Ada yang bertanya apakah bezanya "Kajian eksperimental dengan rekabentuk eksperimental".
Ini jawapan ringkas saya:
Kajian secara umumnya mempunyai dua pendekatan iaitu pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Juga disebut sebagai kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Kajian kuantitatif pula mempunyai beberapa method atau kaedah seperti kaedah eksperimental, tinjauan dan causal-comparative. Kajian kualitatif juga mempunyai beberapa kaedah seperti kaedah ethnografi dan kaedah grounded theory.
Kaedah eksperimental pula ada beberapa reka bentuk seperti reka bentuk true experimental, quasi experimental, time series, solomon four. Kaedah tinjauan (survey) juga ada reka bentuk longitudinal dan cross sectional. Dalam reka bentuk true experimental pula ada berbagai-bagai procedure seperti pre-post test with control group, post-test only. Setiap satu prosidur ini dijalankan dengan teknik (aktiviti2 menjalankan dalam kajian sebenar) yang berbeza2 mengikut context dan set up kajian anda. Sebab itulah dua kajian yang wpun tajuknya, kaedah dan reka bentuknya hampir saya, tetapi mesti berbeza dari segi teknik melakukannya. Teknik ini termasuklah bagaimana anda menguji pre-post test, bagaimana anda mengawal extraneous variable dll.
Berikut urutannya yang ada 5 anak langkah: PENDEKATAN - METOD - REKA BENTUK - PROCEDURE - TECHNIQUE
Walau bagaimanapun, ada bahan bacaan yang tidak kisah sangat tentang hal ini sehingga pembaca jadi confused. Bagi sesetengah penulis.... semuanya sama sahaja....kaedah ker... reka bentuk ker... semuanya macam sama jer.. Istilah2 ini juga sering digunakan secara interchangeable......
Pelajar pulak satu hal.... baru baca sikit.... terus confused.......buka ler 2, 3 buku dan cuba dalami lagi.....
Harap tak confused lagi....
OT
No comments:
Post a Comment