yang lebih mendalam
  9. menggabungkan beberapa teori / prinsip bagi mendapatkan hasil kajian yang komprehensif
  10. meneroka bidang baru / menguji variable baharu 
  11. memberikan alternatif model / modul / variables kepada penyelesaian masalah semasa
Cukuplah 11 perkara saya saya terfikir yang boleh menjadikan kajian anda penting dan signifikan untuk dilakukan. Alasan di atas lebih "logik" untuk merasionalkan signifikan kajian anda berbanding untuk membantu policy makers kerana ianya bukan objektif utama keperluan membuat tesis
Kak Long - Kak Ngah
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...