Masa menunggu yang panjang... membuka ruang aku merenung... ke dalam buku teks Sains, Tahun 3. Aku tahu tak ramai ibubapa yg buka buku teks apatah lagi nk melihat DSKP.
Berikut tajuk yang ada:
Pengenalan kepada Sains - Kemahiran Saintifik
Sains Hayat - Manusia, Haiwan, Tumbuhan
Sains Fizikal - Magnet
Sains Bahan - Penyerapan
Bumi dan Sains Angkasa - Tanah
Teknologi dan Kehidupan Lestari- Asas Teknologi
Ini STANDARD yang ingin capai spt dlm DSKP.
1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.
2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
3. Meningkatkan daya kreativiti murid.
4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.
7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.
Aku percaya, tajuk2 di atas sgt sesuai berbentuk 'aktiviti sains' spt explorasi..tayangan video, youtube dan foto bagi mencapai STANDARD #1... tak tengok buku teks pun xapa..
Sebagai contoh, semua ini boleh sahaja dijadikan tugasan mudah kerana ia adalah pemerhatian spt akar tunjang, akar rerambut, daun urat selari dan urat jejala. Ini termasuk eskperimen mudah bahan serap air dan kalis air atau mana tanah liat, tanah kebun dan tanah pasir. Tak perlu duduk dlm kelas mengadap buku.
Begitu juga bahagian badan haiwan spt paruh, kaku, sayap, kuku, tanduk serta haiwan tinggal dilaut dan didarat.
Diperingkat ini, kesedaran dan minat terhadap sains menjadi keutamaan dgn pengenalan secara pendedahan (explorasi), belum lagi nak berfikir kritis dan kreatif, apatah lagi analitis dan penyelesaian masalah
Boleh bawa ke zoo, dan bagi latihan mudah untuk mereka berkolaborasi mengenal aspek2 haiwan. Kalau tumbuhan, melawat ke sekitar kawasan sekolah (atau tempat lain yang sesuai).
Tajuk memperkenalkan komponen spt engkol, gear, gandar, gegancu, talak tidak membawa makna kepada murid jika bukan berbentuk hands-on, kerana semuanya benda baru bagi mereka. Ini hanyalah pengenalan, maka mereka mesti boleh melihat dan memegangnya sambil buat eksperimen mudah.
Tidak jelas bagaimana tajuk2 di atas dapat mencapai STANDARD menguasai kemahiran sainstifik, berfikir, kreatif, aplikasi, analitis, membuat keputusan, penyelesaian masalah, siikap sainstifik, menjaga alam sekitar spt yg tercatat?
Sains adalah explorasi terutama diperingkat pengenalan... dan ada tajuk yg tak perlupun diajar diperingkat ini... hanya utk menjadikan sains sukar pada anak2 ini...
OT
Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment