.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 8, 2011

Tajukn107: Kenapa guna ANOVA bukan t-test? APa itu pos hoc?

Secara umum, t-test digunakan bagi mengetahui samada min bagi dua kumpulan berbeza secara signifikan. Anda boleh tahu perbezaan min antara dua kumpulan. Jika anda anda tiga atau lebih kumpulan - tidak mungkin lagi anda tahu perbezaan min kerana perbezaan hanya untuk dua kumpulan. Jika min kumpulan A = 30 dan min kumpulan B = 35, maka perbezaan min adalah 5 poin.  Tetapi jika anda ada 3 kumpulan, C = 40, berapakan perbezaan min? Ketika ini, anda memerlukan konsep variance untuk menentukan perbezaan antara 3 atau lebih kumpulan. Konsep perbezaan hanya untuk bandingkan 2 kumpulan sahaja.

Jika anda menggunakan ujian-t untuk mengira pebezaan dua min, pengiraan anda melibatkan standard error (mempunyai kiraan asas yang sama dengan standard deviation, sd yang juga adalah error) .Jika anda ada 3 kumpulan, katakan A,B dab C, bermakna anda perlu melakukan 3 pengiraan dengan membandingkan min A,B dan B,C dan A,C. Tiga pengiraan ini melibatkan error yang besar kerana anda mengira 3 kali standard error. 

Jalan penyelesaiannya adalah dengan mengira variance ANTARA kumpulan A,B dan C dinisbahkan dengan jumlah variance DALAM kumpulan A,B dan C. Jika jumlah variance ANTARA kumpulan melebihi jumlah variance DALAM kumpulan, bermakna terdapat perbezaan pada skor mana-mana kumpulan. Pengiraan variance ini dilakukan sekali sahaja dengan melibatkan pengiraan variance skor KESEMUA kumpulan tanpa melibatkan standard error maka anda dapat mengelak dari mengira 3 t-test dengan melibatkan 3 kali standard error. Oleh sebab itulah, analisis statistik perbezaan skor lebih dari 2 kumpulan, anda menggunakn ANOVA dan bukannya t-test.
Boss kat dapur jer.....



Nota: Pengiraan variance melibatkan sebesar mana skor2 dalam kumpulan berubah2 (bervariasi) setelah dikenakan intervensi atau rawatan atau IV. Jika satu kumpulan mempunyai variance skor yang besar, bermakna besar skor berubah, besar kesan IV berbanding dengan kumpulan yang lain.

Namum anda tidak tahu mana satukah antara kumpulan2 tersebut yang berbeza kerana anda mengira satu kiraan sahaja. Oleh itu, ANOVA tidak dapat menentukan kumpulan mana yang berbeza MAKA anda perlu jalankan ujian POS HOC (ada dalam SPSS) untuk memastikan mana2 kumpulan yang berbeza secara signifikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...