Dr,
Saya pelajar UPSI nak tanya analisis statistic yang sesuai dengan persoalan kajian saya. Saya menggunakan soal selidik skala Likert.
Contoh persoalan kajian saya:
Bagaimanakah hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan ketagihan internet?
TQ
UPSI
10.3.2011
TQ
UPSI
10.3.2011
Respon:
Mungkin tidak sesuai soalan bermula dengan "Bagaimanakah” dijawab dengan soal selidik kerana soalan ini seperti ini memerlukan huraian mendalam dan hanya boleh dijawab dengan data kualitatif.
Oleh kerana anda menggunakan soal selidik dan memperoleh data kuantitatif, dicadangkan jika anda tiada masalah, persoalan kajian lebih sesuai ditukar kepada berikut
Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan ketagihan internet?
Soalan ini boleh dijawab dengan analisis korelasi Spearman (kerana anda menggunakan data ordinal). Tetapi anda akan hanya tahu nilai korelasi,r arah hubungan (+ve atau –ve) dan nilai r square untuk % peratus varians.
Walau bagaimanapun, sila rujuk semula kepada penyelia anda.
OT
No comments:
Post a Comment