.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, March 26, 2011

Tajuk 112: MENYEMAK ALIRAN TESIS – JADUAL OPISA !!

Anda perlu sentiasa menyemak aliran rangka tesis anda supaya menepati apa yang sebenarnya yang anda ingin kaji. Caranya adalah dengan menyediakan JADUAL OPISA (Objektif – Persoalan - Instrument – Skala (IV-DV) – Analisis) berikut in advance dan sentiasa semak! Ini sekadar contoh bagi memudahkan anda menyemak keselurahan aliran tesis anda ! Jangan sampai pemeriksa thesis anda yang kesan kesalahan anda… BUKANNYA ANDA !


Objektif
Persoalan
Instrumen
Skala / ID-DV
Analisis data
Adakah jantina dan tempat tinggal (dalam dan luar kampus) pelajar mempengaruhi persetujuan terhadap larangan membawa kenderaan dalam kampus?
Ini adalah kajian tinjauan perbandingan antara 4 kumpulan tidak bersandar (lelaki dalam dan luar kampus serta perempuan dalam dan luar kampus). Bilangan setuju atau tidak dapat diketahui dari demografi dalam soal selidik dengan item berbentuk dikotomi (Ya atau Tidak).
Kajian ini berbentuk tinjauan  menggunakan instrumen soal selidik.

Bina jadual 2 x 2.
Jantina (lelaki, perempuan) x  Tinggal (dalam, luar)

IV (2):
JANTINA - M / F

TINGGAL - Dalam / Luar kampus

DV (1): Kategori
Setuju - Ya / Tidak
(Nominal)
Data DV nominal (frekuensi).
Statistik non parametrik
Chi-kuasadua sampel tak bersandar dua hala.

Andaian analisis:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam bilangan pelajar lelaki) berbanding dengan pelajar perempuan (dalam dan luar kampus) dalam persetujuan terhadap larangan membawa kenderaan dalam kampus.

Adakah pelajar lelaki mempunyai IQ lebih tinggi berbanding pelajar perempuan yang mengambil jurusan kemahiran di SM Teknik?
Ini adalah kajian perbandingan antara kumpulan tidak bersandar. Tahap IQ dapat diukur dengan ujian kecerdasan.
Instrumen Ujian Kecerdasan

Dapatkan skor min IQ setiap kumpulan pelajar lelaki dan perempuan
IV (1 ):
JANTINA - M / F

DV (1): Skor IQ (Interval)
Data skor IQ (DV) adalah interval  dan jika normal gunakan statistik parametrik. Banding 2 min guna ujian-t sampel tak bersandar.

Jika data tidak normal, gunakan statistik bukan parametrik bagi sampel tak bersandar iaitu Mann-Whitney U

Adakah terdapat perbezaan skor motivasi sekumpulan pelajar sebelum, dan selepas 1 dan 6 bulan menjalani kursus starting school?
Ini adalah kajian perbandingan  antara kumpulan yang sama iaitu bersandar dengan tiga kali pengukuran. Tahap motivasi dapat diukur  sebelum dan selepas kursus tersebut dijalankan 1 dan 6 bulan. Melibatkan 3 pengukuran berulang.
Instrumen ujian motivasi

Kira skor min motivasi sebelum dan selepas 1 dan 6 bulan.
IV (1): Masa 0 / 1 / 6 bulan

DV (1): Skor motivasi
(Interval)

Data skor motivasi adalah interval jika data normal gunakan statistik parametrik ANOVA satu hala (repeated measurement).

Jika data tidak normal, gunakan statistik bukan parametrik bagi sampel bersandar ujian Friedman.

Jangan lupa menyemak semua persoalan kajian anda dan sediakan jadual di atas bagi menyakinkan anda akan ketepatan analisis anda.

Gud Luck !!!

OT

1 comment:

  1. Assalamualaikum Dr,
    Terima kasih banyak kerana menghasilkan blog yang cukup-cukup bermakna dan bermanfaat terutama bagi yang tak cukup ilmu dalam menyelidik secara ilmiah. Penuh ilmu dan santai. Tahniah..

    Saya mengajar di IPG dan sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD dalam bidang e-pembelajaran. Berminat mengkaji kesan e-portfolio dengan platformnya facebook atau perisian lain yang sesuai sebagai tool untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik. Sekarang ni tengah pening sama ada nak guna kuantitatif atau kualitatif atau gabung kedua-duanya. Mana yang paling sesuai.

    Harap sangat-sangat Dr dapat beri pandangan terutama dalam membuat konseptual framework bagi tajuk ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...