.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1303 : Pendidikan yang bermula dari sekolah rendah..


Dalam dunia pendidikan yg bermula dari sekolah rendah, ada 2 kelompok besar murid:

1. Yang gifted, mudah diajar, mudah cemerlang dlm AKADEMIK
2. Yang ada learning disability, disadvantages perlukan lebih perhatian, agak sukar cemerlang dlm AKADEMIK.


Rationya berbeza2 dari sekolah ke sekolah, dan ia sesuatu yang boleh dijangkakan dari corak2 pengambilan murid sebelumnya. Kalau ratio ramai yang kurang cemerlang, berikan lebih perhatian kepada sekolah tersebut, ada extra strategi misalnya... utk tackle secara lebih khusus... dan ini sesuatu yang juga normal.

Jadi kenapa nak hairan ada yang cemerlang dan kurang cemerlang sampai nak diasing2kan hingga ada kelompok elitas, sekolah elitas sampai Pak Cik bekas tentera tak boleh hantar anak kat sekolah sebelah rumah kerana anaknya tak cukup elit. Jgn nafikan sumbangan dan pengorbanan Pak Cik tersebut pada negara.

Sistem sekolah patut lama dah bersedia menerima kedua2 kelompok ini tanpa sedikitpun bias.. sebab ia sesuatu yang normal dalam pendidikan dimana2 pun. Tak ada negara semua anak2 yang lahir adalah gifted, baik Spore, Jepun, Finland mahupun Papua New Guinea.

Sekolah cemerlang sepatutnya adalah sekolah yang dapat tackle secara efektif kedua2 kelompok ini, dan sekolah lain boleh belajar sesuatu dari sekolah tersebut, supaya semua sekolahpun menuju kecemerlangan samada sekolah di Rembau.. Damansara... Kuala Lipis.. Tanah Merah ataupun Tawau...

Tetap akan ada murid yang 'nakal'.. tak mahu belajar atas pelbagai sebab termasuk ibubapa yang tidak prihatin. Dalam sosial atau mana2 organisasipun ada yang 'culas' bukan hanya disekolah. Tak payahlah aku ulas....

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...