Pilot test situasi 1:
Katakan ada 2 responden, A sangat setuju dan B tak setuju. Maka anda akan dapati skor keseluruhan item A akan cenderung ke arah 5 (sangat setuju) dan C pula cenderung ke arah 1 (sangat tak setuju). Ini bermakna item-item responden A akan mempunyai korelasi yang tinggi sesama sendiri (semua ke arah setuju), setelah anda recode item yang negatif kepada skala positif (setuju). Hal yang sama juga pada item-item responden C (semua ke arah tak setuju) menyebabkan korelasi yang tinggi, termasuk yang anda recode maka nilai positif akan menjadi negatif. Ini akan menghasilkan nilai AC yg tinggi bagi kedua-dua responden A dan C, dengan perkataan lain, soal selidik anda mempunyai konsistensi dalaman yang tinggi bagi mengukur tahap persetujuan (samada setuju atau tidak setuju) terhadap pemansuhan UPSR.
Kesimpulan: Soal selidik ini sesuai untuk mengukur tahap persetujuan responden (setuju atau tidak setuju)
Pilot test situasi 2:
Jika 30 item yang anda sediakan terdapat item yang kurang jelas, double-barreled dll hingga menyebabkan responden A menjawab sangat setuju kepada sebahagian item positif manakala kurang bersetuju kepada sebahagian item positif yang lain (kerana item yang tidak jelas), ini akan merendahkan korelasi antara item dan sekaligus merendahkan AC soal selidik responden A. Respon A menunjukkan soalselidik anda seperti tidak mengukur satu dimensi sahaja. Hal yang sama akan berlaku kepada respon responden C. Hasilnya soal selidik anda mempunyai konsistensi dalaman yang rendah.
Malahan anda akan memperolehi nilai AC bernilai -v jika korelasi -ve melebihi korelasi +ve dalam soal selidik anda.
Kesimpulan: Soal selidik ini perlu dibaiki kerana tidak sesuai mengukur tahap persetujuan responden kerana item yang tidak jelas menyebabkan ianya gagal mengukur satu dimensi sahaja. Wbp, jika memang soal selidik anda mempunyai 2 dimensi, maka anda perlu mengukur AC bagi setiap dimensi secara berasingan. Nilai keseluruhan AC tidak boleh diambilkira.
Anda boleh kawal kereta ini dengan remote control tapi soal selidik dikawal oleh pembinaan item-item anda |
No comments:
Post a Comment