Likert scale adalah skala paling glamer dalam menyediakan soal selidik. Likert scale secara umumnya mempunyai tiga kriteria.....(i) skala ganjil (3, 5, 7, 9, 11...) (ii) bipolar dengan dua hujung extreme (iii) ada nilai neutral ditengah2. Skala Likert juga dipanggil summative scale, kerana sering dianalisis dengan menjumlahkan nilai numerikal yang diberikan kepada setiap pilihan.
Contoh mudah skala Likert yang paling popular dengan 5-point:
1. Strongly agree
2. Agree
3. Undecided
4. disagree
5. strongly disagree
atau
1. strongly disapprove
2. somewhat disapprove
3. no opinion
4. somewhat approve
5. strongly approve
ISU
Terdapat isu pilihan neutral (pilihan ditengah2 skala) dalam skala Likert. Katakan anda ada 100 responden. Responden yang setuju akan menjawab katakan 5 kerana mempunyai pendapat yang kuat untuk setuju. Responden yang tidak setuju akan menjawab katakan 1 kerana kuat memegang pendapat tidak setuju. Sementara itu, responden yang tidak ingin menyatakan pendapat (kerana berbagai sebab dan alasan yang mereka sahaja tahu) mengambil jalan mudah dengan menjawab 3.
Persoalan - Mengapa responden yang tak ada pendapat / malas bagi pendapat / atas pagar mendapat markah lebih tinggi ke arah bersetuju dari mereka yang ada pendapat (tetapi tak setuju)?
Tentu tidak rasional pabila responden yang ada pendapat tidak bersetuju (kerana ada knowkledge dan pendirian tentang item yang ditanya) mendapat skor yang rendah berbanding dengan responden yang tiada pendirian atau tidak tahu apa2 atau takut memberikan pendirian tentang item yang ditanya.
Katakan dapatan hipotetikal berikut diperolehi:
20 responden sangat tak setuju = 1 x 20 = 20
60 responden neutral = 3 x 60 = 180
20 responden sangat setuju = 5 x 20 = 100
Kita buat pengiraan mudah untuk tujuan pemahaman.
Maka min bagi item ini adalah = 20 + 180 + 100 = 300 / 100 = 3.0, sedang ada 20% responden yang setuju dan tak setuju! Persoalan saya - Adakah nilai 3.0 ini menggambarkan hal yang sebenarnya iaitu responden tidak pasti? Jika anda ditanya dalam VIVA atau semasa perbentangan.... apa jawapan anda? Bagaimana anda nak justify min 3.0 ini?
Sayugia dicadangkan buang sahaja skala neutral untuk menjadi seperti:
1. Strongly agree
2. Agree
3. disagree
4. strongly disagree
atau
1. strongly disapprove
2. somewhat disapprove
3. somewhat approve
4. strongly approve
Item di atas tidak lagi dipanggil Likert scale (kerana tiada ciri neutral) tetapi dipanggil Likert-type scale. Jawapan responden yang diperolehi akan lebih menyakinkan, kerana mereka "dipaksa" memberi pendapat, tiada jalan untuk menjadi responden "atas pagar" yang tidak memberi makna kepada dapatan.
Jawapan kepada persoalan di atas dapat dijawab dengan jelas jika anda memahami Rasch Model. Jika tidak, memadai lah sedikit idea yang saya kemukakan di atas untuk anda fikirkan.
Jawapan kepada persoalan di atas dapat dijawab dengan jelas jika anda memahami Rasch Model. Jika tidak, memadai lah sedikit idea yang saya kemukakan di atas untuk anda fikirkan.
Apapun..... luaskan pembacaan anda.... ketahui apa yang anda lakukan... supaya soal selidik yang anda bina dan dapatan anda dapat anda pertahankan !!! Gud luck
OT
No comments:
Post a Comment