.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, March 30, 2011

Tajuk 114: Kenapa nilai Cronbach alpha saya kecik jer... Cam ner nak naikkan?

Saya dapat call dari seorang pembantu penyelidik dari Human Ecology Faculty, UPM.....dia kedengaran panik sebab soal selidik beliau hanya pada nilai alpha cronbach 0.4 sahaja. Soal selidik tersebut berkaitan pendpat terhadap sesuatu isu baru dalam masyarakat.


Kemahiran Insaniah......
Setelah mengetahui soal selidik dll maklumat sukacita saya nyatakan disini bahawa nilai tersebut rendah kerana:


i. Nilai cronbach hanya digunakan bagi mengukur satu dimensi bagi satu2 konstruk. Ini bermakna, cronbach mengukur konsistensi responden terhadap satu2 konstruk. Jika responden tiada maklumat, atau tidak mendalami isu yang ditanya, dia akan memberi jawapan yang pelbagai, iaitu bersetuju bagi satu item dan kemudian tidak bersetuju dengan item yang lain walaupun kedua2 item menguji konstruk yang sama dengan dimensi (setuju atau tidak setuju) yang sama. Jika responden tidak ada maklumat yang jelas atau tidak tahu tentang isu yang diminta persetujuan, maka respon yang pelbagai akan diperolehi lalu merendahkan internal consistency soal selidik lalu memberikan nilai cronbach yang rendah juga.


Katakan anda bertanya konsep keperluan kemahiran insaniah (KI) kepada pelajar tahun 1, yang maybe tak tahu amende KI tersebut.....sudah pasti anda akan mendapat pelbagai jawapan yang berbeza2. Ini akan merendahkan nilai alfa. Lainlah jika anda bertanya soalan yang sama kepada pensyarah. Tentu jawapannya lebih konsisten kerana dia tahu KI tersebut, samada dia nak bersetuju atau sebaliknya.....maka nilai alpha cenderung untuk tinggi....


ii. Nilai alpha cronbach sangat bergantung kepada bilangan sampel. Jika nilai alfa anda 0.4 sahaja dengan responden 30 pada peringkat rintis, anda perlu gandakan bilangan responden... katakan 60 orang.... dan saya percaya nila alfa akan bertambah ke 0.6 atau 0.7 Bagi kajian afektif seperti sikap dan pendapat, nilai 0.7 sudah dikira baik untuk satu soal selidik. Ini bertujuan mencari korelasi yang konsisten yang wujud dalam sample yang lebih banyak.


iii. Jika anda membina item sendiri, disarankan anda jalankan dahulu Factor analysis.... supaya hanya item yang berada dalam konstruk yang betul sahaja diambil. Item dgn factor loading yang rendah boleh dibuang.


Moga sama-sama dapat kongsi maklumat. Kepada yang bertanya..... terima kasih dan gud luck!!!


OT

1 comment:

  1. oooh tq2 dah faham ap fungsi cronbach alpha nih.. helping indeed.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...