.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1205 : Kegilaan PISA / TIMMS patut dipersoalkan...


1. Aku tahu.. dan sedar diri bahawa aku hanya insan biasa, tapi aku nak bagi komentar sedikit. Mereka yang pakar dan tlibat dlm TIMMS / PISA tidak menjadikan mereka semestinya arif apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan menjiwai apa yang guru hadapi utk mengajar sains dan maths kepada anak2 kita.

2. Pakar2 ini telah berada dalam dunia 'exclusive' yang ingin menghasilkan sesuatu yang 'exclusive' utk dunia.
Jika ada pakar2 dikalangan guru Science dan Maths juga akan cuba menghasilkan soalan2 yang menggambarkan exclusivity mereka.. kepada dunia.

3. Soalan TIMMS /PISA misalnya menguji ...

- Explain global phenomena scientifically
- Interpret data and evidence scientifically
- Evaluate and design scientific inquiry

4. Percayalah... ini bukan soalan untuk uji SEMUA anak2 berusia 15 Tahun diseluruh dunia tentang sains. Tentu ada yang mencelah - Spore dan HK boleh jer score kenapa Papua New Gunea tak boleh? Kenapa standard Spore tinggi... Zimbabwe plak rendah? Sapa nak jawab? Adakah ini tujuan TIMMS / PISA ?

5. Lebih sayu lagi, bila ada negara yang merombak dan mempertingkatkan lagi silibus Sains dan Maths bagi mengejar TIMMS / PISA lalu menekan murid2 yang sedia tertekan utk menguasai sains. Masalah murid yang ramai dalam satu2 kelas, ketiadaan amali / experiment science, guru yang masih dalam era exam oriented (setelah di orientasikan sekian lama dgn gred) menjadikan situasi yang membarah semakin parah. Ini satu keputusan yang terburu2 yang boleh sahaja mengundang celaru.

6. Kita bukan nak SEMUA murid jadi sainstis dan menyelesaikan masalah sains local dan international. Kita cuma mahu, mereka berminat dan belajar sains se'natural' yang boleh, sebab itulah sifat sains dan memiliki science literacy. Tentulah akan ada yang jadi scientist ... so what ?

7. Isu2 global dalam sains dan teknolologi pun tak pernah selesai oleh pakar2 sains semasa. Ada yang semakin parah. Adakah mereka ini tidak faham sains ? Jadi.. tak yah lah nak uji semua anak2 15 tahun bagi pendapat secara sainstifik. Akhirnya yang dikejar tak dapat dijawab... yang nak diajar... menjajar-jajar tak tahu hala tuju.

8. Aku hanya lebih suka fokus kepada 'environment' pembelajaran sains dan maths disekolah dari terbawa2 dengan ranking TIMMS dan PISA. Aku lebih selesa melihat Finland dan Japan yang mengajar anak2 secara 'natural' TANPA meletakkan apa2 target utk TIMMS / PISA. Maknanya, kalaupun kita tak dapat ranking yang baik spt mereka, asalkan pengajaran semua anak2 kita semakin baik dan minat terhadap sains semakin meningkat... ini SATU KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR DAN BERMAKNA DARI RANKING TIMMS / PISA.

9. Kita kena faham 'law of average'. Jika semua murid kita suka sains wpun average... percayalah... mereka akan score LEBIH BAIK dalam TIMMS / PISA. Ajar sahaja anak2 kita dgn practical skills dan cara berfikir dulu sebelum mengajar content. Lakukan crosscutting dalam silibus. Biar mereka suka sains dan maths ! Percayalah... ranking kita juga akan diperbaiki !

10. Apa yang berlaku... dahlah kita tercicir kebelakang.. silibus pulak dinaikkan... murid makin tertekan... guru tension sakan... maka siapa plak nak dipersalahkan?

Kesimpulan - buat lah kesimpulan masing-masing..

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...