.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Wednesday, May 15, 2019
Tajuk 1143 : PhD dan Master - kenapa darah dan air mata ?
Ini kisah saya untuk dikongsikan dengan rakan-rakan 'baru mendaftar' di alam pascasiswazah, yang sering dimomokkan dengan perjuangan darah dan air mata.
1. Saya habiskan masa final year siapkan tesis BSc dan buat eksperimen, sekali-sekala tidur dalam makmal. Masa itu masih bujang... so lots of fun.
2. Kemudian, saya jadi cikgu Kimia di Kolej Matrikulasi, sambil buat MSc part-time dan tukar pula ke bidang pendidikan. Wow… semuanya pengetahuan baru dan asing bagi saya. Allah bagi sedikit ujian, isteri tersayang meninggalkan saya dengan tiga anak kecil – selamanya.
3. Saya teruskan pengajian. Selepas dapat Msc, saya terus memohon dan dapat jadi pensyarah, lalu diwajibkn untuk sambung belajar. Saya masuk bidang baru lagi, buat Doctor of Education dalam animasi pula. Jadi, dari bidang Kimia (UKM), beralih kepada Pedagogi (UPM), kemudian masuk dalam bidang Animasi (University of Adelaide) – tiga universiti berbeza, 3 bidang berbeza. Allah uji lagi. Anak lelaki saya pula bertemu Ilahi. Dia disemadikan di Adelaide kerana disitulah tempat tumpah darahnya. Saya menangis atas kehilangan insan tersayang tapi saya move on.
4. Alhamdulillah, saya tetap fokus dengan pengajian di rantau orang. Akhirnya tesis saya dapat minor correction dan Gold Award. Saya patut rasa bangga kerana; (a) Hanya 1 tahun 10 bulan saya siapkan final draft tesis saya lalu balik ke Malaysia for good untuk buat proofread dan memurnikan analisis, (b) salah seorang external examiner tesis saya adalah sifu tersohor dalam bidang saya iaitu Profesor David Treagust (sedang usahakan supaya dia juga jadi examiner supervisee saya).
5. Selepas melaporkan diri semula, saya buatlah sedikit kajian. Saya bukan pensyarah yang meminta nama sebagai 1st author artikel pelajar atau menempek sebagai ‘pembonceng gratis’.. never. Saya buat skit jer research, untuk pastikan saya kuasai kemahiran yang perlu di samping hasil kajian yang memberi kepuasan dan enjoyment kepada saya.
6. Sekarang saya berpindah dari animasi kepada mobile application. Saya ada produk dan telah mengumpul Gold-Gold Award serta pelbagai copyright. Saya dah menulis 14 buku – 11 buku single author, semuanya bagi membantu memudahkan perjalanan PG.
7. Ramai pascasiswazah – full timer atau part timer – yang belum apa-apa tapi macam tidak cukup oksigen. Peluh belum keluar, dah mengalir air mata, baca sekali tidak faham terus tergamam, sedangkan puncak yang hendak didaki belum pun kelihatan di depan mata... hilang entah kemana tiada arah tenggelam punca...
8. Anda perlu enjoy apa yang anda buat. Expose diri anda kepada kemahiran yang perlu secukupnya oleh pihak jabatan, universiti atau badan luar. Dunia pascasiswazah adalah penuh dengan segala kemudahan dan peluang terbentang luas untuk menuai pengalaman baru semahunya, mendapat pengetahuan baru sebanyaknya, dan kenalan baru seramainya. Maka jangan kaitkan dunia PG dgn darah dan air mata, sedangkan anda hanya melalui sedikit kesusahan dunia pascasiswazah yang sememangnya lumrah.
9. Hingga malam ini saya masih membaca, memahami dan menulis utk PG dan kepuasan .. walau tiada anugerah pangkat dan kebesaran.
10. Nikmatilah dunia PG dgn penuh ghairah...
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment