.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 16, 2019

Tajuk 1181 : Dunia PG tiada Guru-Murid !


Dalam dunia scholar, pangkat atau salutation adalah pengikhtirafan... bukan keutamaan...

1. Semua artikel yang dihantar TIDAK PERLU disertakan dengan salutation, malah wajib dipadamkan jika dihantar ke jurnal2 berindeks spt Scopus dan ISI


2. Dalam penulisan artikel, nama pengarang utama adalah mengikut contribution,BUKAN salutation. PG pun boleh sahaja menjadi first author diikuti dgn nama2 yang lain

3. Dalam pameran / poster / pertandingan, nama researcher sahaja diperlukan TANPA salutation

4. Dalam menyemak artikel, expert2 yang terlibat disebut peer.... atau peer-reviewer sahaja, bukan expert-reviewer, bagi melihat kesamarataan penulis dan reviewer.

5. Dalam event spt seminar, konferens, nama keynote speaker ditulis dgn degree BUKAN salutation spt Ali Ahmad, PhD bukan Prof Dr. Ali Ahmad

6. Malah diwujudkan blind review atau double blind review, supaya reviewer tak kenal lansung sapa yang menulis artikel, takut terpengaruh jika artikel ditulis oleh nama2 besar, apatah lagi yang letak salutation.

7. Semua di atas menunjukkan wpun salutation adalah pengikhtirafan kesarjanaan dalam dunia scholar, tetapi bukan keutamaan utk panggilan atau kegunaan dalam penulisan.

8. Dunia scholar mengenali siapa Mayer (Multimedia), Gardner (Multiple Intelligent) dan Bandura (Social learning theory). Adakah anda tahu kesemua mereka adalah professor ? Pernah anda sebut nama mereka dalam presentation anda sebagai Professor?

9. Dalam budaya Melayu, salutation adalah satu pencapaian dan kemegahan. Maka, tiada masalah memanggil sesiapa dgn gelarannya yang sah dalam dunia scholar secara 'formal' asalkan jgn terbawa2 diluar konteks sehingga kawan2 pun terpaksa memanggil salutation dalam urusan2 yang lain. Malah.. ada yang kecil hati tidak dipanggil dgn salutation hanya untuk satu majlis kenduri ... sehingga nak bagi ceramah kepada orang kampungpun nama perlu diletakkan salutation..

10. Apa yang ditulis diatas menunjukkan, PG juga boleh menyumbang seperti artikel wpun tanpa salutation, malah ramai SV yang belajar benda2 baru dari PG. Maka hubungan murid-guru spt di sekolah atau undergrad kurang sesuai, dan boleh sahaja diganti dgn hubungan SV-Supervisee atau research team (kalau RA) kerana pertukaran pengetahuan berlaku dua hala. Dalam hubungan spt ini, salutation bukanlah satu keutamaan melebihi collaboration menyiapkan research.

Maka kepada kawan2 aku.. kenalan aku.. termasuk PG yang dah bergarduat... panggil jer OT... itu panggilan aku sejak dulu lagi...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...