Si KOLEK KECIK bertanya kepada saya:
"Jadi adakah pelajar master yang hanya menggunakan kajian korelasi tak layak dianugerahkan sijil di peringkat itu, walaupun dia dah tamat pengajian?"
Respon ringkas:
Saya TIDAK KATA korelasi tidak layak dapat master sebab ribuan siswazah yang dah luluspun master malah dah lulus PhD pun sejak sekian lama. Saya memberi pendapat dengan satu konteks yang perlu anda fahami... bukan satu GENERAL STATEMENT.
MASTER bermakna menguasai secara mendalam. Jika hanya korelasi sahaja, tak sampailah maksud menguasai secara mendalam. Saya dah jelaskan maksudnya dalam blog saya, korelasi hanyalah hubungan superficial...Jika korelasi digunakan untuk meneroka variable yang baru, variable yang belum pernah dibuat kajian korelasinya, memanglah munasabah....dan kajian sebegini pulak dituntut. Contohnya mengkaji hubungan aktiviti otak melalui pengukuran CT Scanner dengan aktiviti membuat penyelesaian masalah atau ketika sedang membuat aktiviti kreativiti.....memanglah sesuai sebab nak dapat kan skor / nilai variable-variable tersebut pun dah satu cabaran besar yang memerlukan pengetahuan yang mendalam dalam kedua-dua aspek variable tersebut. SETUJU ? Bukan peringkat MASTER, peringkat PhD pun sesuai....!
Tapi jika masih SEKADAR mengukur korelasi IQ dengan pencapaian sains, stress dengan beban tugas, kekerapan membuat ulangkaji dengan pencapaian matematik, malah ada hubungan yang boleh diramalkan dengan mudah kerana telah menjadi satu fenomena umum, guna pulak soalselidik yang di"realible"kan dengan cronbach alpha sahaja......tentu tidak wajar lagi dengan peredaran dan perkembangan pengetahuan serta kecanggihan perisian statistik. Jika nak buat juga.... masih OK TETAPI kenalah dalami dengan analisis statistik atau data kualitatif juga. Jika 25 tahun lepas, ketika SPSS belum sampai ke Malaysia, dan banyak variable baru yang belum dikaji, maybe korelasi boleh dianggap satu kajian yang mendalam ketika itu berbanding dengan hanya peratusan atau frekuensi!
Secara peribadi dan jujur, saya berpendapat kajian peringkat master harus lebih mendalam lagi dari hanya guna soalselidik dgn mengira peratus min response dengan skala ordinal. Ini bukan kerana kajian tersebut tidak baik, tetapi adalah lebih baik kajian peringkat MASTER yang pengetahuannya lebih tinggi dan mendalam anda tambah aplikasi statistik anda selain HANYA korelasi sahaja. Tambahan, membuat soal selidik bukan sekadar mendapat pandangan experts dan mencari nilai cronbach alpha. Jika betul2 nak buat soal selidik peringkat MASTER (macam Master chef, Master of Kung Fu dan lain2 Master ler) anda kena sahkan juga soalselidik (concurrent, predictive, construct, criterion content) dan buat item analysis (seperti difficulty index, item discriminant), factor analisis (dapatkan construct) terlebih dahulu. Anda kena buat beberapa fasa bagi menjalankan beberapa kajian pilot bagi setiap peringkat kesahan dan diuji reliabilitynya disetiap fasa.
Saya tidak memaksa pendapat saya diterima cuma bagus juga untuk anda fikir2kan, sebab masa dan pengetahuan bergerak cepat..... jangan kita ketinggalan keretapi.
Saya juga masih belajar dan akan terus belajar. Tetapi pengetahuan yang saya timba tidak sepatutnya mengekalkan saya ditakuk lama.... saya cuba bergerak seiring pengetahuan saya.... Terima kasih si KOLEK KECIK yang bertanya. Bagus juga jika saya tahu nama sebenar, tapi saya takkan siarkan dalam blog saya.
OT
No comments:
Post a Comment