.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 22, 2011

Tajuk 123 - Subjek atau sampel atau responden?

Kenapalah sains sosial ni banyak sangat istilah.... Ada yang guna subjek, responden dan sampel. Saya sendiri tak jumpa mengapa ada 3 istilah ini, namun pengalaman yang sedikit ini cuba membezakan penggunaan ketiga2nya mengikut konteks.

Bila anda membuat kajian, anda mengambil sample dari populasi - bukan subjek atau responden. Sebagai contoh:

"Seramai 35 sample dipilih secara rawak dari populasi untuk dijadikan subjek kajian. Subjek kajian ini kemudiannya didedahkan kepada treatmen......"

"Seramai 300 sampel dipilih secara rawak dari populasi untuk dijadikan responden bagi menjawab soal selidik yang akan diedarkan. Didapati seramai 180 responden telah menjawab dan memulangkan soal selidik...."

Ini bermakna, subjek lebih sesuai untuk kajian eksperimental sebab mereka dijadikan "bahan kajian" manakala responden sesuai untuk kajian seperti tinjauan kerana mereka memberikan respon kepada soal selidik. Reponden bukan "bahan kajian".

Tapi jangan salah faham pulak antara "subjek Kimia" atau "subjek Sejarah" dengan "subjek" dalam kajian eksperimental........

Jadi hati-hati bila guna sampel. subjek dan responden.... supaya kajian anda jelas dan mantap.... MANTAP BEB !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...