.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, March 2, 2011

Tajuk 103:JANGAN MAIN2 DGN ALPHA CRONBACH!


Sambungan tajuk 101...... kerana saya didatangi oleh pelajar yang pening dengan nilai AC soalselidiknya ada yang tinggi dan rendah dan negatif juga. So saya termenung lama..... mencari bahan untuk difahami secara mudah. 


Beginilah......realibiliti soal selidik diukur berdasarkan korelasi (perkaitan) antara skor individu item dengan varians (serakan) item-item. 
Katakan anda ingin mengukur kecenderungan rakyat menolak Konsep 1-Malaysia (K1M). Maka andapun membina item bagi mengukur kecenderungan ini - Ingat...kecenderungan MENOLAK...K1M (Contoh rekaan semata-mata). Maka anda pun mula menulis item seperti berikut:

a. K1M adalah konsep lapok
    [1.Sgt tidak setuju.........5. Sgt setuju]

b. K1M adalah propaganda politik 
   [1. Sgt tidak setuju..........5. Sgt setuju]

Dengan item a. dan b. ini, anda boleh jangka jika responden memang menolak K1M,  jawapan akan menuju ke satu arah / dimensi (katakan positif) 4 atau 5 kerana skala ini mengukur tingginya tahap PENOLAKAN responden. Kita anggap ini sebagai "skor sebenar" atau dimensi yang kita nak ukur.

c. K1M adalah idea orang bukan Melayu
   [1.Sgt tidak setuju.........5. Sgt setuju]

Item c. ini tidak jelas kerana anda maybe mendapat respon 1 kerana responden berpendapat K1M adalah idea Melayu. Item anda tidak mengukur penolakan terhadap K1M tetapi penolakan terhadap "idea orang bukan Melayu". Ini menghasilkan error dalam skala anda.

d. K1M adalah konsep diambil dari idea barat
    [1.Sgt tidak setuju.........5. Sgt setuju]

Anda menjangkakan bagi item d. responden akan menjawab 4, 5. Namun mungkin terdapat responden yang membaca secara teliti K1M dan mendapati ianya berasal dari idea pemimpin Malaysia, maka terdapat juga respon 1,2. Maka berlakulah error sekali lagi. 

Perkaitan ini dipermudahkan sebagai: 


Skor semua = skor sebenar (skor penolakan) + skor error 

kebolehpercayaan = skor sebenar  / semua skor responden 

Lagi banyak item (yang baik) ditambah, makin bertambah skor sebenar, makin tinggi nilai AC. Perhatikan formula AC berikut:


N = bilangan item
r bar  = purata korelasi antara variable

AC sering digunakan dalam penentuan ketekalan dalaman (internal consistency) sesuatu ujian yang ditadbir sekali sahaja (tidak seperti test-retest). Ini tidak membawa maksud AC akan consistent jika ditadbirkan pada masa yang lain. Oleh demikian, jika anda menggunakan ujian / soalselidik yang mempunyai AC yang "tinggi" beberapa tahun lepas, atau ditadbir kepada kumpulan sampel yang lain, anda mesti mengujinya semula untuk mendapatkan AC yang baru.


Main-main dengan pasir jer...

Seperti yang dilihat pada formula di atas, nilai AC sangat dipengaruhi oleh bilangan item. Anda perlu pastikan bilangan item yang benar2 mengukur satu dimensi sahaja ditambah atau membuang item2 yang tidak mengukur dimensi bagi meningkatkan nilai AC (contohnya anda mengukur kebahagiaan dan kekecewaan dalam satu soal selidik). 




AC akan tinggi jika item anda mempunyai korelasi yang tinggi antara satu sama lain, dengan membuang item yang ditafsirkan dengan dimensi yang berlawanan oleh responden. Oleh itu, cara anda membina item mestilah semuanya mengarah kepada satu arah (positif atau negatif). Jika ada item yang songsang, anda perlu recode skor item tersebut.


Juga ingat, jika nilai AC anda terlalu tinggi (jangan suka sangat !!) berkemungkinan anda item anda mengukur perkara yang sama berulang kali (Contohnya item anda bertindih dengan mengukur dimensi yang sama berulang kali seperti mengukur sikap terhadap satu perkara yang sama)

Phew.... jumpa lagi

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...