.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Wednesday, May 15, 2019
Tajuk 1140 : Ini contoh bottom up... dalam sistem pendidikan.. dari pengembaraan aku... dan sedikit pengalaman
1. Mana2 negara ada KPM atau MOE. Tugas KPM disesebuah negara utk sediakan dasar. Perlaksana dasar adalah guru. KPM menyediakan acts misalnya dan bertanggungjawab menyediakan budget dibantu diperingkat suburb oleh katakan PPD dan diperingkat state... katakn JPN
2. PPD menjaga kebajikan semua sekolah disatu2 suburb dan JPN mengurus semua suburb (state).
3. Katalah KPM sesebuah negara ingin melancarkan dasar X. Pentadbir di PPD dan JPN mengurus penglibatan guru bagi memastikan dasar dibina untuk kebaikan semua pihak, termasuk guru dan juga ibubapa. Jadi guru terlibat secara lansung merangka dasar X, dgn wakil2 guru dikumpulkan oleh PPD /JPN utk perbincangan. Guru mempunyai suara yang dominan dalam hal2 berkaitan dasar.
4. Jika dasar X ini melibatkan dasar baru dgn perubahan besar, melewati seluruh negara, maka public-opinion juga diadakan, dengan mengedarkan kaji selidik pendapat seluruh negara dlm bentuk 'close-ended items' (bukan dalam bentuk soalan subjektif). Selepas diperseujui, satu kurikulum / silibus yang terbuka dan flexible disediakan.
5. Kaedah dan strategi menerapkan X termasuk kaedah mengajar adalah diserahkan kepada guru melalui otonomi yang diberikan kepada mereka. Ini bermakna, guru disekolah A mungkin apply strategi A, dan guru di sekolah B mengamalkan strategi A dan B dan seterusnya. PPD tidak akan campur tangan atau membuat pemantauan pengajaran kerana ia otonomi guru yang dihormati. Malah gurulah yang meminta pihak PPD dan JPN menyediakan keperluan termasuk latihan untuk mereka.
6. Diperingkat rendah, satu guru (dgn pembantu) mengajar hampir semua subjek. Guru tidak tertakluk kepada mana2 buku teks pun... atau mana2 strategi pengajaran maka ramai yang menggunakan worksheet dan anak2 ke sekolah tanpa buku. Ini dilakukan kerana menghormati professionalisme guru. Sementara itu, pengurusan sekolah, PPD dan JPN akan menyediakan apa sahaja keperluan guru dan murid.
7. PPD dan JPN tidak mencampuri urusan perlaksanaan diperingkat sekolah, sekadar menyelaraskan sahaja. Jika guru ada keperluan dalam pengajaran dalam melaksanakan X, maka pihak PPD bertanggungjawab utk mendapatkan budget dan menyediakan keperluan tersebut yang diselaraskan dengan JPN.
8. Maka, tugas dan fokus guru adalah mengajar dengan otonomi yang diberikan serta bebas membuat apa sahaja adjustment yang difikirkan sesuai. Sebarang isu seperti keperluan peralatan baru, ABM, kemudahan akan diuruskan oleh PPD supaya guru fokus kepada pengajaran.
9. PPD dan JPN mewakili KPM dalam kebanyakkan masa merancang bagi melicinkan pengajaran guru supaya murid mendapat manfaat optimum dalam kelas. Maka tiadalah perlu org2 besar melawat sekolah saban masa dan terpaksa menjawab hal2 remeh... sdg ia diserah kpd PPD dan JPN.
10. Tiada perbandingan murid terbaik, sekolah terbaik, cemerlang dll dilakukan diperingkat suburb atau state dari segi pencapaian murid sehinggalah mereka mengambil national examination utk kelayakkan ke kolej... then uni...
Ini satu pengalaman, pembacaan dan pemerhatian juga....
OT
Sandakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment