.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, March 11, 2011

BENGKEL RASCH MODEL DI UKM BERSAMA PROF TREVOR BOND !

Prof Bond menunjukkan graf bagi Likert 5 point yang telah diuji

Menghadiri bengkel Rasch Model (RM) membuka ruang menambah pengetahuan dalam measurement and testing, khususnya dalam membina item. Bagi makluman anda, terdapat 3 school of thoughts bagi analisis item iaitu (i) classical theory test (CTT) yang mempelopori analisis parametrik dan non-parametrik seperti t-test, ANOVA yang dianalisis melalui SPSS misalnya (ii) School of Rasch Model - menggunakan perisian spt Winsteps (iii) School of Item Response Theory (IRT) yang menggunakan perisian seperti Parscale.

Kehadiran saya memberikan satu dimensi lagi dalam membuat calibration of item  dan test. Saya bercadang untuk menulis dari masa ke semasa berkaitan RM bagi menyebarkan lagi "kehebatan" RM yang berjaya menganalisis data bermula dari skala kategori, yang tidak dapat tidak dilayan oleh CTT. Untuk permulaan.... tatap ler dulu pic saya bersama Prof Bond, penulis buku Rasch Model yang datang dari Australia bagi membimbing pendatang baru dalam RM.
Biasalah...... gambar kenangan
Buku utama rujukan Rasch Model tulisan Prof Bond
Menerangkan makna data walaupun hanya dikotomi. Rasch Model menyelesaikan isu data ordinal skala Likert yang ditukar kepada data numerikal melalui logit. Dalam SPSS, ini tidak dapat dilakukan.
Seperti biasa.... sri kadi jer yang hadir.... lelaki gi mana?
Wou akak ni bawa beg kulit buaya....!
Inilah interface Winsteps yang run Rasch Model
Bersama Presiden Persatuan Siswazah (kanan) yang baru..... .dan Penasihat.
Saya tabik dengan kegigihan mereka menganjurkan berbagai bengkel untuk siswazah setiap bulan sepanjang tahun. Bagaimana persatuan siswazah IPTA lain?

Tak cukup PowerPoint...... nak tunjuk betapa powernya Rasch Model dalam calibrate item untuk measurement


Dah lama tak dapat sijil macam ni.....

1 comment:

  1. Salam Dr.,
    Saya (gambar di atas: empunya beg 'kulit buaya'). Tahniah kerana Dr. telah menghasilkan blog berkaitan penyelidikan especially berkaitan analisis data. Cara Dr. menjawab permasalahan pelajar amat baik sekali kerana mudah difahami. Ini merupakan kali kedua saya menghadiri kursus Rasch Measurement Model yang disampaikan oleh Prof. Trevor Bond. Walaupun Dr. dari aliran CTT (Classical Test Theory), Dr. juga boleh menerima aliran baru IRT (Item Response Theory. Teruskan usaha murni Dr. Selamat maju jaya.

    Anita Isa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...