.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 15, 2019

Tajuk 1144 : Internal VS Extraneous VS Confounding..


Status wajib baca bagi yang buat kajian experimental
Baca dgn relex sebab mlm ni mlm Jumaat !

1. Internal validity
Kesahan dalaman merujuk kepada sebarang perubahan DV hanya boleh dijelaskan dari IV sahaja.


Contoh: Peningkatan skor sains (DV) hanya boleh dijelaskan dari kesan intervensi XX (IV) sahaja.

2. Extraneous variable, EV
Apa sahaja variable yang tidak dikaji ( selain IV) tetapi mendatangkan kesan kepada DV.. lalu merendahkan internal validity.

Contoh EV yang boleh ‘mengancam’ atau merendahkan internal validity antaranya adalah (aku bagi 6 je.. yg lain cari sendiri)

- histroy (apa sahaja event antara pengukuran pre dan post spt kelas tambahan, tuisyen, latih tubi yang bukan IV)
- maturation (apa sahaja perubahan fizikal / mental / saikologi ketika berlansung intervention spt penat, boring, lapar, datang period, mengantuk)
- testing (pengalaman pre membiasakan subjek ketika jawab post, bukan kerana intervention)
- statistical regression (subject yang dapat skor amat rendah dalam pre mempuyai room for improvement yang tinggi lalu berkemungkinsn besar mendapat skor markah yang lebih baik dalam post, bukan kerana intervention)
- interaction with selection (intervensi XX lebih disukai perempuan, maka ia memberi advantages kepada kumpulan yang ramai perempuan, berlaku interaksi antara sex dan pemilihan)

3. Confounding variable, CV adalah EV yang berubah secara sistematik bersama IV yang boleh mendatangkan kesan kepada DV, lalu mengurangkan internal validity kajian.

Ada 2 syarat untuk EV menjadi CV.
a. Ada sekurang-kurangnya 3 variable yang terlibat iaitu IV, DV dan EV
b. Kesemua tiga variable tersebut berubah secara sistematik antara satu sama lain

Variable ke-3 iaitu EV (selain IV dan DV) dinamakan confounding variable, CV jika ia berubah secara sistematik dengan IV lalu mempengaruhi DV.

Contoh:
Strategi XX sepanjang intervensi umpamanya.. meningkatkan kebosanan murid lalu kebosanan ini mempengaruhi IV secara sistematik (strategi kemahiran berfikir) lalu mempengaruhi pula DV (post test score), maka kebosanan confounding variable.

Kebosanan adalah confounding yang secara sistematik mempengaruhi IV (strategi XX - kemahiran berfikir) dan kemudian secara sistematik mempungaruhi DV (post test score).

Kelas tuisyen adalah contoh EV, tidak mempengaruhi IV tetapi memberi kesan kepada DV. Maka kelas tuisyen adalah EV tetapi bukan confounding variable.

Kalau tak faham... eloklah masuk tido... saya faham..

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...