.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, March 14, 2011

TAJUK 110 - APA MAKSUD STANDARD DEVIATION? PENTING KE NAK LAPOR?

Saya mendapat 2 calls, satu dari UPSI dan satu dari my ex-student bertanyakan standard deviation (sd) skala Likert mereka. Saya tidak mahu mengulas pengiraan sd sebab semuanya patut tahu, dah belajar sejak form 4 dan dalam kelas statistik. Sd secara mudahnya adalah berapa besar variasi atau dispersion dalam skor2 anda.


Std deviation wpun nampak remeh, jangan sampai tak tahu bila viva nanti.....
(sumber: niravgehlot.blogspot)


Jika anda menggunakan skala Likert yang anda anggap sebagai skala interval, maka anda akan mengira min setiap item diikuti dengan sd. Katalah min 3.0 dgn sd 0.5. Ini bermakna respon bagi item tersebut tertabur sekitar min dalam julat 0.5. Ini bermakna data tertabur antara skor 2.5 hingga 3.5. Semakin besar nilai sd, semakin data anda tertabur dengan luas (more disperse). Lagi besar sd, lagi menunjukkan respon soalselidik anda tidak konsisten. Dalam tesis selalunya nilai sd dilaporkan sahaja dan jarang dibincangkan dengan panjang lebar. Namun, jika nilai sd anda terlalu besar dan kelihatan meragukan, ada kemungkinan akan ditanya oleh pemeriksa... so bersedialah. Saya cuma cadangkan anda mengulas sedikit nilai sd data anda, sekali gus menunjukkan anda memahami data anda sendiri.


Selalunya nilai sd yang kecil adalah lebih baik kerana ianya menggambarkan perubahan yang agak homogen antara individu skor disekitar nilai skor min. Dalam satu ujian maths dengan markah penuh 100, skor kumpulan A = min 70, sd 5 adalah lebih baik dari skor kumpulan B = min 70, sd 15. Ini kerana skor kumpulan A tidak terlalu disperse atau tertabur dengan banyak berbanding dengan skor kumpulan B. Skor kumpulan A dikatakan lebih homogen.


Gud luck


OT

1 comment:

  1. encik.blog encik sgt membantu dlm thesis sy especially utk analyse data.tq! =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...