.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 15, 2019

Tajuk 1141 : BI... perlukan CEFR?


1. Zaman aku dulu tak ada CEFR. Jadi status ini bukan pasal CEFR, tapi pasal BI. BI adalah bahasa global yang semua kena tahu dan boleh menuturkannya.

2. Anda tak perlu pergi UK utk bercakap BI. Anda bertemu orang Jepunpun anda perlukan BI. Orang Indonesia bertemu orang Portugal pun mereka bercakap BI. Kalau bukan BI, tentu ada bahasa lain yang jadi bahasa global. cuma buat masa ini, BI lah yang dominan. Maka ia tak ada kena mengena dengan bahasa penjajah.


3. Abis kenapa tak belajar bahasa Arab, bahasa Al Quran?
Ini memang soalan yang baik... aku harap orang lain tolong jawabkan sebab aku pun tak boleh berbahasa arab, wpun niat belajar tak pernah lekang.

4. Aku bercakap tentang 'apa yang sedang berlaku dan realiti semasa'. Jika Bahasa Arab menjadi bahasa ke2 dan realiti semasa, akupun akan tulis hal yang sama, tetapi dalam kontek Bahasa Arab lah.

5. Ada tak kajian kenapa anak-anak yang menguasai BI (regardless SES) juga menguasai subjek Sains dan Maths dgn baik? Ada sesiapa nak buat utk Master / PhD, melalui kajian ethnography atau phenomenology ? Ini sekadar satu postulat dan spt biasa... pemerhatian aku... (Piaget pun byk buat pemerhatian).

6. Murid yang belajar BI dan kemudian boleh bertutur bahasa tersebut tentunya boleh membaca dan menulis dalam BI. Murid yang tidak boleh berbahasa Inggeris mungkin sahaja tidak boleh memahami bacaan dan menulis dalam bahasa tersebut.

7. Aku bukan agung2kan BI, aku cuma penat murid belajar 11 tahun BI disekolah, ramai yang seolah2 tak belajar BI... yang paling mudah sebab boleh jer buat salah dan broken adalah bercakap - itupun tak boleh !

8. Boleh tak... Tahun 1, 2, 3 kelas BI fokus bercakap, communcative sahaja? Pastu blaja lah tenses dan lain2 mechanistic...

9. Ada survey tak... berapa peratus yang tak boleh berbahasa Inggeris ? Aku beranggapan yang terror BI itupun kerana sebahagiannya kerana dibualkan dalam keluarga... atau perbualan dgn kawan2.

10. Kalau keutamaan kpd komunikasi BI sejak zaman aku sampai la ni tak byk berubah, cuma buku teks saja yang berubah... bolehkah kita masih mengharapkan perubahan ?

Sekadar bahan berfikir hujung minggu...

OT
Sandakan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...