.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, April 18, 2011

Pelajar siswazah - Yang gagal vs Yang berjaya

Kita semua sentiasa berguru dengan pengalaman. Pengalaman telah mengkategori pelajar siswazah separuh masa kepada (i)  gagal menyiapkan tesis lalu gugur (ii) berjaya menyiapkan tesis lalu bergraduat. Yang membezakan mereka adalah eemmmm.... bijak, usaha gigih dan sedikit bernasib baik.


Yang berjaya:
Bermula dengan tajuk kajian yang fokus hasil pembacaan awal, banyak rujukan mainstream dan bijak mencari research gap..


Yang gagal:
Bermula dengan tajuk kajian dari fikiran sendiri, tak pastikan samada tajuk tersebut mempunyai banyak rujukan mainstream. Tidak pernah membaca artikelpun berkaitan tajuk tersebut. Bila tajuk tiada fokus, maka sukarlah pula untuk mrncari research gap.


Yang berjaya:
Selalu berjumpa pensyarah/ supervisor/ advisor dengan idea yang jelas, berbincang untuk verify dan dapatkan kepastian. Tahu asas perbincangan tentang tajuk.


Yang gagal:
Jarang berjumpa  pensyarah/ supervisor/ advisor. Jika berjumpapun selalu tak pasti apa yang nak dibincangkan dengan tajuk kajian. Selalu tidak tahu skop kajian dan isi perbincangan.


Yang berjaya:
Mula mengumpulkan artikel kajian lepas sejak semester 1, membaca secara ringan untuk menentukan teori, kerangka konsepsi, metodologi serta sampel. Ada idea tentang beberapa teknik analisis statistik wpun belum difahami sepenuhnya


Yang gagal:
Masih tercari-cari tajuk wpun dah habis semester 1. Masih kabur apa yang nak dilakukan. Tekanan dan bebanan mula terasa. Tetapi masih cool.... sebab ramai yang sewaktu dengannya!


Yang berjaya:
Membaca 3, 4 buku bagi memahami tajuk yang sama yang tidak difahami. Pergi library buat pinjaman.
 
Yang gagal:
Tak faham..... harapkan nota kuliah (cam pelajar undergrad). Camner nak baca 2,3 buku... librarypun tak pernah pergi... asyik2 baca buku yang sama yang difotokopi dari kawan2....mana nak faham !


 
Yang berjaya:
Semakin bersemangat kerana telah mula mempunyai arah penyelidikan yang lebih jelas. Kelas metodologi dan kursus yang diambil mula meyakinkan pendekatan kajian yang akan diambil


Yang gagal:
Mula merasakan tekanan. Masih tercari-cari kajian yang akan dilakukan. Semua serba tidak kena. Hambatan keluarga, kerjaya dan kesibukan menjadi alasan.


Yang berjaya:
Mula menulis proposal sejak dalam kelas metodologi, refine and refine dan terus menulis. Sering berjumpa advisor minta pendapat dan berbincang. Membaca dengan lebih mendalam. Wpun tidak faham pada peringkat awal dan confused apa yang ingn dilakukan, pembacaan yang semakin mendalam akan memberikan
asas penulisan proposal yang baik.




Yang gagal:
Masih belum memulakan penulisan. Banyak perkara yang semakin tidak difahami.....




Yang berjaya:
Advisor / supervisor akan menaruh keyakinan dan memandang positif kepada usaha pelajar. Perbincangan tidak lagi berat sebelah... pelajar dah boleh berhujah dalam bidang kajian yang akan dilakukan. Mendapat keyakinan supervisor adalah penting.


Yang gagal:
Berlaku perbincangan berat sebelah. Pelajar terasa seperti supervisor tidak membantu. Akhirnya berlaku hubungan yang dingin.... jika dibiarkan... akan terus beku.


Yang berjaya:
Ada sedikit tuah dan bernasib baik kerana mendapat supervisor yang "ngam" dan banyak membantu. Selalu sms supervisor kerana ingin berbincang.


Yang gagal:
Ada kalanya sedikit tidak bernasib baik... kerana tidak berapa "ngam" dengan supervisor.... Supervisor ambil inisiatif sms suruh jumpapun buat dek jer... sebab tiada progress !


Yang berjaya:
Sentiasa menghantar progress proposal untuk semakan supervisor, seperti di jadualkan


Sapa sangka budak kampung yang cekeding ni berjaya menjadi pensyarah !




Yang gagal:
Supervisor tak ingatkan.... tak der lah progress....


Yang berjaya:
Halangan kerana dah berkeluarga, masalah wang dan masa bukan alasan besar....


Yang gagal:
Semuanya menjadi halangan...... tak jumpa jurnal......sebab tajuk anda pelik2 sampai tak der orang lain yang buat kajian....


Sekian sekadar pengalaman. Saya teringat kata-kata Prof K...."U tulis jer apa yang u faham.... nanti supervisor u semak lah apa yang patut....cepat siapkan tesis u.... Yang gagal.... bukan kerana tidak pandai.... tetapi gagal menyiapkan penulisan tesis....Yang berjaya bukan bermakna tahu segala2nya... tetapi berjaya menyiapkan tesis....then barulah boleh viva....lulus dengan major atau minor correction bukanlah satu masalah.....sebab anda akan diberitahu apa yang patut dibetulkan...." Betul tak ?


Yang dah bergraduat buat kajian biasa2 sahaja tetapi fokus dan jelas apa yang mereka nak lakukan, termasuk penggubalan objektif, persoalan kajian dan pemilihan analisis statistik. Yang penting anda lakukann kajian secara sainstifik dan sistematik dan anda faham apa yang anda lakukan. Jangan cepat give-up bila confused.... baca dan terus membaca.




OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...