Inquiry learning, PBL, student centered, HOTs... tidak sesuai untuk murid? Satu pemikiran semula...
1. Murid mempunyai berbagai peringkat, dan perkembangan otak mereka mengikut usia dan maklumat yang diperolehi. Jgn kerana kita tertarik dgn perkataan PBL.. inquiry… student-centered .. discovery… HOTs sekadar pembacaan sana sini, kitapun mencadangkan utk diaplikasi.
2. Sejak sekian lama, otak manusia dipostulat sebagai satu sistem memproses maklumat spt model klasik Atkinson and Shiffrin (1968) lagi dan diperkemaskan sehingga kini. Ini adalah information processing system, IPS. Pakar multimedia semasa dlm pendidikan Prof Mayer (US) dan pakar PBL Prof Sweller (Oz) turut menggunakan model IPS dgn sensory memory- short term memory dan long-term memory ini dlm penulisan dan kajian2 mereka. Angle aku Nor Tutiaini juga menggunakan model ini dalam kajian problem posing beliau... dgn memastikan murid faham makna kpd bhn pengajaran dgn pendekatan yg dinamakan PROPOSE-M terlebih dahulu.
3. Semua teori spt PBL.. inquiry… student-centered .. discovery .. KBAT (HOTs) dan yang seangkatan dengannya sering 'gagal' dilaksanakan dan 'mencapai objektif'nya secara optimum dengan akhirnya murid masih tidak faham dan gagal menguasai apa yang diajar. Lebih malang, semuanya menghakis minat dan motivasi murid. Pendekatan2 ini ada keperluan, kelebihan dan kesesuaiannya dgn terlebih dahulu memahami IPS...
Model pemposesan maklumat ini dikembangkan pula dalam kajian 'pakar vs novice' dalam permainan chess. Ternyata, model oleh Atkinson dan Shiffrin ini mampu memberikan jawapan... bahawa pakar menggunakan long-term memory yang dihimpun sekian lama secara bermakna utk mencari strategi terbaik dan lengkap berbanding novice. Komputer yg disediakn logic pergerakkan buah catur juga dapat mengalahkn sesiapa shj yg tidak cekap menggunakn ingatan jangka panjang.
4. Ada 2 jenis maklumat yang disampaikan kepada murid disekolah yg kita semua pukul rata iaitu
a. maklumat baru
b. maklumat lanjutan / extension
Maklumat mulanya akan diproses dalam short-term memory dalam masa yang singkat. Maklumat baru yang doesn’t make sense kpd murid akan hilang (decay) sedang maklumat yang difahami akan masuk ke dalam long-term memory. Maklumat yang difahami dgn baik tidak akan hilang dan berlaku akomodasi dgn baik dan mudah kemudiannya untuk diperolehi (retrieve). Maklumat yang kabur walaupun sebahagiannya berada dalam long-term memory tetapi sukar diperolehi semula, lama2 akan decay juga. Ini lah yang sering berlaku kepada murid disekolah - samada tak faham atau kabur yang lama2 mereka akan kembali tidak faham.
5. Maka, keutamaan strategi pengajaran kepada tajuk2 baru khususnya kepada murid sekolah rendah, adalah menyampaikan secara terus dan lengkap (direct instruction) menerusi penerangan yang dibantu ABM... diikuti dgn pelbagai contoh serta berinteraksi, baru diikuti dgn amali ringkas / mudah (jika subjek sains) bagi memastikan maklumat tersebut make sense kepada SEMUA murid. Maka masa diperlukan (nurturing process) jika maklumat baru tersebut banyak dan pelbagai. Masa secukupnya diperlukan untuk maklumat baru tersebut diproses berulang kali dalam short-term memory sebelum difahami dan disimpan dalam long-term memory sejelas yang mungkin.
Beberapa bulan lepas sekumpulan pensyarah maktab yang melawat Finland pernah menyatakan bahawa guru di sana akan membuat apa sahaja yang boleh meningkatkan maklumat yang diajar 'make sense' kepada murid, tanpa perlu terkejar2 untuk menghabiskan silibus.
6. Banyak tajuk sekolah rendah dan sebahagian tajuk sekolah menengah adalan bersifat maklumat baru maka strategi direct instruction (spt pendekatan konvensional yg disesuaikn dgn tahap / pace murid) dgn bantuan ABM (bagi menjadikan ia menarik dan bermakna) dari guru adalah crucial, termasuk latih tubi (utk Maths) menjadi keutamaan... bukan bersandar kepada buku teks. Murid hendaklah diberikan peluang menyatakan ‘pemahaman’ mereka supaya mencapai coherent explanations (scientific explanation jika dalam sains) wpun menggunakan bahasa mereka sendiri.
7. Ini bermakna, memberikan amali dan kemudiaannya mengharapkan berlakunya ‘discovery’ kepada tajuk baru tidak akan kemana. Inquiry learning yang berasaskan pertanyaan juga tidak akan berkesan jika murid belum ada ‘idea’, apatah lagi nak bertanyakan soalan2 canggih. Hal yang sama juga berlaku kepada PBL, kerana murid tidak boleh bergantung kepada short-term memory apabila maklumat dalam PBL tersebut memerlukan ‘cognitive demand’ tinggi yg tidak mampu difikirkan tanpa bantuan maklumat dari long-term memory. Kedua2 Mayer dan Sweller menggunakan perkataan ‘cognitive load’ apabila tugasan dalam tajuk silibus yang diberi melebihi apa yang mereka tahu, termasuk murid yang cerdik.
8. Bagi tajuk2 extension dalam konteks sekolah menengah atau selepas itu... direct instruction masih diperlukan tetapi menjadi lebih flexible kerana murid telah mempunyai asas, dgn aktiviti amali dan PBL yang masih lagi guided... maybe bermula selepas Tingkatan 5.
9. Soalan-soalan KBAT yang dimulakan di Tahun 1 tidak membawa banyak makna kepada murid, selain menambah pening kepala kepada mereka dan ibubapa juga. Aplikasi luar rutin juga hanya mengundang stress sedang aplikasi dalam rutinpun belum dikuasai. Ini sama seperti seseorang bertanya selok belok taman perumahan sedang orang yang ditanya tu pun baru menyewa 2 hari disitu ! Pendapat yang menyatakan KBAT pun boleh dilaksanakan ditadika hanya kerana murid tadika dibenarkan berimiginasi, bukan utk memproses maklumat yang sistematik seperti disekolah.
10. Sebab itu KBAT / HOTs, inquiry, PBL dll adalah istilah dan strategi 'lama' sejak Sputnik (1957) dan muncul semula secara drastic oleh scholar US sejak Finland dan Spore, Japan menerajui pendidikan dunia...hingga mereka yg berkiblat ke US kaget sekali lagi...
Wallahualam...sekadar bahan untuk berfikir
OT
No comments:
Post a Comment