Seorang pensyarah dari GMI Kajang bertanyakan one-tailed dan two-tailed test bagi ujian-t menggunakan SPSS. Ramai yang keliru kerana SPSS menjadika two-tailed sebagai default - tentu ada sebabnya.
Hari pertama Nine boleh duduk sendiri. Nine: Apalah makcik dan pakcik ni.... one-tailed tu macam ekor gajah le ... two-tailed tu macam ekor kucing bercabang he he... |
Cuba fahami penjelasan ini....
One-tailed: hipotesis satu arah apabila kita menguji skor min > atau <
Jika anda ingin mengetahui samada skor min sampel kurang atau lebih dari skor min populasi (ujian-t satu sampel) maka ujian-t anda adalah one-tailed.
Jika anda ingin mengetahui sekadar perubahan skor min sampel A tidak sama dengan skor min kumpulan B (ujian-t sampel tak bersandar) maka ujian-t anda adalah two-tailed.
Jika anda mengguji aras signifikan, p<0.05, maka bagi two-tailed SPSS akan membaca aras signifikan 0.25 pada setiap hujung graf normal.
Contoh:
One-tailed: Jika anda jalankan kajian one-tailed, anda bahagi dua dahulu nilai 0.06 yang terdapat dalam output SPSS menjadi 0.03. Perhatikan nilai 0.03 < 0.05, maka perbezaan adalah signifikan (wpun output SPSS menunjukkan nilai 0.06 tak signifikan bagi two-tailed kerana kawasan kritikal semakin besar bagi one-tailed).
Ini menunjukkan betapa two-tailed lebih sukar mendapat signifikan berbanding one-tailed. Sebab itu SPSS jadikan two-tailed sebagai defaultjkerana jika two-tailed signfikan, SURE one –tailed juga signifikan !! Jika two-tailed tak signifikan..... kenalah kira sendiri dengan cara yang dijelaskan di atas.
Sebab itu dikatakan one-tailed has more power (easier to reject H null) than two-tailed.
Sebab itu dikatakan one-tailed has more power (easier to reject H null) than two-tailed.
OT
No comments:
Post a Comment