.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, May 15, 2019

Tajuk 1137 : 10 pendedahan kenapa teori-teori pengajaran tidak berkesan di sekolah...



1. Sebutlah inquiry, discovery, PBL, HOTS, deep thinking, constructivist dll teori dari Barat semuanya spt tidak berkesan... dan perlu dilaung2kn..

2. Kenapa plak?
a) Sebahagian elemen dalam teori2 di atas adalah presumed dan postulate dan sangat bergantung kepada konteks yg ideal
b) Teori tersebut dirumus oleh orang dewasa dari perspective dewasa
c) Teori2 tersebut hanya 'terbukti' dalam situasi terkawal 'luar kelas' dan dijalankan dalam masa yang singkat bukan diuji dalam situasi kelas sebenar

3. Kajian teori2 di atas jika dijalankan dalam bilik darjah, wujud banyak extraneous dan confounding variables. Namun jika dikawal seboleh mungkin, ia lebih baik dari kajian makmal atau artificial yang dilakukan oleh ramai penyelidik, malah jauh lebih baik dari sekadar membaca dan membentangkannya berdegar2 dalam seminar tanpa seurat benangpun kajian dilakukan.

4. Penyelidik kajian quasi experimental yang sering di pandang skeptikal dan ada yang melebelkannya bukan maqam PhD pada hemat aku jauh lebih berani dan realistik dari penyelidik yang hanya mengedarkan kaji selidik kepada guru dan murid misalnya, sekurang2nya dari aspek:
- setting kajian yang authentic
- kajian dilakukan kepada subjek utamanya (pelajar)
- analisis pre-post yang menunjukkan causality
- keberanian menghadapi realiti dalam bilik darjah

Maka 4 ciri inilah yang sepatutnya menjadikan kajian kuasi satu kajian pendidikan yang praktikal, realisitik dan berimpak - ciri kajian doctorate yang hebat !

5. Aku menyeru (wpun keseorangan dan dari kejauhan), supaya PG dari KPM yang memohon EdD (major pedagogy.. instructional strategy), buatlah classroom research kerana itulah keperluan wujudnya EdD, dan pihak KPM memberi keutamaan kepada kumpulan ini melakukannya disekolah sendiri utk satu jangkamasa kajian yang reasonable... spt 6 bulan supaya hasilnya bukan sahaja boleh dimanfaatkan disekolah tersebut tetapi dikongsi utk seluruh warga KPM.

6. Aku menyeru (wpun tak kedengaran sayup2 hilang dalam kegelapan malam) supaya keutamaan mendapat biasiswa diberikan kepada calon EdD dan PhD jika beliau seorang guru.

7. Kurangkanlah mendengar pendapat orang luar.. 'pakar theory' apatah lagi yang bukan sahaja tiada kajian dalam kelas, kajian luar kelaspun tak pernah buat.... dan percayalah guru2 di KPM sendiri, khususnya yang mengambil EdD.. PhD.. dan latihan2 professional.

8. Utk info, aku sendiri melakukan classroom research sehingga berjaya mendokumenkan 4 misconceptions baru dalam pengajaran electrochemistry peringkat matrikulasi serta mendapati animasi tidak memberi kesan kepada konsep2 asas dan kepada pelajar higher achievers. Maknanya, mereka yang higher achiever tak perlukan animasi utk konsep asas, ajar talk-n-chalk pun dah memadai. Ini bertentangan dengan sebahagian MLT (multimedia learning theory) oleh Mayer.

9. Sebab itulah, PBL, discovery, inkuiri now dgn HOTS.. semuanya dah wujud sejak 1950an sebelum SPUTNIK pun.... tapi diulang2 dgn menambah lagi aspek2 baru spt kemahiran berfikir yang menjadikannya lebih complicated dan unrealistic utk dijalankan dalam classroom setting.

10. Namun, teori2 di atas lebih signifikan di Barat kerana persekitaran pembelajaran yang 'aligned' dgn keperluan teori2 tersebut atau dinegara yang homogen muridnya, lebih kecil kelasnya serta dibantu dgn budaya belajar 'by hook or by crook'.. sedang kita masih berkiblat kepada exam... mendambakan teknik menjawab soalan.. buku2 suppliment dan seminar2 skor A musim cuti sekolah..

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...