.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Wednesday, May 15, 2019
Tajuk 1138 : Maqam dan pusara...
1. Kita memang suka tahap.. pangkat dan maqam. Buat proposalpun ada maqam. Ini bermakna semua proposal di Msia telahpun sampai atau dan melebihi maqam.
2. Kita byk research maqam tinggi tapi rendah practicality. Sampai bila nak berada dalam zaman buat research for the sack of doing research utk maqam.
3. Semua tajuk dalam social science yang ada perkataan 'hubungan itu dan ini' misalnya walaupun dianalisis secanggih manapun statistiknya, hanyalah menunjukkan 'relationship', sukar dipertahankan ia adalah 'causality'. Kajian begini tidak banyak memberi makna, kupaslah setebal 300 pages - where is the practicality ? Kalau bolehpun dibuat generalisasi... sekadar memenuhi syarat utk penulisan tesis - tu saja. Kadang2 hubungan tersebut boleh shj dijangka tanpa perlukn kajian 3 tahun dgn analisis canggih... klu setakat nk buat kesimpulan ia signifikan dan positif.
4. Memanglah bukan semua kajian termasuk fundamental yang praktikal tetapi kalau nak dapatkan maqam sahaja... dan maqam dirujuk kepada analisis canggih misalnya... sedang ia tak praktikal pun, akhirnya tidak akan kemana - baik dapatan mahupun amalan PG tersebut selepasnya.
5. Ironi lagi, PG bukan fahampun analisis 'canggih' yang dilakukan selain dari membanding2kan nilai2 index tertentu - kalau melebih .01 dianggap tidak signifikan ! Tu je. Kalau tanya lebih dari itu.... ke hujung dunialah hanyut nya.
6. Penyakit ini menjangkit kepada kajian EdD / DBA dll professional doctorate... yang juga nak dimaqamkan dgn PhD... sedang dambaan kajian EdD / DBA adalah practicality dalam profession masing2, termasuk kajian tindakan yg berskala lebih kecil. Akhirnya kajian EdD / DBA dah spt kajian PhD, dibuat diluar fokus profession... beza EdD / DBA pun ada yg tak tahu.
7. Sangat banyak 'isu' dalam bilik darjah yang jarang dikupas, diperhatikan serta dianalisis terutamanya secara kualitatif, mungkin takut maqamnya rendah. Isu code-switching.. isu customized learning... isu anxiety in English ..isu meaning making in STEM... fenomena success and failure for different students in difference classroom background, KBAT dalam bilik darjah dll ... mungkin dikhuatiri tidak kesampaian maqamnya.
7. Ini belum lagi kajian quan vs qual yang juga dimaqamkan. Kajian quan yang berceranggah data dianggap bermaqam tinggi, wpun maknanya dangkal hanya kerana epistemologic paradigm yang berbeza.
8. Kajian PhD / EdD adalah kajian untuk ....
- mendalami sesuatu bidang kajian
- memahami sesuatu bidang kajian
- membina asas pengetahuan sebagai penyelidik
- menyumbang pengetahuan dalam bidang dikaji
- membantu dalam kerjaya
9. Hampir tiada ruang kajian hard sciences utk menggunakan pendekatan qualitative, sedang jauh lebih objective utk validated data quantitative dalam hard sciences spt instrument calibration. Tetapi, validated instrument quantitative dalam kajian sains social tetap memerlukan expert evaluation yang bersifat purely qualitative.
10. Dalam sosial sains, kajian kualitatif boleh dijalankan 'tanpa memerlukan' apa2 elemen quantitative tetapi kajian quantitative wajib menerusi element2 qualitative sebelm boleh dijalankan...
Harap2 tiada plak yang salah faham antara maqam dan pusara....
OT
Sg Merab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment