.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 29, 2011

PERTANYAAN DARI IPG

Assalamualaikum Dr,
Terima kasih banyak kerana menghasilkan blog yang cukup-cukup bermakna dan bermanfaat terutama bagi yang tak cukup ilmu dalam menyelidik secara ilmiah. Penuh ilmu dan santai. Tahniah..

Saya mengajar di IPG dan sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD dalam bidang e-pembelajaran. Berminat mengkaji kesan e-portfolio dengan platformnya facebook atau perisian lain yang sesuai sebagai tool untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik. Sekarang ni tengah pening sama ada nak guna kuantitatif atau kualitatif atau gabung kedua-duanya. Mana yang paling sesuai.

Harap sangat-sangat Dr dapat beri pandangan terutama dalam membuat konseptual framework bagi tajuk ini.


RESPON:
Jawapan saya.... tepuk dada tanya kemampuan tuan! Mengikut trend di Msia, kajian kuantitatif masih mendominasi kerana kecanggihan perisian SPSS (now PASW) / AMOS, namun kehadiran NViVO 9 telah memberikan ruang yang lebih kepada kajian kualitatif. Namun, gabungan kedua2 juga satu pilihan yang baik. 

Bagi kajian peringkat PhD, kedalaman penyelidikan serta penghasilan sesuatu yang original menjadi keutamaan. Jika anda ingin mengkaji kesan sesuatu treatment (kajian experimental), menghasilkan model baru, soal selidik baru  yang valid (concurrent, predictive dll) dan realible, pilihan adalah kuantitatif. Jka anda berminat mengkaji fenomena secara mendalam, sehingga boleh menghasilkan teori berkaitan fenomena tersebut, kajian kualitatif menjadi pilihan. Jadi jawapannya terletak pada kajian anda, then baru pilih  mana yang sesuai.

Saya tidak boleh jawab sehingga tahu apa sebenarnya objektif dan perrsoalan kajian tuan berkaitan e-portfolio. Apapun, saya sedia berkongsi pengalaman. 

Gud luck


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...