.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1302 : Guru / trainer / patut ambil EdD... bukan PhD..


1. Bagi pengetahuan semua… Harvard Uni menawarkn kedua2 program iaitu EdD (Doc of Education) utk professionals (bukan novices) dan PhD. Sebenarnya banyak sungguh doctorate by profession wujud serata dunia oleh world class uni spt program Doc. in Economics (D.Econs), Doc. of Design (D.Des.), Doc. of Engineering (D.Eng./D.E.Sc./D.E.S), Doc. of Health Science (D.H.Sc.), Doc. of Nursing Science (D.N.Sc.), Doc. of Occupational Therapy (O.T.D.), Doc. of Public Administration (D.P.A.) dll. Oleh kerana guru / trainer juga professional maka selain PhD maka guru sesuai mengambil EdD.

2. Knp EdD ?

a. Kedua2 Phd dan EdD adalah "doctorate degree" yang setara yang membawa title "DR" dan kedua2nya research-based.

b. PhD lebih "academic research-based" jika anda berminat dalam dunia scholar dan menjadi researcher khususnya pada tahap higher education... EdD lebih "professional research-based" jika anda berminat mendalami bidang anda dalam pendidikan / training dgn komponen applied research.

c. Jika anda bukan guru.. misalnya.. dan ingin menjadi researcher dan lecturer khususnya di IPT - PhD lebih sesuai. Jika anda pegawai pendidikan / guru / trainer misalnya yg ingin mendalami aspect research dgn mbuat kajian dlm profession sendiri - EdD lebih sesuai

Dlm keadaan sekarang ... pemegang professional doctorate spt EdD perlu diperbanyakkan kerana pengetahuan dan pengalaman mereka dlm industri masing2 perlu dipertingkatkan, bukan bertujuan untuk menjadi pensyarah di IPT tetapi memantapkan bidang profesionalisme masing2 dgn pengetahuan membuat research.

Dalam masa yg sama... jika ada keperluan maka pemegang EdD boleh saja mjadi pensyarah bkaitan pdidikan dan pguruan di IPT kerana mereka lebih dekat dgn profession tersebut. Byg kan kekurangan kpd pemegang PhD yg tak pernah seharipun jadi cikgu nk latih bakal cikgu?

3. Betul ke EdD lebih rendah maqamnya dari PhD?
Yg dah pasti rendah adalah maqam org yg berpendapat begitu.. Tak gitu?

4. Betul ke EdD bukan full research?
Itu pendapat sapa? EdD selain elemen coursework tetap 'full research' tetapi lebih fokus kepada profession keguruan. Ada uni yang misalnya membenarkan 2 kajian berasingan dilakukan pada skala lebih kecil tetapi diambilkira secara kombinasi 2 kajian tsbt sebagai satu kajian menyamai kajian berskala doctorate. Namun kebiasaannya satu kajian sahaja dijalankan bskala doctorate. Tesis EdD juga rigor sebagaimana kajian PhD.

5. Tak pelik ke kalau guru2 / trainers ambil EdD ?
Amende yang pelik…. Lagi pelik mereka yang ambil PhD dgn tajuk yg ada kalanya lari dari profession masing2… pas lulus tu xbuat research pun sebab pengalaman research PhD tak sama dengan keperluan profession sendiri ! Inilah yg pelik..

6. Yang menjadi havoc kerana masing2 keliru amende EdD atau professional doctorate. Mana2 uni yang nak buat program EdD mesti memastikan hanya mereka dalam profession perguruan / pendidikan / training (tak semestinya guru) dgn pengalaman (bukan novices) sahaja yang layak memohon kerana kajian yang bakal dilakukan mestilah menjurus kepada profession pendidikan.

7. Betul ke EdD lebih mudah dari PhD ?
Kalau memang lebih mudah (atau lebih susah) adalah kerana program tersebut yang disediakan dgn content dan prosidur oleh jabatan / fakulti, bukan kerana EdD itu mudah bbanding PhD !

8. Knp selama ini xperlupun EdD?
Ini kerana PhD dibuka utk semua lalu kajian specific kpd profession perguruan spt action research ... study case.. misalnya sukar diterima oleh golongan 'PhD'. Action research boleh shj dilakukan bagi mencapai tahap doctorate. Begitu dgn study case.

9. Hal yg sama juga utk program professional bidang2 lain yg mmerlukan kajian yg lebih khusus mengikut profession.. spt Doctor Engineering (D.Eng).

10. Dari segi structure.... EdD lebih dekat dgn PhD di US yg byk coursework ... baru diikuti dgn research. Dan sbb itulah thesis di US (disana disebut dissertation) tebalnya dlm 150 pages...

10. Maka, adalah weird dan tidak adil jika mereka yang ambil EdD tidak dilayan (spt mendapat biasiswa) malah jika sampai tahap tidak diikhtiraf berbanding dgn mereka yang buat PhD.

OT - takkan semua nk kena tanya aku... adoii


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...